Yang Sayang Aku

Saturday, January 2, 2010

Aku Ada Azam.

lupakan tentang entry sedih aku siang tadi.
sekarang, aku dah boleh meniti hari-hariku keseorangan.
bak kata Abang Shazruls,
"sometimes it's good to be alone".

terima kasih kepada yang sudi bagi sokongan moral padaku.
aku sayang kalian lebih!

semua orang ada azam.
samada angan-angan ataupun cita-cita.

tahun 2010 ni ada beberapa perkara yang perlu aku sematkan ia sebagai azam.


# 1 :

aku mahu ada lesen memandu.
dari tahun lepas lagi aku berangan nak ambil lesen.
tapi, kewangan keluarga tak stabil.
utamakan adik-adik dulu!

tapi kali ni nekad,
selepas habis exam final semester bulan Februari depan,
aku nak masuk kelas memandu kat Kota Bharu.
boleh aku ronda-ronda di bandar KB.
aku lebih mahir selok belok jalan di KL berbanding KB.
lepas ni, Umi dah tak payah susah-susah habiskan lunch hour untuk ambil
adik-adik balik sekolah.
aku dah boleh angkut seorang-seorang!


# 2 :

aku ingin memiliki kamera DSLR aku sendiri.
yang ni pun, dah lama aku idam-idamkan.
selama ni snap gambar pun guna k810i.
mungkin dengan DSLR,
aku boleh jadikan sebagai duit poket.



# 3 :

yang ini arahan dan paksaan dari Abah dan Umi.
sambung degree!
bukan tak mahu sambung belajar,
tapi memikirkan adik-adikku.
mereka lebih memerlukan.
Mardiyyah baru habis SPM.
Nisa akan sambung Diploma lepas setahun habis Sijil di Politeknik.

aku nak cari kerja dan pengalaman.
support adik-adik aku.
tapi Abah tak bagi!
Abah nak sebelum aku kahwin,
aku harus genggam ijazah sekurang-kurangnya 'Sarjana Muda'.

Umi kata, selagi mampu Umi akan tanggung anak-anaknya.
fikirkan study saja.
yang lain, biar Umi fikirkan.

tapi,
aku bukan sekejam tu
untuk lihat Umi dan Abah berpenat-penat untuk anak-anaknya.

memang peluang untuk sambung degree terlalu cerah
memandangkan pointer aku yang tak mengecewakan.
tapi,
lihat saja yuran pengajian di Multimedia Universiti.
apatah lagi di Universiti Teknologi Petronas.
semuanya melibatkan angka-angka besar.
kenapa hanya dua universiti ini yang aku pertaruhkan?
kerana aku rasa kedua-duanya ada keistimewaan dan kecemerlangan
dalam bidang multimedia.




hanya tiga saja azam aku untuk tahun 2010 ni?
ini pun aku rasa mungkin tak terlaksana.
kalian doakan saja kecemerlangan hidup aku untuk tahun baru.





p/s : biarlah yang 'hitam' tu menjadi 'putih'.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

18 comments:

aNiSa hANg tUaH said...

i pon nak dslr

tp poket tadak penuh

hmm

enuLwanie said...

anisa : sape la nk belanja kita sorang 1 DSLR..hihihi

panggiL guA siv. said...

gua ukm.
tak bagus ke?
ekekekek


nice layout.
keperempuanan!

enuLwanie said...

wa panggil lu, siv :
wa x ckp pun ukm x bgus.
lgpun, dua U ni yg link dgn kolej wa.
yuran cmne beb?

avid gunner said...

utm ok per bidang multimedia...haha...tanya greenpatron.blogspot.com punya tuan...

abe long said...

kasi kenyit mata..
mesti yuran pree

enuLwanie said...

thanx for ur info avid gunner..

enuLwanie said...

pe kata abe long yg support sy?
kate syg saya...
kan kan?

hisham said...

salam..bape rm dslr tu??

enuLwanie said...

wsalam..paling murah dlm rm2000 kot.
bro sham nk blnja ke..?

Fhad Boulala said...

kalo baru start nak main dslr ni try beli 2nd.. tapi bukan bli dekat kedai lah.. bli atas mmbr baru kite pasti kondisi kamera.. kalo nak bli nikon D60 cam aku yg baru tu dalam Rm2455.. kalo 2nd g usya2 kat mmbr paling cikai leh dapat Rm 1600. cube angkat canon d100 around Rm 1800 kalo nak baru tapi murah skit..

selipar besi said...

fhad nak jugak..
tapi nak kamu belikan..=p

waniey..
jika ade keinginan..pasti ade kekuatan,jika ade kekuatan..pasti tercapai segala impian..

berusahalah.
aku benci terhadap kesunyian.
mesti kau juge begitu bukan..

take care taw.
aku x suke tgk kau sedih.
aku slalu usha kau.kau je x perasan.

GhOsToNe said...

nk ada lesen mmandu?

bagus lew..

leh bawa sy jalan2!!!


nak ad kemera..

leh tgkap gmbo photogewdix sy!hahaha

enuLwanie said...

fhad : mekaseh byk2 fhad atas info tu.klau wanie nk beli, wanie ajak fhad ek.blh jd perunding wanie nnt.

selipar besi : aku tak bencikan sunyi.tp aku bencikan kehidupan yg kesunyian. nape usha saja?aku baru ke blog ko smlm.meh la kita berkenalan.

ghostone : sumenye sy boleh wat.apa saja utk ceriakan awk.jgn sedih2 lg tau, awak...

shazruls said...

abg sokong cadangan mak ayah turr..go 4 degree,nnti dh setat keja/kawin payah nk bg komitmen dh

enuLwanie said...

bukan x mau.
kesian diorg kena tggung adik2 lagi.

ViLdA FiDa said...

berusaha!!!!!

enuLwanie said...

vilda fida : thanx...