uhuk uhuk uhuk!
perit rasa tekak aku ni.
satu tong sampah dah penuh dengan tisu yang ku guna
untuk lap hidung ni.
sejak dua hari lepas,
aku selsema kuat.
selalu sangat bersin ketika di meja study.
sampai Busyra kata, "cukup 5 kali hang bersin, aku boleh kena heart attack!"
nak tidur pun tak dapat.
kalau tidur pun, lenanya tak lama.
hidung tersumbat dengan mukus.
bila dah selalu sangat lebihan mukus dikeluarkan secara paksa,
hidung pun dah jadi panas.
"kembang kempis dadaku merangkai butir cinta"
tu lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih.
tapi ni kembang kempis hidungku
mengeluarkan lebihan mukus yang tersumbat.
semalam tidur pukul 4 pagi.
bangun pukul 8 pagi sebab tekak rasa kering dan perit sangat.
agaknya sebab laluan udara di hidung dah tersumbat,
terpaksa buka laluan mulut.
tu yang rasa perit!
hari ni sebab tekak jadi pedih,
aku batuk-batuk pula.
lagi pedih!
dada pun jadi sakit.
badan pun mula jadi panas.
lepas aku buat diskusi tentang projek dengan Tqa dan Suhaila tadi,
aku mula rasa gusi sebelah kiri aku bengkak.
sakit gusi ni dah lama dah aku rasa.
sekejap sakit sekejap tak sakit.
sekarang, berdenyut-denyut pula rasa gusi ni.
aduhhhh....
malam ni, Busyra balik Kajang.
aku tak mahu menghabiskan hujung minggu di kolej.
mengharapkan belas ihsan Abang Yo untuk mengambilku pulang ke Cheras.
tapi kesian pula dia.
dah la balik kerja pukul 9 malam,
di Kelang pula tu,
kena datang pula ambil aku di Jalan Semarak ni.
kalau one way tak kisah la!
ni kena masuk town.
kalau dia tak datang jemputku malam ni pun,
aku tak terkilan.
biarlah dia berehat di rumah bersama isteri kesayangannya.
masih nak menyelit sikit cerita gathering di Genting.
nak tunjuk lagi hadiah Mr Chenta bagi.
aku bertukar-tukar hadiah dengan dia.
walaupun kalian nampak hadiah tu biasa saja,
tapi bagi aku sungguh bermakna.
tengok wrapping pun aku dah suka.
gambar Winnie The Pooh!
dia kata dia beli last minute.
tapi aku tetap suka.
sebab bagi aku,
ia memberi seribu pengertian tentang
nilai persahabatan dalam pertemuan yang begitu singkat.
terima kasih Chenta!
saya selalu tengok hadiah ni bila saya rasa rindu pada teman-teman bloggers.
10 comments:
xthn la bl ko sebut terime kaseh
chenta!haha
eh, over ke?
dh biasa dgn nama chenta.
nak pggil nama lain, mcm kekok!
no heart feeling tau!
haha =D
adei~~
kalau nak tau
sejam gak la nak memilih
wakakakak
ye ke?
maknanya chenta ni bkn jenis pick randomly la..
kdg2, x suka nak tukar hadiah dgn org laki.
sbb diorg bg hadiah ntah pape.
tgk la gamba2 yg best.nnt mesti senyum sorg2.hehe
mmg skrg pun tgh senyum sorang2..
ah aku jeles!
hahahah
makan eskrem la wanie!
cepat baik.
serius!
mkn aiskrim boleh ok ke?
makan rambutan lagi cepat baek
betul ke ni?
kang mkn byk2..penyakit lain plak mai.
Post a Comment