Yang Sayang Aku

Saturday, December 5, 2009

Syukur Alhamdulillah *Macam Iklan Bio Aura!*

alhamdulillah.
aku baru saja tiba di kolej.
terus buka laptop dan online.

aku selamat tiba di Hentian Putra pukul 5pagi tadi.
tunggu pukul 6pagi untuk naik LRT dari PWTC ke Titiwangsa.
mesti kalian pelik kan kenapa aku tak naik teksi terus dari Putra?
aku nak jimat duit.
kalau naik teksi dari Putra,
dia cas ikut kepala dia, bukan ikut meter!
lagipun, kalau naik teksi sebelum pukul 6pagi dikira double.

takpe la, yang penting aku dah selamat sampai di kolej aku.
aku tak call Abang Yo pun tadi.
terfikir juga nak call tapi mesti dia tengah bersiap nak pergi kerja.
kesian pula ke hulu hilir kerana aku.
lagipun, aku kan kena belajar survive hidup sorang-sorang.

pengalaman naik bas 2 tingkat tadi agak menarik.
bukan ni kali pertama aku naik bas 2 tingkat.
aku pernah naik dengan Umi masa Umi kursus di Kajang.
tapi kali ni, aku duduk double seat.
kalau bas biasa, aku prefer single seat.
disebabkan adik aku yang beli tiket bas,
so no comment. redha je!

apa yang menarik tentang bas tadi?
aku duduk seat dua dari depan di tingkat atas!
bayangkan betapa takutnya aku pada mulanya.
then, aku realise aku boleh nampak pemandangan dari depan
macam di panggung wayang ber'GOLD CLASS'.

sebelah aku, lelaki.
mungkin sudah ada awek sebab dia asyik main mesej je.
aku tak boleh tidur sampai la bas berhenti rehat di Merapoh.
lepas jatuhkan seat dan bentangkan selimut yang mereka sediakan,
aku pun tidur lena macam baby!
perasan je ni...

aku perasan, mamat sebelah aku ni asyik tidur menghala kat aku.
asyik lentok kat aku je!
biar betul.
aku cuba kalih badan aku supaya dia sedar.
lepas tu, entah macam mana aku pula yang terlentok ke arah dia.
mula-mula, memang tak sedar.
tapi aku perasan kepala aku ni tersondol dengan kepala dia macam kami ni couple.
ish, cepat-cepat aku betulkan posisi!
aku risau betul.
ye la, kalau dah tidur mana kita nak duga apa nak jadi.
takut juga kalau dia nak ambil kesempatan.
tapi, alhamdulillah takde apa-apa berlaku.

sekarang aku nak qada tidur yang tak cukup gara-gara mamat tadi.



SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN 'BLOGGERS' KU SAYANG!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

8 comments:

Anonymous said...

ayoyo!!!!

bahaya betoi...

pngajaran: laen kail pesan kat adik suwoh beli single seat!

hehehe...

jgalah diri anda yerk!

Cik Bayu said...

alalalalala..syg gak awk kat sy ye..
ahaksss..

Wanie-san said...

hahaha..apa kes kamu ni..aduh..amat2 gedik pule..hihi tp normal la 2..klu dah tido mmg xsedor..tp sy prefer x tido kalu duk sebelahlaki..=]

Anonymous said...

morning gakk.
how bout me?
yr silent reader.
uhuu~
~STAR~

Cik Bayu said...

wanie-san : bukan niatku utk menggedik.maafkan ku..

star : kat kolej ke sekarang?
meh la makan malam sekali.laparrr

Anonymous said...

nope.
i baru sampai ni.
alaaa kedai olan tutup.
sumpah sedih...
laparrrr..
huk :(
-STAR-

Cik Bayu said...

xnk jwb ke soalan sy kat entri atas tu wahai juniorku star?

anjang said...

Saya ada byk unit Penapis Air Bio Aura NEW nak jual murah.Stok saya dan member2 yg masuk bisnes MLM Hai-o tp tak dpt cari downline.skrg amat perlukan duit sbb dah berenti main MLM ni dan ingin buat bisnes lain

JUALAN RUGI BESAR...RUGI 21K!!!!!

NEW STOK DARI STOKIS HAI-O!!!!

Harga RM 500 shj

harga asal RM 2080

Berminat call/sms 019-4728996 (cikgu wan)

*Barang baru dari stokis full box dan original
*Warranty 1 tahun drp Hai-O marketing (ada warranty card)
*penghantaran dan pemasangan percuma utk lembah klang_luar pos laju
*saya agen dan pengedar berdaftar dgn hai-o