Yang Sayang Aku

Saturday, December 19, 2009

Jumpa Blogger Di Times Square.

penat tapi happy sangat-sangat!

tulah yang aku boleh cakap bila jumpa bloggers tadi.
cikcumey janji nak jumpa pukul 5 petang.
sebagai seorang yang menepati janji,
aku keluar dari kolej pukul 4.30 petang.

tahan teksi nak ke Stesen Monorel Chow Kit.
biasanya aku naik monorel kat Titiwangsa.
konon-konon nak pilih jalan dekat,
aku pergi Chow Kit.
kat Kampung Baru, jammed teruk!
aku rasa tambang aku dalam RM4++,
tapi tadi aku kena cas dalam RM9++.
tu pun aku turun halfway.
tak sanggup nak bayar lebih!

tapi cikcumey kata, dia lambat dan tengah on the way dari One Utama.
aku rasa jalan yang dia lalu mesti jammed sebab kami jumpa dalam 5.30 petang.
aku tak tahu nak pergi mana.
jalan-jalan ikut kaki melangkah.
kalau ada orang mengorat on the spot,
aku rasa aku ikut saja orang tu!

jumpa cikcumey dan razman kat Borders.
then, jumpa oranglidi dan told la hejauw kat McDonald's.
borak-borak dan makan-makan sambil tunggu lumut, ah fatt dan jen.
sebab mereka lambat sangat,
aku dan told la hejauw gerak cari surau untuk solat maghrib
dan cari sweater untuk ke Genting esok.
maklumla kalau sejuk, takde siapa nak peluk aku.
jen dengan lumut.
aku seorang diri saja.

aku kena sound dengan jen.
ok, aku silap!
jen dengan cikcumey.
razman dengan lumut.

seronok berborak dengan told la hejauw sebab
dia pun suka borak dan peramah.
aku yang diam bila jumpa razman dan oranglidi
terus jadi banyak mulut dengan told la hejauw.
agaknya sebab aku ni segan dengan orang lelaki kot!

lepas kami berdua habis shopping,
kami kembali mencari cikcumey dan yang lain.
masa tu la baru aku kenal lumut.
oh, ni ke blogger famous amos tu?
dulu aku silent reader dia saja.
takut sangat nak komen kat blog dia.
ye la, dia belajar oversea!
aku belajar sini pun swasta je.

jen pula makin hensem aku tengok.
nasib baik umur dia taraf adik aku,
kalau tak, mesti aku yang pergi mengorat dia!
gatal ni.

oh, tidak dilupakan.
aku jumpa ah fatt juga.
dia boleh menguji tahap ketajaman mata aku dalam cam mengecam orang.
aku dah agak dia adalah ah fatt sebab dia pernah letak gambar badan cekedingnya kat blog.
dia boleh cakap, dia adalah jalak lenteng.
lepas tu, dia boleh cakap pula dia adalah beskot.
ah, sudahla ah fatt!
walaupun rupamu tidak kukenal,
tetapi badan cekedingmu tetap menjadi pujaan hatikuuu!!!

kali ni minum-minum kat McDonald's dengan cikcumey, lumut, told la hejauw dan ah fatt.
jen dan razman dah minta diri dulu.
mungkin nak berdating berdua pula!
aku minum Milo sebab perut dah kenyang sangat makan Prosperity Burger tadi.

lepas tu, aku ingat nak terus balik
sebab masa tu dah pukul 10 malam.
kolej aku tak boleh masuk lepas pukul 12 tengah malam.

tapi mereka ajak karaoke sejam kat KTV pula.
aku memang pantang orang ajak karaoke!
walaupun suara tak sedap, aku layan je karaoke.
tak sangka best gila layan karaoke dengan mereka.
suara told la hejauw memang merdu gila!
cikcumey pula nyanyi 'Senggol-Senggolan'.
pegang microphone pun ala-ala Mas Idayu.
lumut layan je nyanyi 'Es Lilin'.
kami pun tak tahu Siti Nurhaliza pernah nyanyi lagu tu masa dia muda-muda dulu.
ah fatt pula nyanyi lagu 'Bukan Ku Tak Sudi'.
lagu tema aku sekarang ni.
ni yang buat aku makin sayang dengan ah fatt.
dah la suara macho habis.
boleh tangkap cintan wa cakap lu!
aku, macam biasa la lagu wajib bila karaoke.
lagu permulaan 'Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan'.
berduet dengan told la hejauw nyanyi lagu 'Jangan Menangis Sayang'.
ending aku dengan cikcumey nyanyi lagu 'Anggapanmu'.
masa tu, kami tarik suara kaw kaw!
bagi hilang suara terus!!
habis je karaoke, masing-masing sakit tekak dan batuk-batuk.

habis saja karaoke,
kami pun balik.
aku, cikcumey dan lumut balik dengan teksi.
told la hejauw balik Pandan Indah dengan LRT.
aku tak tahu ah fatt balik dengan apa.



p/s : nak kemas-kemas pergi Genting pagi esok.
siapa nak jadi alarm clock aku?
kejut aku awal-awal pagi esok.
tapi aku rasa macam tak boleh tidur je,
excited nak pergi!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

17 comments:

Fatt Chin Choy said...

yu huuuuu
macho tak suara aku

pic2 yang ada email ler
video aku menyanyi tu email sekali
mana tau aku nak masuk dalam blog
nak promot diri sendiri beb

auwwwww

fattchinchoy@gmail.com
fattchinchoy@yahoo.com

enuLwanie said...

mmg macho gila!
cair aku..

aku bg esok je la gmbr2 tu..
video tu aku nk wt msuk redtube.
eh, youtube boleh?
hahahhaa

hisham said...

oooo...x ajk i pun ek...sedih2..n jeles la...suare ahfat tu bkn sedap pn cam suare ramlah ram jer

enuLwanie said...

alalala..nnt kita dating berdua ye bro sham!

syed mohamed bin syed hassan (jen) said...

huhu..lom dgr sore jen agih..haha

er..pembetulan..np jen ngn lumut razman ngn cc??

terbalik lah!haha..pe daaa..

enuLwanie said...

xtdo lagi?
buat pe dgn razman ni?

nnt wanie nk dgr suara jen nyanyi ek?
semacho ah fatt ke?
hahahaha...

ala, wanie pun dh pening dgn korang berempat.
share2 partner.

syed mohamed bin syed hassan (jen) said...

cc n jen je.hoho

enuLwanie said...

alala..sori la..slh info la ni.
ok,nnt wanie tukar.

GhOsToNe said...

huhuh....

seronok jalan2!
laen kali sy ikot!

enuLwanie said...

awk mesti ikut lain kali tau.
teringin sgt nk jumpa awk.

Rowena Chasez said...

uittss..
jeles2..
mau join gath jgak..
huhuu~

i'msosupernotcool said...

rajin la korang nih..
cam da ari2 lak ade gath..
gud2..

aNiSa hANg tUaH said...

wa.best2

kalau penat rehat2 la yerp..
hehe

Boneka tak sakit said...

ada je gathering!! pelik aku!! ceh.. haha
hafat suara best ke.. amai cakap mcm bapok! apa nie..

et said...

wah3..makin lame makin byk je gath neh..uuu~

f.a.r.a.h said...

uik blogger ade gathering ke?
cool! :D

oranglidi said...

woi woi. wa makan lu punya kentang goreng masa kat mekdi.