Yang Sayang Aku

Tuesday, December 8, 2009

PC Fair Dan Senario di KLCC.

ahad lepas,
aku, Busyra dan Emilia pergi PC Fair.
kami memang pantang kalau ada PC Fair kat KLCC ni.
maklum la budak multimedia la katakan!

tahun lepas aku pergi dengan Abang Yo.
dia membeli HTC Diamond secara cash.
masa tu, dia baru saja bekerja sebagai doktor.

masuk saja dalam,
aku nampak ada orang pakai costum.
sungguh unik!
ingatkan watak filem Storm Warriors,
rupanya salah satu cara mereka promote produk.

pusing pusing lagi.
mereka berdua ada misi untuk membeli external hard disk dan memory card untuk handphone.
aku cuma mencari kalau ada apa-apa yang boleh diambil.
aku masih belum cukup mampu untuk membeli apa-apa dari PC Fair.

aku tengok ramai yang pegang belon.
tu misi terbaru aku.
nak belon banyak-banyak.
ye, aku masih punya minat terhadap belon macam kanak-kanak riang!

ye, dah dapat dua belon!

nampak tak muka happy aku!
tu pun sebab aku suruh Busyra minta dengan abang yang pegang belon.
dia bagi belon warna biru.
tapi, aku nak belon warna pink.
last-last, dapat dua-dua!

Emilia tengah usha external hard disk Western Digital.
320 GB dengan harga RM199.
murah kan?
Busyra pula bengang je sebab dia dah pun terbeli
external hard disk 160GB dengan harga RM159!

aku pula, masih meliar mata cari belon.

tengok, dapat dua lagi!
dua-dua belon Celcom.

maaf, saya pengguna Hotlink!
tapi saya tetap nak belon ni.

lepas misi kami tercapai,
misi seterusnya pula menonton wayang.
aku nak tengok filem Jalang,
tapi mereka nak tengok filem Senario The Movie Episod 2 : Beach Boys.
terpaksa ikut keputusan majoriti.
pasrah dalam keterpaksaan!


disebabkan aku pegang belon,
jadi mereka yang membeli tiket.
sebenarnya masa ni, yang sedihnya aku terpaksa korbankan kedua-dua belon Celcom
sebab takut pecah masa bersesak-sesak dalam KLCC.


aku dipaksa Busyra posing gaya macam ni.
kena patuh cakap kakak!


nampak tak muka sedih ni?
tinggal satu saja belon yang tinggal.
sebab kami terpaksa bersesak naik LRT.

eh, lupa nak cerita.
first time aku membeli di PC Fair.
walaupun murah, tapi comel sangat!
warna pink tau!!

ni la earphone smarties yang aku beli.
nampak tak harga kat bawah tu?
tapi, aku bukan beli dengan harga tu.

Busyra pun beli gak,
tapi dia beli warna oren.
dia cakap, dah tak payah share nak dengar lagu.
dulu, siap kena request lagu.
kalau tak, bila dua-dua pasang lagu,
masing-masing nak lawan lagu siapa paling kuat bunyi.

sekarang,
masa aku tengah update blog ni
kami pakai earphone masing-masing.
aku layan Sinar FM.
Busyra pula dengar lagu sambil reinstall 3ds max.
walaupun Busyra pakai earphone,
tapi aku tetap boleh tahu dia dengar lagu apa
sebab dia pula yang melalak.
sama saja!



p/s : tak suka dan takut dengar bunyi belon pecah!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

14 comments:

GhOsToNe said...

huhuh...

mmg besh kalo dah brsoping sakan d pc fair!!!

besh2...

kesian belon2 ithu!

x pe2!

nanti g lagieyh amek byk2 lagieyh!

hehehe

enuLwanie said...

ghostone : yes, seperti yg dijangka!
takde org lain yg sepantas awk bca n komen di blog sy.

belon pink masih ada di depan mata sy.
hihihi

sI tEDI said...

alahhhh.. angkat je lah 4-4..
sayang dok tinggal2 kan

Hisham said...

amboii..g derak tok royak kak kito pn...

YobSumo said...

hahahaha kalau aku, aku kutip beg je banyak2 sebab mak aku kirim. wahahahhaha!

enuLwanie said...

si tedi : eh, sy x tgglkn.cuma buang angin belon.bwa balik.tp smpai skrg biar cmtu je.

hisham : maaf la ye..nnt kita dating berdua plak ye..

yobsumo : aku tak jumpa booth yg bg free bag.xsempat dgn kitorg kot!

.millalara. said...

fobia belon!

earphone tu chumel amat.. rasa mcm smarties yg buleh ditelan ohh :)

i'msosupernotcool said...

jalang ngan senario..
both jgn tengok..
bazir je..

enuLwanie said...

millalara : mmg comel dan bila lapar, rs mcm nak telan je!

u'resosupercool : jalang tak best ek?

f.a.r.a.h said...

waa jeles gile dapat pegi pc fair!
i cari external murah la.
tapi, bile pc fair ade je..
duit lak xde. hahaha

Cik Cookie said...

belon CC sudah kecut...

enuLwanie said...

fa.r.a.h : xpe..simpan duit utk tahun depan lak ye..

cik cookie : alalala~xnk bagi belon wanie kat cik cookie!

our stori mori *_* said...

saza kate ; earfone tu bpe rm bli????cooooolllll

enuLwanie said...

ehem ehem..rm1+ je..