Yang Sayang Aku

Tuesday, January 5, 2010

Jawapan Tag Cik Cumey.

1. Adakah anda rasa anda HOT???

nak kata aku hot.
memang aku dah terlebih hot!
sebab tu aku gelap!

bukan nak riak takbur.
orang akan jatuh hati dengan suara aku.
tapi, orang kata kalau suara merdu,
mesti tak cantik.
tak hot!
ada aku kisah??


2. upload gambar kegemaran anda



3. cerita pasal gambar

gedik kan gambar ni?
first time aku posing gedik macam tu.
dah la bergaya dengan cermin mata baru.
masa ni first day register semester 7.(last!)
makan-makan dekat Carrefour Wangsa Maju
dengan teman-teman DMT tersayang.


4. bila kali terakhir anda makan pizza

minggu lepas bila Busyra bawa balik Pizza Hut
lepas keluar hangout dengan kakaknya.

konsep teman-temanku,
"tak habis? bagi je Wanie habiskan!"

tapi kami lebih suka order delivery Domino's Pizza.
kalau lambat, ada kupon!


5. lagu terakhir anda dengar

Gun N Roses - Don't Cry

sebab :
1. "kekasih gelapku" bagi lagu ni.
2. memang buat aku bersemangat bila aku rasa down!
sekarang wajib ada dalam playlist di Winamp laptop,
dalam handphone dan blog.


6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini

baru habis main game Farm Frenzy 2.
duduk atas katil dan bersandar kat dinding.
peluk bantal besar yang Along bagi!
lena tidur bila peluk bantal ni.


7. selain nama sendiri anda di panggil nama apa?

enul - schoolmates dan budak McD.
wanie - family dan teman-teman kolej.
enot - teman-teman rapat masa form 4 dan 5.
masa tu famous drama Enot!
baru saja dipanggil (Kylie) Minogue oleh Kak Ema.
aku lupa kenapa dipanggil dengan nama itu.


8. tag lagi 8 orang

ni yang paling susah!



9. siapakah orang no.1 kepada anda

orang yang selalu komen kat blog aku.
top commentor!
terkilan sebab tak dapat jumpa dia masa kat KB hari tu.

"terima kasih sebab main mesej dengan saya
sepanjang saya pulang ke Cheras seorang diri di malam New Year."


10. kata sesuatu mengenai orang no. 5

jadi skandal aku kejap!
jadi makin rapat lepas jumpa masa gathering di Genting Highlands.
dia layan je aku main outdoor games.


11. no. 3 ada hubungan ngan siapa

hubungan gay dengan
Ah Fatt, Boneka Tak Sakit, Abe Long, dan Bro Hisham.
tapi dia sayang aku lebih kot.
(perasan!)


12. bagaimana pula dengan no. 4

Kak Aleen comel.
suka borak-borak dengan dia.
tapi tiada kesempatan nak lepak dengan dia lepas jumpa di Genting.


13. pesanan kepada orang no. 6

"Pinky Boy,
aku sayang ko wehh!
sebab ko sorang je yang suka buzz aku dalam YM bila aku online."


14. kata-kata cinta tok no. 2

upsss, alamak!
dia lebih tua dari abang aku.
try je la.

"oh Ah Fatt,
semenjak kita berkaraoke hari tu,
aku semakin admire dengan suaramu.
walaupun aku tertipu dengan rupamu sebenar
yang selama ni aku bayangkan
aku berborak dengan Stephen Chow sambil main kenyit mata."


15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?

ada!
dua-dua gadis ni aku sayang.
sama-sama comel!


16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda

1- aku kenal dia masa aku blogwalking. jadi silent reader!
2- mula komen dengan dia di blog Jen
masa Jen buat entri nak pergi gath di Genting.
3- bila jumpa, aku bayangkan dia sebaya Jen.
baru ingat nak buli!
4- sepanjang berborak dengan dia,
aku tercari-cari fullstop dalam setiap ayat dia. tak jumpa!
5- sampai sekarang, tak tahu bila nak beli shawl yang dia jual.


17. persamaan antara kambing ngan lembu?

dua-dua makhluk ni nenek dan arwah atuk aku ternak.
dulu aku suka bau kambing
sampai selalu duduk dalam kandang kambing.

agaknya sebab tu sekarang aku malas mandi.
terlekat badi!


18. perasaan anda buat tag ini

excited juga la sebab orang yang men'tag' ni
famous amos!
tapi masa dia mesej beritahu aku di'tag',
"ala, baru post entri untuk malam ni."


19. adakah anda tahu si razman itu sengal?

alamak!
ni satu soalan cepu mas.
aku tak kenal sangat Razman.
cuma kenal masa di Times Square dan Genting.
dia ni agak sengal la sebab dengan sempoinya
duduk bergambar dengan budak perempuan dalam apartment.
aku dah pelik, siapa pula gadis yang free hair dan berhidung comel?


20. GAY or LESS??

kedua-duanya dilaknat Allah!
nauzubilla himin zalik!!!

tapi disebabkan aku dulu sekolah perempuan saja,
itu dah jadi perkara biasa.
nama saja kakak angkat.
tapi tidur sekatil, main raba-raba!




rasanya skema kot jawapan aku!
ala, aku nak tag Abang Shazruls dan Kak Hanem.
tapi lambat post entry.
dah dikebas blogger lain!


p/s : confirm aku tidur dalam kelas Data Comm esok.
siapa ada gula-gula Kopiko?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

14 comments:

shazruls said...

sapa punya angkara,,,tag mengetag ni...adusss

i'msosupernotcool said...

tagged..

cik CumeY said...

hahahaha.....


yes!! semua orang kna jawab tag..muahahahha

oranglidi said...

wa suka jawapan lu pasal gay n les tu..

Wanie-san said...

erk...kne tag ke??so kne jawab la ni?
OKEH2...huhu

enuLwanie said...

shazruls : ntah, dpt msg dr cc yg comel tu..hehehe

i'mnotsosupercool : dah lama x datang komen.ingat nk tag, tp takut dibaca.

cikcumey : kena paksa ni.ai tdo pukul 4pg wt tag ni!

oranglidi : straight to the point kan?maaf klu terasa!

wanie-san : klu syg sy, wat la tag ni.

miEz haNeM said...

akak pun kene tag ngan si kosong!

enuLwanie said...

miez hanem : jawab jgn xjawab!

enuLwanie said...

miez hanem : jawab jgn xjawab!

GhOsToNe said...

alamak..

sy lembab bab2 tag nieyh..

x gheti nk jawap la..

iskh..

cukan x mo buat..

huhuh..

tp x tau la...

enuLwanie said...

ghostone : senang je.
copy soalan dia je.
jwb ikut cara awk.

kawie2020 said...

hehehehehe.. kawie memang sayang enul lebih dari bangkai2 yg sakai tuh... hahahahahahaha...

enuLwanie said...

kawie : wowwwwwww....
pengakuan eklusif!
melompat2 keriangan!
auwwwwwwwwwwwww.....

YobSumo said...

huhuhu. lebih dari sorang dah tag aku ni. hahahhaha. akan ku cuba buat nnt ya :)