buat benda biar fikir orang lain!
ni yang aku nak beritahu pada penyokong Kelantan yang
merosakkan imej penyokong Kelantan yang sama-sama nak enjoy tengok bola malam final Piala Malaysia.
buat apa nak baling mercun?
buat apa nak baling botol?
buat apa nak bakar kerusi?
padahal kerusi tu jugak kita akan duduk kalau Kelantan dapat masuk final tahun depan.
bila orang kata kita tak bertamadun,
kita marah!
bila orang label kita jahat,
kita melenting!
bila orang kata kita ganas,
kita mengamuk!
tapi kita tak fikir, kita sendiri yang rosakkan imej kita sendiri.
malu untuk mengakui aku ni penyokong Kelantan.
takut dilabel aku ni extreme!
padahal aku tak pernah baling kerusi kat kawan masa dia kutuk pemain Kelantan.
cukup sekadar perang mulut.
enough!!!
jangan disebabkan oleh tangan kamu yang tak reti menilai nikmat dunia,
orang lain yang dapat balasan.
"Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berhadapan dengan tindakan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk denda, penonton tidak dibenarkan masuk ke stadium atau diharamkan terus daripada menyertai Liga Malaysia tahun hadapan!"
~ihsan Kosmo! Online~
ini ke yang kita mahu untuk musim depan?
duduk tercongok depan tv tengok final?
atau sekadar berkumpul di warung kopi atau di kedai mamak untuk menyaksikannya?
aku mahu kamu, kamu dan kamu renung-renungkan!
No comments:
Post a Comment