Thursday, December 24, 2009

Batuk Dan Selsema Melanda Diri.

uhuk uhuk uhuk!
perit rasa tekak aku ni.

satu tong sampah dah penuh dengan tisu yang ku guna
untuk lap hidung ni.
sejak dua hari lepas,
aku selsema kuat.
selalu sangat bersin ketika di meja study.
sampai Busyra kata, "cukup 5 kali hang bersin, aku boleh kena heart attack!"

nak tidur pun tak dapat.
kalau tidur pun, lenanya tak lama.
hidung tersumbat dengan mukus.
bila dah selalu sangat lebihan mukus dikeluarkan secara paksa,
hidung pun dah jadi panas.

"kembang kempis dadaku merangkai butir cinta"
tu lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih.
tapi ni kembang kempis hidungku
mengeluarkan lebihan mukus yang tersumbat.

semalam tidur pukul 4 pagi.
bangun pukul 8 pagi sebab tekak rasa kering dan perit sangat.
agaknya sebab laluan udara di hidung dah tersumbat,
terpaksa buka laluan mulut.
tu yang rasa perit!

hari ni sebab tekak jadi pedih,
aku batuk-batuk pula.
lagi pedih!
dada pun jadi sakit.
badan pun mula jadi panas.


lepas aku buat diskusi tentang projek dengan Tqa dan Suhaila tadi,
aku mula rasa gusi sebelah kiri aku bengkak.
sakit gusi ni dah lama dah aku rasa.
sekejap sakit sekejap tak sakit.
sekarang, berdenyut-denyut pula rasa gusi ni.
aduhhhh....

malam ni, Busyra balik Kajang.
aku tak mahu menghabiskan hujung minggu di kolej.
mengharapkan belas ihsan Abang Yo untuk mengambilku pulang ke Cheras.
tapi kesian pula dia.
dah la balik kerja pukul 9 malam,
di Kelang pula tu,
kena datang pula ambil aku di Jalan Semarak ni.
kalau one way tak kisah la!
ni kena masuk town.
kalau dia tak datang jemputku malam ni pun,
aku tak terkilan.
biarlah dia berehat di rumah bersama isteri kesayangannya.



masih nak menyelit sikit cerita gathering di Genting.
nak tunjuk lagi hadiah Mr Chenta bagi.
aku bertukar-tukar hadiah dengan dia.
walaupun kalian nampak hadiah tu biasa saja,
tapi bagi aku sungguh bermakna.

tengok wrapping pun aku dah suka.
gambar Winnie The Pooh!


dia kata dia beli last minute.
tapi aku tetap suka.
sebab bagi aku,
ia memberi seribu pengertian tentang
nilai persahabatan dalam pertemuan yang begitu singkat.



terima kasih Chenta!
saya selalu tengok hadiah ni bila saya rasa rindu pada teman-teman bloggers.


Last Entry Tentang Gathering Genting.

maaf pada teman-teman bloggers yang aku tak sempat kenal
lebih lama ketika di Genting Highlands tempoh hari.


aku tak mahu dikatakan tidak suka berkawan.
aku paling takut dianggap sombong!
itu bukan perwatakan aku.

cuma aku betul-betul segan untuk memulakan bicara.
tak tahu nak mula dari mana.

mana yang aku tertegur tu,
mungkin dia punya ciri-ciri yang sama seperti aku.
contohnya Hazri Penang.
sebab dia bakal bekerja sebagai IT Support.
kebetulan, aku pun multimedia student.

ataupun
mungkin kami pernah saling komen mengomen dalam blog.
contohnya, Yobsumo dan Cik Cumey.

jangan risau teman.
aku bukan sombong dan pilih kasih untuk menjadikan seseorang sebagai teman.

mungkin aku agak segan
disebabkan aku mungkin kurang populariti dan
majoriti antara kamu yang tidak pernah mengenali aku.

walaupun aku tidak pernah menegur kamu di sana,
tapi aku masih ingat siapa kamu dan perwatakan kamu.

'teman wanita'ku :

cik cumey - masih mampu tersenyum walaupun tak sihat!
lumut - aku kagum dengan dia.
effa - bidan terjun jadi MC.
azza - comel sangat mata dia. muka innocent!
shax - jadi rebutan bloggers lelaki.
sufi - sama comel dengan geng dia.
suki - muka sungguh sweet. suka matanya!
min - pendiam sangat-sangat tetapi tak sangka dialah Polar Bear!
kak hanem - Kak Arab!
kak yam - otak gila-gila!
aleen - emo tapi cute!
miss siv - rapat dengan cik cumey dan lumut.
maira - malam-malam dengar bunyi dia main mesej.


'teman lelaki'ku :

HBZ - cool je duk sebelah aku main Solero.
hazri - IT Support. serius, aku ingat ko muda dari aku!
chenta - saya suka sangat hadiah awak bagi!
fhad - maaflah dalam blog, saya banyak cakap. kat luar, diam.
ah ian - kawan baik fhad.
razman - suka dengar suara dia.
jen - memang kelakar habis!
oranglidi - lain dari apa yang aku imagine. nampak serius tapi kelakar!
ah fatt - aku bayangkan berjumpa Stephen Chow dalam blog dan dia renung aku lama-lama.
jalak - hensem. sekali tengok macam jehan miskin. tapi failed, naik buaian pusing, dah muntah.
beskot - cute dengan lesung pipit.
shazrul - aku anggap dia, abang!
yelozero - aku perasan dia kat blog fhad. tapi dia tak perasan aku kot!
yobsumo - thanx a lot sebab temankan main outdoor games!
loki - suka tiru gaya Nabil.
kosong - kagum dengan forum yang dia buat. nak belajar dari dia.


aku ingin sangat mengenali kalian
tapi siapalah aku untuk menyapa kalian.
tak mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

tak tahu kenapa aku jadi sungguh penyegan!

maaf pada yang tak sempat aku tegur sapa.
maaf berjuta-juta kali maaf kalau aku tak pernah senyum pada kamu.



RINDU KALIAN!!!





p/s : tak larat nak link blog kalian.

Wednesday, December 23, 2009

Kenangan Paling Indah Bersama Mereka.


aku baru habis baca blog Miez Hanem.
tiba-tiba sebak sangat rasa dalam dada ni.
air mata mula bergenang.
tak tahu kenapa bila aku teringatkan kenangan kat Genting.
aku jadi rindu pada mereka.

ya,
merekalah yang menceriakan hidup aku di Genting!
aku tak kenal sesiapa pun kat sana.
malu untuk bertegur sapa.
malu untuk berkenalan.
tapi, mereka sudi menerima aku seadanya.
terutamanya,
Kak Hanem, Kak Yam dan Kak Aleen.

aku sayang dan rindu mereka.
tangan aku terketar-ketar untuk meneruskan cerita.
kejap!
aku nak cari tisu untuk sapu air mata ni.

tak sanggup untuk mengingati semua kenangan bersama mereka.
rindu!
serius!
walaupun hanya berkenalan dengan mereka dalam satu malam,
kami jadi rapat dan akrab.

masa ni kami baru tiba di Genting.
aku main masuk je bergambar dengan mereka.
tak kenal sesiapa pun kecuali Cik Cumey dan Lumut.


inilah game pertama kami main.
buaian pusing.
aku main ikut saja mereka beratur.
excited nak main!
tak kenal pun Kak Hanem dan Kak Yam lagi.



lepas tu,
kami main kuda pusing.
paling 'extreme' la tu game tu!
tapi aku main henjut-henjut kerusi dengan Yobsumo dan Hazri.
Kak Hanem duduk kat kerusi lain dengan HBZ.
masih tak kenal Kak Hanem masa ni.


masa makan di KFC,
Kak Hanem dan Kak Yam *yang dikatakan baby busyuk padahal ganti tempat baby busyuk*
duduk depan aku.
masa tu barulah aku kenal mereka berdua.
rupa-rupanya Kak Hanem ni peguam persekutuan.
kagum dengan dia.
dahlah cantik.
berkerjaya hebat pula tu!
dia borak sakan dengan Shazruls tentang laws.


malam tu,
aku, Kak Hanem dan Kak Yam duduk sebilik.
aku ingatkan Kak Yam ni pendiam dan skema orangnya.
sekarang, terserlah perangai sebenar Kak Yam.
suka peluk-peluk Kak Hanem.
otak pun selalu masuk air!
memang gila-gila.
best lah Kak Yam ni!


tengoklah gaya Kak Yam.
kelakar gila tengok gambar ni!


Kak Aleen pula,
aku sakan berborak dengannya malam tu.
sampai pukul 2 pagi.
bercerita tentang cinta lalu.
dia seorang pendengar yang baik!
lepas tu, aku tidur dengannya atas katil bersaiz King.
terima kasih Kak Aleen sebab sudi bagi saya tidur dengan akak.


masa ni nak balik dah.
tapi masih kat Genting.
bergambar kenangan dengan mereka.



masa ni pula kat KL Sentral.
nampak tak aku peluk tangan Kak Hanem.
simbolik sebab tak mahu berpisah dengan mereka berdua.
sedih sangat untuk melihat mereka pergi dan semakin jauh dari pandangan mataku.

sebelum berpisah,
aku peluk mereka berdua erat-erat.
dua kali!
kali kedua lebih erat barangkali.
masa tu, air mata nak menitis tapi aku tahan.
sayang sungguh aku pada mereka berdua.

aku sempat menyakat Kak Hanem sebagai Mak Arab
sebab muka dia putih dan macam muka orang Arab.



Sorry I never told you, all I wanted to say.
Now it's too late to hold you,
'cause you've gone away, so far away..

Never had I imagined,
living without your smile.
Feeling and knowing you hear me,
It keeps me alive,
Alive..

And I know you're your shining down on me from heaven,
Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together
One sweet day..

Darling I never showed you.
Assumed you'd always be there.
Took your presence for granted
But I always cared
And I miss the love we shared

And I know you're your shining down on me from heaven,
Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together
One sweet day..

Although the sun will shine the same,
I'll always look to a brighter day.
Lord I know when I lay me down to sleep,
You will always listen as I pray..

And I know you're your shining down on me from heaven,
Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together
One sweet day..

And I know you're your shining down on me from heaven,
Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together
One sweet day..

Sorry I never told you, all I wanted to say..

lagu 'Mariah Carey - One Sweet Day' ni aku selalu dengar kat blog Kak Hanem.
terus aku download.
masa aku tengah taip ni pun ditemani lagu ni.
biar lagu ni aku dengar berulang-ulang kali.
tanda aku rindu sangat-sangat pada mereka!


tak sanggup nak taip lagi.
dah cukup basah dah tisu ni.
dah cukup berhingus hidung ni.
dah cukup air mata ni menitis.
dah cukup sebak dah dada ni menahan perasaan rindu ni.

aku rindu kamu semua!
sungguhhhhh!!!

terima kasih atas segala kenangan bersama kalian.
terima kasih kerana sudi menerima aku di sana.
terima kasih kerana sudi main outdoor games denganku.
terima kasih kerana sudi bergelak ketawa bersama aku.
terima kasih kerana berkongsi cerita denganku.
terima kasih kerana makan maggi bersama-sama di cafe Apartment Ria.
terima kasih atas segalanya!

Tuesday, December 22, 2009

Sesuatu yang Baru Aku Tahu Tentang Ah Fatt.

masih berkisar tentang gathering bloggers.
tapi bukan di Genting Highlands.
tapi malam sebelum kami ke sana.

lepas jumpa bloggers di Times Square,
aku, Cik Cumey, Lumut dan Told La Hejauw masih tak mahu balik.
kami bercadang nak karaoke di KTV Karaoke
dah gian nak karaoke.

sebelum tu, Ah Fatt yang lepak bersama kami di McDonald's
dah pun meminta izin untuk balik ke rumah.
tapi hujan yang menyukarkan dia balik
menjadi alasan untuk dia menyertai kami.

dah macam jadi aktiviti hujung minggu
seorang suami bersama 4 orang isterinya.
*eh, bukankah dia ahli geng bloggers gay tua?*

dimulakan dengan Told La Hejauw.
sedap sungguh dia menyanyi lagu
'Pelamin Anganku Musnah'.

tengok,
Ah Fatt masih cool tengok isterinya menyanyi untuknya.
pelamin Told La Hejauw musnah
sebab Cik Cumey dan Lumut
tumpang bersanding di sebelah.

turn Lumut pula menyanyi lagu 'Es Lilin'.
aku rasa lagu ni pun ditujukan untuk Ah Fatt.
"Es Lilin aduh... kelapa muda
Hujan datang aduh... angin meniup
Mahu kahwin aduh... duit tak ada
Baik membujang aduh... selama hidup"
steady lagi tengok gelagat isteri-isterinya.

Cik Cumey dengan gaya Mas Idayu
menyanyi lagu 'Senggol-Senggolan Cubit Cubitan'.

"Seminggu sekali kau datang padaku
Membawa cinta yang suci
Seminggu sekali ku dimanja-manja
Dan disayang-sayang dirimu"

kesian Cik Cumey.
inilah nasib bermadu!

inilah masa yang ditunggu-tunggu.
nyanyian seorang suami kepada isteri-isterinya.

sila hayati wahai isteri-isteri 'satu malam' Ah Fatt.

video




aku pun ada 'menyumbangkan' lagu tapi
biarlah menjadi rahsia antara kami berlima.
malu lah nak cerita!


Dari Genting Ke Creative Clay.


balik saja dari Genting Highlands,
aku rasa malas sungguh nak balik kolej.
bukan ada sesiapa pun kat sana.

aku terus ke Red Bungalow kat belakang Restoran Nasi Kandar Pelita KLCC
untuk bagi moral support kepada Creative Clay Tqa.
lagipun, aku dah berjanji pada diri sendiri nak pergi ke sana.


malam sebelum Rantai.Art Event berlangsung.
giat menguli-uli clay agar menjadi bentuk yang comel dan menarik.

antara handphone strap dan keychain yang dah siap untuk dijual.


ni matchbox Creative Clay yang boleh dijadikan kotak hadiah.
semua kami buat sendiri.


ni la gift yang diexchange dengan Mr Chenta.
harap sangat dia suka sebab hadiah aku tak besar macam orang lain.
tapi hadiah ni takkan dapat kat mana-mana selain kat Creative Clay.


sesampainya aku kat sana,
Syuhada dan Affan dah ada untuk bantu Tqa.
aku tengok gerai Tqa yang paling happening dan colourful.

Syuhada dan 'Affan yang turut datang membantu.


baju Creative Clay yang bersaiz 'XS'.
besar, sebab tu berani amik saiz ni.
agak fit!
aku dapat diskaun 10% dari harga sebenar sebab dapat jumpa budak lelaki dalam gambar.


siapakah dia?
Amir, adik Tqa!


dah beli terus pakai.
support Creative Clay punya pasal!


kat sebelah gerai Creative Clay,
ada gerai cupcakes.
comel dan sedap cupcakes kat situ!
beli satu, RM2 je.

Italic
try buat henna kat tangan.
simple je, RM5.



balik saja kolej malam tu,
aku rasa terlalu penat tapi
aku tak dapat tidur.
aku tak tahu kenapa dengan mata aku sekarang?
susah betul nak tidur!
walau penat macam mana pun,
takkan senang-senang dapat tidur!

apa lagi,
on laptop dan online MukaBuku dan blog.
sementara tunggu laptop on,
sempat kemas-kemas meja study dan letak hadiah frame gambar yang aku dapat dari Mr Chenta.

serius!
saya suka sangat hadiah awak bagi!
so sweet...
masa awak duduk melutut bagi hadiah kat saya.
alahai.......

frame gambar awak bagi,
saya letak kat tempat special.

inilah koleksi hadiah yang aku dapat.
kebanyakannya hadiah hari lahirku yang lepas.

ni pula kasut baru aku.
beli kat LRT Pasar Seni lepas temankan Shazrul beli souvenirs untuk temannya.
ingat nak beli selipar bunga-bunga.
tapi tiba-tiba tertarik dengan kasut ni.
tak mampu nak beli original Crocs,
dapat yang ala-ala pun takpe.
RM15 je!

jangan harap aku nak letak kat depan bilik!
aku letak kat dalam.
sayang betul kalau hilang.

Busyra yang baru balik dari kampung,
terus tunjuk kasut baru dia.
guess what??
dia juga beli kasut Crocs.
tapi bukan original juga la.
brand Asadi.
memang sehati sejiwa betul la aku dan Busyra sejak jadi roomate!


hari ni,
teman-teman aku panggil aku,
nurse!
sebab nampak sangat keputihan kasut aku.

biar orang tak nampak aku.
asalkan nampak kasut baru aku!




dulu,
aku menjadi harapan Umi untuk jadi nurse.
dah macam-macam institusi aku apply.
ahli farmasi di HUSM.
nursing dan ahli farmasi di JPA.
pernah pergi interview untuk masuk MAHSA College.
tapi tempat dah penuh!

Monday, December 21, 2009

Ceritera Dari Genting Highlands.


mesti kalian menunggu cerita blogger tegar gathering
di Genting Highlands dari aku.
aku rasa aku tak perlu kot cerita detail sangat sebab ramai bloggers
yang akan cerita pasal gathering ni.
cuma ni dari mata kasar aku.

firstly, kalau boleh aku nak bagi award pada fhad dan ah ian
sebab organised gathering ni.
anda memang the best organiser lah, guys.
layak jadi pemimpin dan wakil rakyat!


aku just nak beritahu aku memang seronok dan enjoy sepanjang aktiviti.

walaupun pada mulanya aku risau sebab aku tak kenal sesiapa pun
kecuali Cik Cumey dan Jen.
Lumut, oranglidi dan Razman aku baru kenal masa kat Times Square.

sebenarnya, dah lama aku idam nak naik Solero.
akhirnya, impian aku tercapai setelah dapat naik
ditemani dua jejaka Malaya iaitu Hazri dan Hazri. *tak tahu URL blog*
hilang sikit takut aku.
kalau aku naik dengan perempuan yang jenis kaki jerit,
confirm aku pun menjerit!
terima kasih juga kepada Yobsumo sebab peneman setia aku main outdoor games.

petang tu,
kami makan KFC setelah penat main outdoor games.
masa tu, aku kenal beberapa bloggers antaranya
Shazrul, Kak Hanem, Kak Yam *kawan baik Kak Hanem*, Mr Chenta.


malam tu, kami main polar bear yang didalangi oleh Lumut.
tak sangka orang yang tuduh aku polar bear tu adalah polar bear sendiri.
aku asyik aim Hazri sebab mukanya yang selalu merah.

malam tu juga forum blogger tegar dilancarkan
bagi membolehkan bloggers mengenali lebih rapat antara satu sama lain.
aku kagum dengan developer forum ni iaitu Si Kosong.
interface cantik!
jom lah memeriahkan forum ni.

aku dah register, kalian bila lagi?

malam tu,
kami tidur di Apartment Ria.
aku sebilik dengan Kak Aleen, Kak Yam, Kak Hanem, Azzaliena dan Maira.

berkenalan dan berborak sepanjang malam tu dengan mereka buat aku tak rasa
sorang-sorang lagi kat sana.
mereka sungguh best!
Kak Hanem comel dengan kain sarungnya.
Kak Yam dengan otaknya yang masuk air.
Kak Aleen dengan cerita bakal suaminya.

aku tidur sekatil dengan Kak Aleen.
aku takut aku tidur ganas, jadi aku tidur mengiring.
kesian Kak Aleen nanti.
tapi Kak Aleen sungguh cool!
dia suruh aku tidur macam biasa.

balik dari Genting,
kami sempat lunch bersama di foodcourt KL Sentral.
sayang pula nak berpisah setelah 2 hari 1 malam bersama mereka!
sungguh!
aku rindu suasana keriangan sepanjang di Genting Highlands.


rasa macam dah cerita detail la pula!



p/s : pada Cik Cumey dan Lumut,
saya terlalu segan untuk bersama-sama anda walaupun
hanya anda berdua yang saya kenal.
saya bukan sombong!
tapi rasa tak sesuai untuk berdiri sama tinggi dengan kalian.



ihsan gambar dari Lumut dan Yobsumo.

Saturday, December 19, 2009

Jumpa Blogger Di Times Square.

penat tapi happy sangat-sangat!

tulah yang aku boleh cakap bila jumpa bloggers tadi.
cikcumey janji nak jumpa pukul 5 petang.
sebagai seorang yang menepati janji,
aku keluar dari kolej pukul 4.30 petang.

tahan teksi nak ke Stesen Monorel Chow Kit.
biasanya aku naik monorel kat Titiwangsa.
konon-konon nak pilih jalan dekat,
aku pergi Chow Kit.
kat Kampung Baru, jammed teruk!
aku rasa tambang aku dalam RM4++,
tapi tadi aku kena cas dalam RM9++.
tu pun aku turun halfway.
tak sanggup nak bayar lebih!

tapi cikcumey kata, dia lambat dan tengah on the way dari One Utama.
aku rasa jalan yang dia lalu mesti jammed sebab kami jumpa dalam 5.30 petang.
aku tak tahu nak pergi mana.
jalan-jalan ikut kaki melangkah.
kalau ada orang mengorat on the spot,
aku rasa aku ikut saja orang tu!

jumpa cikcumey dan razman kat Borders.
then, jumpa oranglidi dan told la hejauw kat McDonald's.
borak-borak dan makan-makan sambil tunggu lumut, ah fatt dan jen.
sebab mereka lambat sangat,
aku dan told la hejauw gerak cari surau untuk solat maghrib
dan cari sweater untuk ke Genting esok.
maklumla kalau sejuk, takde siapa nak peluk aku.
jen dengan lumut.
aku seorang diri saja.

aku kena sound dengan jen.
ok, aku silap!
jen dengan cikcumey.
razman dengan lumut.

seronok berborak dengan told la hejauw sebab
dia pun suka borak dan peramah.
aku yang diam bila jumpa razman dan oranglidi
terus jadi banyak mulut dengan told la hejauw.
agaknya sebab aku ni segan dengan orang lelaki kot!

lepas kami berdua habis shopping,
kami kembali mencari cikcumey dan yang lain.
masa tu la baru aku kenal lumut.
oh, ni ke blogger famous amos tu?
dulu aku silent reader dia saja.
takut sangat nak komen kat blog dia.
ye la, dia belajar oversea!
aku belajar sini pun swasta je.

jen pula makin hensem aku tengok.
nasib baik umur dia taraf adik aku,
kalau tak, mesti aku yang pergi mengorat dia!
gatal ni.

oh, tidak dilupakan.
aku jumpa ah fatt juga.
dia boleh menguji tahap ketajaman mata aku dalam cam mengecam orang.
aku dah agak dia adalah ah fatt sebab dia pernah letak gambar badan cekedingnya kat blog.
dia boleh cakap, dia adalah jalak lenteng.
lepas tu, dia boleh cakap pula dia adalah beskot.
ah, sudahla ah fatt!
walaupun rupamu tidak kukenal,
tetapi badan cekedingmu tetap menjadi pujaan hatikuuu!!!

kali ni minum-minum kat McDonald's dengan cikcumey, lumut, told la hejauw dan ah fatt.
jen dan razman dah minta diri dulu.
mungkin nak berdating berdua pula!
aku minum Milo sebab perut dah kenyang sangat makan Prosperity Burger tadi.

lepas tu, aku ingat nak terus balik
sebab masa tu dah pukul 10 malam.
kolej aku tak boleh masuk lepas pukul 12 tengah malam.

tapi mereka ajak karaoke sejam kat KTV pula.
aku memang pantang orang ajak karaoke!
walaupun suara tak sedap, aku layan je karaoke.
tak sangka best gila layan karaoke dengan mereka.
suara told la hejauw memang merdu gila!
cikcumey pula nyanyi 'Senggol-Senggolan'.
pegang microphone pun ala-ala Mas Idayu.
lumut layan je nyanyi 'Es Lilin'.
kami pun tak tahu Siti Nurhaliza pernah nyanyi lagu tu masa dia muda-muda dulu.
ah fatt pula nyanyi lagu 'Bukan Ku Tak Sudi'.
lagu tema aku sekarang ni.
ni yang buat aku makin sayang dengan ah fatt.
dah la suara macho habis.
boleh tangkap cintan wa cakap lu!
aku, macam biasa la lagu wajib bila karaoke.
lagu permulaan 'Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan'.
berduet dengan told la hejauw nyanyi lagu 'Jangan Menangis Sayang'.
ending aku dengan cikcumey nyanyi lagu 'Anggapanmu'.
masa tu, kami tarik suara kaw kaw!
bagi hilang suara terus!!
habis je karaoke, masing-masing sakit tekak dan batuk-batuk.

habis saja karaoke,
kami pun balik.
aku, cikcumey dan lumut balik dengan teksi.
told la hejauw balik Pandan Indah dengan LRT.
aku tak tahu ah fatt balik dengan apa.



p/s : nak kemas-kemas pergi Genting pagi esok.
siapa nak jadi alarm clock aku?
kejut aku awal-awal pagi esok.
tapi aku rasa macam tak boleh tidur je,
excited nak pergi!

Friday, December 18, 2009

Jumpa Blogger Sebelum Ke Genting Esok!

yeahhhhh!!!

hari ni aku takkan bosan duduk kat bilik lagi.
aku takkan mengadap lappy aku 24 jam lagi.

stop facebooking for a while!
stop listening Sinar fm for a while!
stop blogging for a while!


nak jumpa Cik Cumey dan Lumut petang ni.
tak sabar nak jumpa Lumut.
nak tengok kehuru-haraan dunia gara-gara dia.
kehuru-haraan Cik Cumey aku dah rasa di McD Titiwangsa malam tu.


tapi maaflah kalau aku tak seperti yang kalian harapkan.


Ada Apa Dalam BLOG INFLUENCE WORKSHOP?

~~credit to Encik Aziz.
sila ke sini dan sini untuk lihat blog beliau.

antara intipati kandungan 'BLOG INFLUENCE WORKSHOP' :

why we're blogging?

-to improve writing skill
-as a social networking
-self review, dairy
-bussiness and marketing purposses
-hobby (reading blogs)
-self-expression
-need information (get and share)
-for the better way of thinking
-be the third party for the some kind of issues

blog influence criteria :

-media content (photo, video)
-content of the blog
*controversial issue
*quality (share techniques, tips, real life experience)
-as a medium to educate due to blogger feedbacks (like a forum)
-point 0f reference/directory
-trust-friend recommendation
-personality
-brand-name
-number of advertisements
-number of followers and time the blog exist
-psychology and cognitive




p/s : maaf sebab tiada elebration untuk satu-satu point.


Rantai.Art Event For 3 Days.


esok,
aku akan ke Rantai.Art Event
untuk menyokong Creative The Clay si Tqa.

malam ni aku dan Syuhada bersengkang mata untuk
siapkan matchbox untuk letak merchandise dia.
bukan nak bodek atau nak minta belanja makan kat Kampung Baru,
tapi aku nak sokong perniagaan dia
sebab aku rasa dia kreatif dan mampu maju dalam perniagaan ni.

jom ke Rantai.Art Event!
banyak aktiviti yang turut disediakan.
sila ke sini untuk maklumat yang terlebih lanjut.



jangan lupa singgah di booth Creative The Clay.

say "hi" to Tqa
and introduce yourself as enulwanie's bloggies.
you will get the cheapest price.
just kidding!

just come and support Tqa!!