Yang Sayang Aku

Thursday, November 12, 2009

Birthday Untuk Roomate Aku.

~~~aku baru bangun.
tu pun dikejutkan Syuhada sebab dia nak pulang ke JB.

aku nak update ni.
ni kisah surprise party untuk birthday Busyra.
seminggu plan kononnya semua balik rumah.
tinggal dia sorang-sorang.
tapi takut dia pula yang balik Kajang,
so aku disuruh untuk teman dia.
pukul 12 tengah malam,
semua konon pakat wish dalam SMS je.
pukul 12.30 tengah malam,
baru la mereka ketuk pintu.
aku suruh Busyra buka.
tadaaaa....

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you...

aku pelik kenapa nama aku pun ada.
Busyra & Wanie!
rupanya mereka sambut sekali birthday aku bulan 9 lepas.
sebab masa tu semua orang kat kampung tengah cuti sem.
so, sambut sekali la dengan Busyra.
patut la aku pelik kenapa mereka tak update surprise party Busyra kat aku?

birthday girl dapat banyak hadiah.
selipar tidur Doraemon by Syuhada,
tabung Doraemon by Emilia,
frame gambar hand made by Tqa,
tabung kartun Lembu by Kak Ema.
Suhaila yang tak datang malam tu pun buat surprise letak siap-siap hadiah kat bawah katil Busyra.
entah bila dia masuk tak tahu la.
Suhaila bagi mug yang besar.
Busyra kata nak makan maggi dalam tu pun boleh.

aku pun dapat gak la hadiah.
sebelum ni dah dapat.
malam tu dapat lagi.
Kak Ema bagi tabung Lembu kat aku.
sama la hadiah aku dengan Busyra.
dapat birthday card dari Syuhada.

yang best,
kek kami memang sedap.
kek yang disaluti dengan aiskrim.
dalam tu pula ada Kit Kat.
sedap, lain dari yang lain!
tapi disebabkan aku sakit perut dan cirit,
aku makan sikit je.

thanks to all of you, guys!
tak sangka selama 2 tahun aku dengan korang,
ni la first time birthday aku disambut.
walaupun kena share dengan Busyra.
tapi ia sungguh bermakna bagi aku.
aku sayang sangat sangat kat korang!




Busyra & Wanie!



sama la hadiah kita!

sayang sangat sama korang!



p/s : auwwww....
seksi tak i pakai kain sarung?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

tqa said...

wahh xnak hodoh plak budak yang sluar blup2 tuu aduii gangstar abis

enuLwanie said...

ahakssss

ala, cukup la ada gmbar ko kat entri lepas.

ha, update la cite pasal aku.
ade bran?

emilia sarah said...

bukan sexy cik kak oi..nmpk ayu n sopan bin santun je..hakhak! :P

enuLwanie said...

ye ke?
malu la i, u puji cmtu.
thanx cik garam!