Sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.
Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.
Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.
ni adalah laporan penuh yang aku dapat hari ni.
semalam cuma hanyalah desas desus orang saja.
maaf atas keterlanjuran aku berbicara.
aku cuma risau kalau-kalau adik aku berada di tempat kejadian.
semua ni hanyalah ketentuan Allah.
pasti ada hikmah yang bakal menjelma!
Al Fatihah buat keluarga mangsa.
ihsan dari Kosmo! online dan myMetro.
16 comments:
serius ke???????????
omg! nk gi shopping pon takut cmnih.
takziah untuk keluarga mangsa.
bile pikir2 patot kew kite salahkan pemandu ithu???
or kpd yg tolak keta????
tp yg sgt kesiannyew kpd yg kne tula..
adoyai!
kesian gilew!!!
f.a.r.a.h : doakan mereka ditempat di kalangan org yg beriman.
ghostone : betul betul betul.
berapa org yng terkorban?
hurm... kejadian itu memang tak disangka.. namun kuasa tuhan
Al-Fatihah untuk mereka yg terlibat
wow!! huhuhu gila lah kes nie.. adik2 kita selamat lah kan?? hai lega abg hahahaha
bulan cyg : 2 yg terkorban.1 lagi parah.
si tedi : al fatihah! amin..
boneka dalingku : adik2 kita selamat dh daling. ai dh warning diorg jgn slalu lepak mane2.bahaya dtg x diduga kan daling?ai syg u lebih la daling sbb u concern kt ai.. hikhikhik
sala.nk komen jugak..hehe
dengar kata kb mall dah kena tutup kan untuk sementara..
driver tu pon kesian jugak la sebab dia tak sengaja.tp tu la..malang tak berbau.
ajal tak kenal siapa dan dimana..tak sangka tengah syok2 duk shopping jd malapetaka camni plak.
semoga jadi iktibar.
al-fatihah buat mgsa..
cik dila : tu la, ajal maut semua kerja Allah.kita berhati2 pun, ada lagi org yg careless.
millalara : aminnnn....
sedih dan tragis..
lpas ni jgn la tolak keta atas bumbung lagi..
oranglidi : abis tu, nak tolak kat mane lagi klu kete rosak kt bumbung?hihihi
buletin utama pn kata dua org pemandu melarikan diri..soknya plak kat paper br ada cita yg betul pasal pemandu tu gurl..juz yg tolak keta tu a yg lari..adoi.. lebih baik refer paper sbb diorang lagi terperinci berita tu..klu berita tv macam cari bhn untuk siarkan je..tatau punca sbenar..
yg sebenarnya keta tu pakai turbo..paham2 je la pe jd kalu nk idupkan pakai tolak keta...
fit : terlalu byk versi utk kita dengar. terbaru, slh satu mangsa adalah kwn adik sy.
kesian kot kat mangsa. huhu
oh nada : ucapan takziah dan al-fatihah adalah yg terbaik diungkapkan pd mangsa.
Post a Comment