Yang Sayang Aku

Thursday, June 10, 2010

Masih Adakah Orang Merinduiku?

rindu nak blogging lagi.
rasanya blog aku pun dah tak semeriah dulu.
rasanya dah tak ramai nak tengok blog aku sekarang.

kadang-kadang,
tandus idea nak cerita pada kalian.
hidup aku sekarang ni pun tertumpu pada kerja.
bangun, pergi kerja.
balik, tidur.
kadang-kadang, tiada masa untuk bersosial.
maklumla, teman pun tak ramai.
boleh dibilang dengan jari.

cuma, bila dapat gaji ni,
aku lebih banyak menghabiskannya untuk annual dinner company aku
12hb Jun ni.

rasanya baju yang sedia ada pun boleh dipakai ke majlis.
tapi naluri keborosan aku tetap nak yang baru.

kasut pun sama.
semalam baru beli kasut wedges yang warna biru jeans.
tapi hari ni, tengok kasut bertali tu nampak seksi pula.
terus grab, bayar!

last-last, bawa balik kampung.
bagi kat Umi kasut jeans tu.
Umi pun masih berjiwa muda.
nak kasut tu.
bagi je la!

ini aku beli untuk meraikan hari lahir Acik ataupun nama panjangnya,
Ainul Safiirah bt Azizan ke-13.
adik-adik aku pun suka Big Apple.
tapi terkilan, 'The Alien' takde masa aku beli tadi.

moga Acik panjang umur dan dimurahkan rezeki.
belajar rajin-rajin.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, June 2, 2010

Karipap Ke Big Mac?

walaupun aku seorang pencinta karipap,
aku belum pernah merasa karipap sebesar ni.

disebabkan Head Of Department (HOD) aku tak keluar lunch,
officemate aku belikan dia sebungkus karipap.

dia pun gila karipap.
so, aku yang duduk di sebelah meja dia dapat juga la merasa keenakan karipap ni.
di dalamnya inti kentang.
tapi yang uniknya,
ada telur rebus yang telah dipotong di dalamnya.

nah!
besar mulut aku nak makan karipap ni.
macam makan Big Mac McDonald's.


p/s : esok aku bakal ada officemate baru.
tak sabar rasanya!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Hanya Doa.

setelah sekian lama
mereka menderita kerana peperangan.

hilang harta benda.
hilang saudara.
hilang keluarga.
hilang tanahair.
malah, dijajah di negara sendiri.

kita mungkin tak pernah merasa penderitaan mereka.

tapi, setidak-tidaknya kita kurangkan derita mereka
dengan doa-doa.
itu saja yang termampu yang insan lemah seperti aku buat.

moga saudara seIslam kita di Palestin terus tabah.
jika mereka berjuang fisabilillah,
syurga adalah sebaik-baik tempat untuk mereka di akhirat kelak.


aku juga menyokong perjuangan Farid.
kagum dengan usaha dia dan teman-temannya.



sila ke sini untuk lebih info.

marilah kita bersama menyokong usaha murni mereka.

"Ya Allah,
aku tidak mampu berjuang fisabilillah.
aku tidak mampu memberi apa-apa sumbangan kepada mereka.
hanya doa yang mampu ku hulurkan.

hanya Engkau Yang Maha Mendengar doa hamba-hamba-Mu.
dan Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui setiap apa yang hamba-hamba-Mu perbuat."






Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, June 1, 2010

Balik Awal Pun Bosan.

bosan.
balik kerja awal pun bukan aku buat apa-apa.
duduk rumah.
layan kartun "Shaun The Sheep".
itu saja yang boleh buat aku tergelak sorang-sorang.

semalam teman budak ni pergi salun rambut.
bagi kemas sikit.
kalau tak, selekeh je rambut tu.

tengok,
bila ambil gambar pun dah jadi segan.

malu la tu.
auwww....




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.