Yang Sayang Aku

Friday, November 27, 2009

Pulangnya Kami Di Malam Raya.

ye, aku kembali untuk melaporkan tentang
kepulangan yang dinantikan oleh anak perantauan Kelantan ni.
semalam, aku pulang dengan Abang Yo dan isterinya, Kak Fifie.
sebelum pulang, jadual kami memang padat.

pagi tu, aku pergi follow up kat HTAR Kelang.
orang ramai sangat sebab dah tak ramai kakitangan hospital yang masih bekerja
tapi pesakit yang datang bagaikan esok sudah tiada harapan.
maaf, metafora yang agak bangang!
nasib baik, Abang Yo doktor kat situ.
proses dapat dipercepatkan.
tu pun, tengahari baru siap semua prosedur.

lepas tu, hantar saudara kami dari Selayang ke KLIA untuk menjemput emaknya dari Indonesia.
jalan ke Selayang tak payah cerita la. memang jammed!
first time aku pergi ke KLIA.
jauh yang amat!
pukul 2 petang, jemput Kak Fifie pulang dari kerja
dan bawa dia pergi follow up untuk pregnancy test.

Mercedes Benz C230 milik Abang Yo.


malam tu, kami bertolak agak lewat dengan harapan kenderaan dah tak banyak
dan jalan pun dah tak jammed.
tapi sangkaan kami tersangatlah meleset!
jalan jammed sepanjang highway MRR2.
bila masuk highway Karak, lagi la jammed!
sepanjang highway tu, kenderaan memang tak putus putus.
boleh dikatakan 80% kenderaan menghala ke Kelantan.
setiap R & R parking penuh sampai ada yang parking kat luar.


yang best, bila masuk jalan di Bentong,
boleh dikatakan semua kenderaan menghala ke Kelantan.
jalan bertentangan memang lengang.
so, kami conquer kedua-dua jalan.
potong memotong memang amalan mulia bagi kami masa ni.


Abang Yo drive kereta dalam 120km/j.
banyak masa dihabiskan untuk memotong kenderaan yang slow.
memang aku suka perjalanan yang adventure.
tapi, kesian Kak Fifie!
dia asyik takut dengan cara pemanduan Abang Yo.
ye la, dah la berbadan dua.
Abang Yo pula bawa macam pelesit kota.

video


dari Gua Musang,
kami mengekori sebuah Produa Kembara yang asyik memotong dan selalu berada di
opposite lane.
memang laju sangat-sangat Kembara tu!
bayangkan,
Merc Abang Yo pun boleh jauh tertinggal kat belakang.
tapi 2 kali je Abang Yo sempat potong Kembara tu.
aku berharap je biar Kembara tu terus ke Kota Bharu.
tapi rupanya rumah dia kat
area Machang je.

kami teruskan perjalanan sampai ke destinasi kami.
kami tiba di rumah dalam pukul 6.oo pagi.

masa ni takbir raya sudah bergema.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

10 comments:

f.a.r.a.h said...

slmt hri raye! ;)

GhOsToNe said...

huhuhu...

waniey..

salamat hari ghaye..

walaupn perjalanan jauh n jammed teruk..

tp alhmdulillah,kan???

selamat smpai!!!

enuLwanie said...

ye..
bila nk lepak same2?

sI tEDI said...

alhamdulillah.. selamat sampai!

Noorlaila Mohamed Nor said...

fuhh jem!
memang tensen kan?!
huuhu selamat hari raya!

juk said...

kakak i bertolak kul 9 pagi dari bangi..sampai di machang kul 12 tgh malam. tensen tahap gaban..mujur le pakcik kerja di kelate. x merasa adventure balik kg..heheheheh

Hisham said...

cik enul...sane bnjir x???

enuLwanie said...

f.a.r.a.h, noorlaila dan si tedi : thanx for the wish..slamat ari raya gak..

juk : lamanya..ni pun sbb abg sy bwa laju tu yg cpt smpai..

hisham : jgn risau..stkt ni, wlupun bnjir paling hebat kt kb tp umah sy xpenah kena lagi.alhamdulillah.

anwaruddin said...

nasib baik la aku balik siang hari nye, kalau balik malam, alamt raye kat higway la, haha!

enuLwanie said...

ko balik mane nuwa?kelantan gak ke?