Yang Sayang Aku

Thursday, December 17, 2009

'Blog Influence Workshop'.

aku dan Syuhada bersama lecturer kami, Encik Aziz
menghadiri 'Blog Influence Workshop'
di Impiana KLCC Hotel & Spa.

aku membayangkan bengkel ni membosankan.
tapi ternyata salah dugaanku.
banyak yang aku belajar dari bengkel ni.
antaranya kenapa kita berblogging dan
bagaimana blog mempengaruhi kita.
nanti aku buat entri khas tentang kandungan bengkel ni.

sekarang,
aku cuma nak cerita tentang perjalanan kami di bengkel ni.

masa untuk menjamu perut.


nampak chocolate tart ni terus aku grab dua.
orang lain ambil satu je!
memang sedap sangat-sangat!


bila tak tahu nak tulis apa, ni la yang aku tulis!



ada pelajar Jordan yang sedang dalam pengajian PhD
buat sistem 'Blog Influence Analyser'.
dia tunjuk macam mana kita nak tahu berapa orang view blog kita.
lebih kurang macam trafik la!
dia buat ranking antara blogger yang hadir siapa paling banyak kena hit.

blog Encik Aziz di tangga teratas.
terus ramai yang nak minta URL blog dia.
macam sesi bertemu peminat pula jadinya!




lama-lama, nampak muka riak Encik Aziz.
jeles jeles jeles!


kami lunch di Tonka Bean Cafe di Impiana Hotel ni.
nama nasi ni aku lupa tapi ada nama ala-ala Seafood.
sudah tentu lauk sotong menjadi pilihan aku.


inilah dessert aku dan Syuhada.
tapi kami makan separuh je sebab terlalu manis!




p/s : tak sangka kan,
pergi bengkel blogger ni dapat RM100.
macam saguhati pula!

aku nak tunggu Encik Aziz update blog dia.
nak tengok berapa ramai follower dia ada!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

7 comments:

i'msosupernotcool said...

x ajak gua pon..
ahaha

enuLwanie said...

ala..bkn xnk ajak, ni pun lecturer yg ajak pergi.
kebanyakan yg pergi, alumni UUM.

MIZZNISS said...

wah...best ke...cepatla hapdet intipati die... hmm, nape dpt 100 tu, jelesnye... btw, lame xle[ak cni..haiiii...

Kuwe said...

ahhh.apakah? dah semacam kurusus mem blog kah?

enuLwanie said...

mizzniss : ntah, sy pun xpsti nape dpt rm100. tp, yg psti dh abis duit tu sy guna utk prepare nk gi genting.

kuwe : bukan kursus, rs mcm discussion sbb msg2 bg pendapat ttg blog dan blogger lifestyle.

YobSumo said...

chocolate tart itu sgt mengiurkan.

nnt share2 lah apa2 input dari talk itu ok!

enuLwanie said...

mmg sedap sgt tart tu.
tmbh2 coklat!