Yang Sayang Aku

Saturday, February 13, 2010

Lecturer 3D Aku.

nama lecturer 3D Animation aku ialah
Encik Syed Huzaifah bin Syed Umar.

bila mula-mula masuk kelas 3D Animation,
semua junior perempuan adore dia
sebab dia sangatlah hensem.
tapi bila dia mula beritahu status perkahwinannya,
semua macam hampa!
isterinya bukan calang-calang orang,
seorang 'Sharifah' dan medical student.
isterinya juga punya paras yang sangat cantik
dan beriman.

Encik Syed Huzaifah pernah beritahu kami,
dia ex-student Multimedia University, Cyberjaya.
dia juga pernah beritahu kami,
dia adalah lecturer di Sunway College.
tak lupa dia pernah uar-uarkan pada kami
kejayaannya mencipta aplikasi virtual umrah atau umrah maya
yang pernah terpampang di Kosmo.

tapi ada satu perkara yang aku baru tahu,
(aku sorang je yang lambat tahu!)
dia adalah ahli nasyid berkumpulan.
kalau anda pendengar IKIM.FM,
anda akan tahu nama kumpulan DEMASCUS.

temanku, Suhaila dan Syuhada
sangat rajin men'google' dan men'youtube' nama beliau.
mereka pernah tunjuk video klip
Encik Syed dan teman-temannya bernasyid.
bagi fikiranku,
itu normal bagi seseorang aktif nasyid
semasa di universiti.

tapi bila Suhaila tunjuk video klip kumpulan Demascus,
aku mula perasan yang Encik Syed adalah penyanyi nasyid.
suara dia memang best!

wah,
tiba-tiba aku rasa bangga dan kagum pula
punya lecturer seperti beliau!

Encik Syed Huzaifah di belakang sekali.

kalau anda nak tahu,
sila 'google' dan 'youtube' beliau dan Demascus.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

6 comments:

fya zainal said...

wahhh nampak muda sgt pla..

et said...

uuuu.mntk la sign die.kalu die da gleme kang,bleh tayang kat org laen."da dpt sign die dr dlu lg~" ekekekeee..

enuLwanie said...

fya : mmg muda pun.dlm 25thn!

et : apa kata minta sign sy dulu?hehehe ;)

mirot. said...

harap2 next sem dapt blaja dgn lecturer ni.

{lumut} said...

nasib dah kawen.
kalau x mesti kene ngurat...
=p

enuLwanie said...

mirot : yeay, for da first time u're commenting in here.ala, nnt subjek 3d confirm blaja dgn dia. best tau!xpenah mrh wlupun keje xde progress.

lumut : tu la psl.hmpir2 kena ngorat dh!