Yang Sayang Aku

Monday, November 16, 2009

Jalan-Jalan Di Hari Yang Takde Kelas.

bangun seawal 8 pagi setelah susah payah lelapkan mata pukul 5 pagi.
Kak Ema ajak aku dan Busyra temankan dia settlekan bil kat TM Point dan bank-in duit kat Bank Rakyat.
dengan malasnya, aku bangun.
kalau aku tak ikut, mesti bosan gila sebab hari ni takde kelas.
melepak kat bilik bukan sesuatu yang membahagiakan
walaupun aku dah mula menjadi blogger tegar.
bangun tidur, terus on laptop!
sampai Busyra pun dah bising-bising.
kalau aku dah start berblogging,
jangan harap la nak dengar dia panggil.
aku rasa dia pun dah pernah terasa hati dengan aku.

dah settle semua kerja,
masing-masing blur untuk cari tempat breakfast.
last-last, Restoran Ali Maju menjadi destinasi kami.


dah lama tak merasa nasi sebagai santapan perut.
ye la, sejak dua menjak ni asyik pokai je.
tambahan pula, Kak Ema ingin belanja kami makan sebagai upah menemankannya.
aku apa lagi, pantang orang nak belanja!
macam-macam la lauk pauk mamak ada dalam benak aku.
so, ni la breakfast meal aku pagi tadi.


nasi putih lauk gulai daging dan sotong goreng.
sedap sangat-sangat!
biasa kalau aku makan, aku akan minta tambah sikit nasi.
tapi kali ni, nasi dia memang banyak.
nasib baik tak minta tambah.
ni pun tak larat aku nak habiskan.
tapi siapa yang tak kenal aku,
mesti habisnya!

tengok la gaya aku makan.
tak senonoh betul!
kepada makcik-makcik yang nak jadikan saya menantu,
sila abaikan gambar ni ye.

Busyra dan Kak Ema pun khusyuk makan.
aku asyik snap gambar mereka sampai kena marah dengan Kak Ema.
marah-marah sayang je!

lepas makan,
Kak Ema nak beli jam tangan RM10.
aku mencadangkan Carrefour Wangsa Maju sebab parking free.
pusing-pusing satu Carrefour, jumpa gerai jual jam tangan serendah RM6.80.
serius, RM6.80 je!
aku pun beli satu.
nafsu shopping tetap ada walaupun dalam purse ada dalam RM20.
singgah kat gerai keronsang.
aku belanja Kak Ema keronsang RM10 sebagai hadiah birthday dia pada 7 November lepas.

nampak tak kertas yang tertera lirik lagu 'Through My Window'.
kenangan untuk Kak Ema hari ni.
balik je dari TM Point, sengih je memanjang.

disebabkan Kak Ema tak nak balik rumah lagi,
dia ajak lepak kat Tasik Titiwangsa.
kalau kat tempat macam tu,
apa yang boleh kita buat?
menggedik la snap gambar banyak-banyak.
lepak-lepak kat playground.
borak-borak sampai pukul 3 petang.
then, dia hantar kami balik kolej sebab nak ambil kakak-kakak dia balik kerja.

~~gambar kat Titiwangsa akan diupload nanti!

SILA UNDI SAYA UNTUK
'A PICTURE TELLS THOUSAND WORDS CONTEST'.
UNTUK LIHAT GAMBAR PENYERTAAN,
KLIK SINI.
UNTUK INFO PENGANJUR,
KLIK SINI PULA.

JANGAN LUPA YE!
SAYANG KAMU SEMUA...




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

lel said...

auwww
terliur!!
lapaqq!

salam perkenalan jugak :)

Cik Bayu said...

hehehe...
time kasih sudi singgah blog sy.

mongki said...

perghh, pagi pagi makan nasik ka?? haha!

Cik Bayu said...

sebenarnya, bukan pg sgt pun.
dlm pukul 11 actually!
hahahaha