Yang Sayang Aku

Thursday, December 31, 2009

Tiada Pengalah, Semuanya Pemenang.

30 Disember 2008.
tarikh entry pertama aku dipost.
dan sejak itu aku berblogging.

aku kenal dunia blog ni pun dari temanku, Syuhada dan Tqa.
rasa ingin mempunyai blog sendiri.
maka terlahirlah 'Ceritera Hidup Seorang Aku'.

dulu, berblogging hanya sebagai luahan perasaan semata-mata.
tapi mula menjadi tegar setelah tengok blog Jen yang mempromosikan
blogger gathering di Genting anjuran Fhad.

semua maklumat kita boleh dapat dari blog.
ada yang berunsur lawak,
ada love story,
ada luahan perasaan,
ada juga yang berunsur politik.

seronok dapat mengenali bloggers.
perkenalan dari hujung jari hingga ke hujung hati.
ada yang dah jadi kawan baik.
ada yang dah jadi skandal.
ada yang dah jadi pasangan bercinta.
mungkin dari dunia blog terus ke gerbang perkahwinan.

sepanjang aku mengenali dunia blog,
aku mempunyai teman rapat.
maksud aku,
aku selalu komen blog dia.
dan dia selalu komen blog aku.
antaranya
Ghostone, my most bestest bloggy.
"sayang awak lebih la!"

Ib pula antara blog yang selalu aku singgah.
dulu kami pernah jadikan komen seperti shoutbox.
berbalas komen sehingga pukul 3 pagi.
"terima kasih kerana sudi layan saya masa tu, Ib!"

sejak aku letak nama aku antara yang join bloggers gathering di Genting,
aku mula mengenali Cik Cumey.
dulu aku pernah jadi silent reader dia.
masa tu, dia ada masalah dengan budak rumah dia.
sepanjang kenal dia,
dia memang jenis yang happening and kecoh!
aku sangkakan dia dan Jen sebaya.
ceh, aku tertipu dengan tahi lalat di pipinya!
(gurauan semata-mata)

balik dari gathering di Genting Highlands hari tu,
aku dapat seorang abang dan 2 orang kakak angkat.
bertambah la orang yang aku sayang.
aku harap mereka pun sayangkan aku.
aku juga ada Kak Hanem dan Kak Yam.
"abang dan akak-akak ku,
ketahuilah oleh kalian bahawa aku sayang sangat pada kalian!
terima kasih kerana menerima aku sebagai adikmu yang comel dan nakal ni."

harap-harap lepas ni,
lebih ramai pula yang akan menjadi teman aku.
kalau ada bloggers yang aku dah jumpa tapi aku tak mention kat sini,
maaf ye!
aku masih ingat pada kalian.
dan aku sayang juga pada kalian.
kerana kalian,
aku gagah bertapak di dunia blog ni!



oh ya,
tidak lupa nak update.
ni pula antara peserta contest nama untuk ikan gapi aku
dan nama yang dicadangkan.

anwaruddin hamdan <--- si gapi jantan
Iqbal Ismail <--- Garuru
Hafiz Kadir <--- wokyoh
Hasanah Ramli <---
nemo
Saza Sazi <--- casper
Nik Khairin Azhan <--- Grizelle
ayudeadwish <--- zulhilmi ashraf
kawie2020 <--- kawie
.millalara. <--- chenonet
tqa <--- olie
i'mnotsosupercool <--- john
shazruls <--- boboi
pisey <--- kachak
nud <--- tuty
mr chenta <--- jantan
miez hanem <--- bobo
cik cumeY <--- rahman
syaf <---popo
star <--- star nemo
sI tedI <--- oshin
f.a.r.a.h <--- jaja bink
ZuR <--- garfield

dan pemenangnya adalah....
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
''
"
"
"
"
pisey <--- kachak.

kenapa aku pilih nama "kachak"?
sebab aku mengharapkan aku boleh jadi puteri dan
si kecil ikan gapi aku bertukar menjadi prince charming aku.
ala-ala filem 'The Princess And The Frog'.

hadiah yang akan diterima,
adalah seekor ikan gapi betina.
senanglah si kecil aku ni nak mengawan
dan mengawal kemandirian spesies.





ni contest first yang aku anjur.
hanya main-main dan sebagai percubaan.
jangan terasa hati kalau anda bukan pemenangnya.
kalau aku bagi seorang satu ikan gapi,
kalian mahu???

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, December 30, 2009

Masih Di Peringkat Perbincangan.

maaf kalau aku lambat mengumumkan keputusan contest semalam.
ini kali pertama aku menganjurkan contest.
sekarang, masih di peringkat perbincangan dengan juri-juri.
harap bersabar!


hari ini aku sungguh sibuk dengan assignment 3D yang harus disubmit esok.
kerja rendering dalam bentuk file.avi betul-betul menguji kesabaran aku.
render hampir 7 jam tapi aku masih tak puas hati.
aku terpaksa edit dan render yang baru.

masuk kali ni aku dah render file.avi sebanyak 3 kali.
terpaksa cerewet sebab lecturer aku seorang yang teliti.
susah nak bagi markah!
bayangkan dia hanya pilih 3 orang untuk layak dapat A.
mungkin 2-3 orang layak dapat B.
dan selebihnya C.
aku tak mahu diletakkan dalam kategori C.
this is my final semester and i have to struggle!

dah la charger laptop buat hal.
meletup dan terus tak boleh guna.
terpaksa beli baru.
Universal Notebook Charger dengan harga RM50.
sungguh buat hatiku lega!
sebab aku membayangkan duit poket aku makin banyak yang akan terbang.

thanx to my best buddy, Kamarul sebab temankan aku di saat-saat aku
memerlukan orang untuk temankan aku ke Low Yat.
dia seorang saja yang say "yes!" untuk temankan aku ke sana.
selama ni pun, he never say "no" when i need his help!
sebagai reward, aku belanja dia makan Prosperity Burger McDonald's.

then, kami berdua tengok wayang filem Avatar.
yang kelakarnya,
sebab kami beli pukul 3 petang sedangkan filem tu start 6 petang,
kami sempat balik kejap untuk siapkan assignment rendering 3D.

di awal cerita ni agak membosankan sehingga aku hampir terlelap.
tapi lama-lama makin best dan adventure Jakesully makin menarik.
Neytiri cantik walaupun dia hanya Avatar!
aku bagi 3 1/2 bintang untuk filem ni!!

lepas tengok wayang,
aku makan malam dengan family aku yang datang dari kampung.
makan angin di bandar KL ni!
Umie makin kurus setelah makan ubat pelangsing.
Umie cakap aku makin gemuk!
oh tidakkkkk!
aku pun nak kurus!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, December 29, 2009

Tempoh Contest Dilanjutkan.


atas permintaan ramai *ramai ke?*,
aku akan tunjukkan 'boyfriend' baru aku.
moga kalian cepat dapat ilham
setelah tengok buah hati pengarang jantung aku ni.


setakat ni dah ada nama yang aku suka.
tapi aku nak bagi lagi peluang pada kalian.


kali ni aku nak lanjutkan tempoh contest ni.
aku lanjutkan sehingga 12.00 tengahari esok.
aku bagi peluang untuk kalian tunjukkan kekreativitian
dalam memberi nama pada kesayangan aku ni.


tadi aku hampir membeli seekor gapi betina
sebagai pasangan dan peneman si kecil ni.
tapi tiada yang aku berkenan.




belum dah dapat ilham?
nah, sekarang aku attach sekali video boyfriend aku ni menari-nari.
aku dah bagi dia sarapan pagi.
terus dia aktif berenang.

video




hadiah bakal diumumkan kelak!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, December 28, 2009

Tolong Suggest Nama Untuk Si Kecil Aku. *ala-ala contest!*

semalam,
aku keluar dengan Abang Yo.
makan Nasi Kerabu di Kampung Baru.
kemudian dia ajak aku ke showroom Mercedes Benz di Bukit Bintang
untuk bagi semangat pada diriku untuk berjaya seperti dia.
aku dan Abang Yo suka C-Class.
superb!

kemudian,
ke Bandar Tasik Selatan.
sambil basuh kereta Abang Yo yang asyik berdebu tu,
Abang Yo nak beli ikan untuk tambah 'koleksi' yang sedia ada.
aku teruja tengok kucing 'Garfield'.
comel sangat muka dia!

aku asyik tak lepas pandang tengok arnab kat situ.
serius, comel sangat!
Abang Yo mungkin perasan aku duk mencangkung
dan asyik snap gambar arnab,
dia beli satu.
jealous, ok?
sebab dia beli untuk wife dia!
dah la aku siap bagi nama 'Cindy' kat arnab tu.
merajuk kejap dengan dia!


tapi sebagai ganti,
dia bagi aku ikan gapi jantan.
kalau jantan,
aku susah sikit bagi nama.



boleh tak kalian suggest nama untuk si kecil aku ni?
nama paling kreatif aku bagi hadiah!
aku bagi tempoh 24 jam dari jam entry ni dipost.
*dah jadi macam contest la ni!*


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, December 27, 2009

Charger Laptop Aku Meletup!!!

aku tidur pukul 4 pagi tadi.
mata dah tak pandai nak lelap cepat-cepat.
dah tak pandai tidur awal-awal.

so, untuk menghabiskan masa yang terlalu lapang ni,
aku memenuhi permintaan Kak Yam untuk memperindahkan blog dia.
oh lupa nak uar-uarkan,

Kak Yam dah ada blog.
sila klik untuk serang blog Kak Yam!

sebab aku seorang saja yang tiada kerja
dan banyak masa yang terbuang,
aku pun dengan sukarela nak tukar template blog dia.

tapi ada satu benda yang aku betul-betul tak sangka dengan Kak Yam ni.
first expression aku kat dia seorang yang baik dan agak alim.
mungkin seorang yang pendiam dan tak banyak cakap.

tak sangka dia boleh buat request macam ni,

"wany tolong akak construct akak punyer blog bleh tak?
takder mase la akak ni wany oiii..
kalo wany rajin wat ganaz-ganaz tau biar nampak 'hitam' jer.
sebab akak suke gile kaler hitam."

dah cukup ganas tak bagi kalian?
ni je template terbaik yang aku jumpa.
belum tambah widget kat sidebar lagi.
nanti nak suruh Kak Yam register nuffnang.
kaya sikit dia nanti!
boleh belanja makan best-best!


syok sangat cari template untuk blog Kak Yam,
aku terjumpa template yang sesuai untuk aku.
putih dan simple.
aku dah makin suka white color!
so, kalian tengoklah template birdie ni buat kali terakhir.
esok lusa jangan pula kalian fikir kalian salah masuk blog.

aku kan seorang yang cepat rasa bosan dengan benda yang statik.
gambar kat desktop aku pun asyik tukar je dalam seminggu.



eh, charger laptop aku tiba-tiba meletup!
kenapa ni???


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, December 26, 2009

Hari Ni Rasa 'Down' Se'down'-'Down'nya!

rasa down sangat sekarang ni.

dah la sakit gusi ni tak pernah nak surut.
sampai tak lena tidur malam.

sekarang,
duk sorang-sorang kat kolej.
tanpa ada teman bicara.
tanpa ada teman untuk aku luahkan segalanya.
*takde orang nak beli maggi ke?*

serius.
aku rasa seolah-olah aku tiada sesiapa dalam dunia ni.
nak call family di kampung,
kredit takde.
syiling pun takde.
Abang Yo pun busy dengan kerja dan family sendiri.
on call hari ni.
kesian pula kalau selalu menyusahkan dia.
aku sayang abang aku.
dia satu-satunya abang yang aku ada.
kalau boleh, tak nak buat dia mengeluh hanya kerana aku!
*isy, kenapa air mata asyik nak keluar je hari ni?*

semalam aku terkejut dengar lagu 'StarStrukk'
sebagai message tone handphone aku.
dah lama handphone tak berbunyi.
unknown number : "hi".
confirm la aku takkan layan mesej macam tu.
sekali lagi 'StarStrukk' berbunyi.
unknown number : "wanie, ni ami!"

hah!!
aku baca 2-3 kali.
biar betul.
adik aku yang nak masuk darjah 5 dah ada number phone sendiri.
rasa macam nak marah pun ada.
siapalah yang terlalu manjakan Ami ni?
nasib baik kredit takde.
nak je call.
bukan nak marah,
tapi nak cakap aku rindukan adik aku yang comel dan chubby tu.


satu-satunya adik lelaki aku.
bongsu pula tu!
manja sangat dengan aku.


untuk adik-adikku :

"Kak Ni tau adik-adik Kak Ni baca blog Kak Ni.
tak mampu nak call tiap-tiap hari.
tak mampu nak cakap Kak Ni sayang adik-adik Kak Ni.

rindu nak manja-manja dengan Ami, Achik, Ayie, Mc Yah dan Nisa.
rindu nak peluk cium sorang-sorang.
rindu nak snap gambar-gambar gedik dengan adik-adik Kak Ni.
rindu nak karaoke dalam laptop.
rindu nak tengok movie dalam laptop sama-sama.
rindu nak masak sedap-sedap untuk adik-adik Kak Ni bila balik dari sekolah.
rindu semuanya kat adik-adik Kak Ni."




jangan ditanya kenapa aku sorang saja yang gelap?


masa aku STPM baru ada handphone sendiri.
masa SPM, masa tu duk asrama.
punyalah merayu kat Umi nak handphone.
Umi cuma cakap belajar sungguh-sungguh.
sekarang, adik-adik aku belum habis SPM pun dah ada handphone.
number asyik tukar-tukar pula tu.
handphone pun nak gempak-gempak!


maaflah entry kali ni sungguh membosankan.
ingat nak cerita tentang majlis kenduri kahwin abang Beskot.
tapi gambar takde.
so, mood nak cerita pun takde.
aku nak tunggu cerita dari Fhad, Si Kosong, Jen, dan orangLidi
yang asyik shoot gambar kat sana.





p/s : boleh tak kalau aku katakan aku rasa aku sunyi.
perlukan teman untuk menyayangi.
bukan tiada yang sayangkan aku.
cuma nak yang special.
desperate kah aku?



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.