Yang Sayang Aku

Sunday, February 21, 2010

Kenangan Makan-Makan Dengan Mereka.

semester akhir aku di Multimedia College ni
aku rasa banyak kenangan terindah
dengan teman-teman
apabila makan bersama.

aku makan dekat HR Steak House ni 3 kali.
2 kali bersama 'Affan dan Syuhada.
dan 1 kali dengan Kamarul.

makan di Restoran Kapal.
meraikan kejayaan Tqa menjual
Creative Clay di Rantai.Art Event
di Red Bungalow.

terima kasih belanja kami makan.
kalau tak,
kami mungkin takkan merasa makan di sini.


ni pula makanan
bila kami terpaksa stay up untuk
siapkan final project.

makan di Restoran Dulang di Kampung Baru.

belanja orang yang banyak tolong kami
dalam coding PHP.
mereka berdua adalah
Encik Ameerul (berbaju maroon belang)
dan Encik Nizam (berbaju kelabu, bercermin mata).

ni lah yang aku makan.
dan aku rindu untuk makan ini lagi.

aku mula suka dengan Yong Tau Foo.
ni semua gara-gara Kamarul yang bawa
aku makan dekat gerai
depan Maybank Ampang Park.

BIG APPLE!
Puan Mimi Zalina belanja kami.

(tiba-tiba rindukan Along sebab
dia yang selalu belanja aku)




tapi bila tiada duit untuk makan,
ni lah makanan aku.
kadang-kadang sampai seminggu makan ni.


syukur dengan nikmat-Nya!


last makan-makan dengan mereka.

di kedai makan favourite kami.
di Kedai Olan.
di depan kolej.
di waktu petang.

rindu untuk makan dengan kamu semua.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

8 comments:

Wanie-san said...

rindu zaman ambik diploma dlu..
wah!!rindu uitm jengka!!!!

GhOsToNe said...

one word only..

besh!

enuLwanie said...

wanie-san : rindu mmc gak!

enuLwanie said...

ghostone : besh klu dpt mkn sedap2 cmni lagi.

ZuR said...

sedapnyer...naseb bek dah mkn..hehe
Tahniah wanie dah abis study..smoge dpt job yg baek pasni ye dik..=)

embun d tengah malam said...

hr steak kampung baru ker tu..

i like

enuLwanie said...

kak yam : mekaseh kak yam. rinduuuuu..

enuLwanie said...

embun d tengah malam : i pun suka! jom la mkn kat situ lagi!