Yang Sayang Aku

Sunday, November 15, 2009

Tak Sabar Nak Merasainya.


maaf la mood aku hari ni agak kurang ceria.
ditambah dengan rindu yang membara terhadap mereka berdua yang paling aku sayang ni.
walaupun baru bulan lepas aku bermanja dengan mereka,
namun rindu ni terasa sangat-sangat bila tak dapat merasa Nasi Dagang Umi.
Umi tak sempat buat sebab sibuk dengan open house dan kenduri yang perlu dihadirinya.

mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak masak sendiri?
walaupun aku ni teman sedapur Umi,
tapi otak aku masih bebal untuk mengingat resepi.
even as simple as ikan singgang pun aku ingat sikit-sikit je.
yang aku tahu, Bubur Nasi dan Nasi Goreng.
lagipun, tu je most request dari customers aku merangkap adik-adik aku.

tak mual ke mereka ni merasa menu sama dari aku?
jawapannya, tidak!
bila aku cuba resepi baru, mesti dapat kritikan hebat.
tak sedap!
aku give up.
kembali pada menu asal.

back to the topic.
aku rindu nak manja-manja dengan Umi.
aku rindu nak naik cik City Abah.
aku rasa ni first time Abah pakai kereta import.
dulu setia dengan Proton je.
oh lupa!
Abah pernah pakai Nissan Vanette masa aku umur 10 tahun.
masa tu hanya ada Along, Abang Yo, aku, Nisa dan Mardiyyah.
Ayie, Acik dan Amee masih tak wujud dalam perut Umi.
seronok la kami *lenjan van tu!

ish, asyik lari topik je.
entah la.
kalau bicara tentang rindu.
memang takkan habis satu malam.

tak sabar nak balik kampung.
nak berkumpul ramai-ramai termasuk ipar-iparku.
ni tahun pertama kami menyambut raya haji dengan ipar-ipar.
raya puasa lalu, ipar-iparku tak balik.
Abang Yo sibuk dengan pesakitnya.
Kak Fifie pun sibuk merawat pesakit.
Along beraya di kampung Abang Acai di Kuantan.
tak sabarnya!
tak sabar nak makan daging seminggu.
tak sabar nak ratah sup tulang.
tak sabar nak makan rendang. favourite aku tu!
tak sabar nak makan Nasi Dagang.
ni janji Umi kalau aku balik raya.
best best!

tak sabar nak merasa semua itu.
sungguh!








Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

anwaruddin said...

kalau da rindu sgt, call la, :)

enuLwanie said...

aku pakai maxis.
diorang pakai celcom.
mesej je mampu.
huhuhu

BuLaN iTu aKu said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku pun dah teringat kat mak ak...
windu...

enuLwanie said...

jgn la nangis.
lagi la sy nangis cmni...



huwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa