Yang Sayang Aku

Sunday, February 28, 2010

Pernah Ke Kalian Rasa Macam Ini?

FERHAD - PERNAH

Pengalaman mengajarku..
Jangan mudah meluahkan isi hatiku..
Tapi bila ia melamarku..
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka..
Yang kuidamkan musnah..
Yang kugenggam terpisah..

Aku pernah, jatuh cinta..
Kerana cinta diriku merana..
Aku pernah bahagia..
Kata manisnya buat ku terpedaya..

Biarkan aku temankan pilu..
Haruskah cinta oh kejam padaku..
Uhh yeahh..

Kini mula ku terasakan..
Degupan hatiku mula rasa oh gelisah..
Kehadiranmu ku mengharapkan..
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku..
Kau yang seharus yang pertama..
Agar terakhir selamanya..

Yang ku lupa, kisah yang lalu..
Akan ku gubah oh hidup yang baru..
uh yeah..
Kerana aku pernah.. pernah yeah..

Kisah yang lama mengajar aku..
Agar bahagia hidup bersamamu..

Hey hey... Yang ku cinta...


dalam sangat maknanya lirik lagu ni pada aku.
aku menerima segala ketentuan-Nya.

terima kasih.
masih sudi terima aku.
kamu masih yang istimewa.
di hati.
di jiwa.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Jadual Padat Bila Kat Kampung.

jadual aku kat kampung ni memang padat.
aku kena tidur awal
sebab kena bangun awal.

betul-betul jadi anak dara.

pagi-pagi,
kemas rumah.
sapu dan mop lantai.

tengahari,
sediakan makanan untuk adik-adik
balik sekolah.
lepas tu,
kemas-kemas dapur.
senang Umi balik terus masak saja.

di sini saya mengakui bahawasanya saya
memang tak pandai masak.
saya hanya hebat masak bubur nasi
dan nasi ayam!

petang-petang,
bagi makan arnab dan ikan makan.
tolong Umi siram bunga.
kerah adik-adik mandi
sebab budak ni memang spesies malas mandi.

malam-malam,
layan MukaBuku dan Blog.
baru tidur.


tiba-tiba rasa entry ni macam bajet je.
padahal,
tak semua yang aku taip ni betul.


yang pasti,
setiap malam aku akan teringatkan "dia".

rindu.
sangat-sangat.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, February 27, 2010

Naik Basikal Dengan Amee.

aktiviti waktu petang bila kat kampung ni
mestilah riadah dengan adik-adik.

hari ini Amee ajak aku main basikal.
pusing-pusing satu kampung.


dah lama sangat tak naik basikal.

di pertengahan jalan,
rantai basikal dia rosak.
cuba baiki sendiri.

dia dah give-up.

sampai je kat rumah,
terus baiki sendiri basikalnya.

dia dah bengang dengan kondisi basikal dia.
terpaksalah aku tolong dia.
bila aku tak buat apa yang dia nak,
aku pula yang dimarahinya.
nasiblah...

kagum dengan semangat Amee.
buat sampai berjaya!

lepas buang sampah,
ambil ketenangan di tepi kubur depan rumah.
insaf kejap!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Goodbye KL..Welcome KB.

pukul 3.30 pagi tadi,
aku selamat tiba di Kota Bharu.

aku turun bukan di terminalnya.
tapi di depan JKR.
dekat dengan rumah aku.

tunggu Abah menjemput aku.
aku tak tahu kenapa,
kali ni tiada orang yang jawab panggilan aku.
tidur nyenyak sangat!

aku dah makin cuak
bila beberapa kumpulan mat rempit asyik lalu lalang
dan menunjukkan skill poyo mereka.

dah la kat tempat aku tunggu tu gelap.
dalam hati, berdoa je!

sebelum bertolak ke Kota Bharu,
sempat jumpa best buddy.
dia pun nak balik Port Dickson.
tu pun kalau tak hujan.

lepak-lepak dengan dia.
sampai bas aku bergerak,
dia masih di situ.

kamu memang best buddy aku la, sayang!

terima kasih sebab "terpaksa" snap gambar aku.
jumpa kamu di seminar kerjaya nanti.





"jalan kita masih panjang.
kamu dan aku akan tetap seperti dulu
walaupun aku bukan ditakdirkan untuk kamu.

memori itu.
kenangan itu.
terima kasih atas segalanya."


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, February 24, 2010

Tak Mampu Menipu Lagi.

.malu.

tak pandai nak tipu.
tak pandai nak kawal perasaan.
tak pandai simpan gejolak hati.

.benci.

aku rasa dah buat kesilapan.
merosakkan apa yang sepatutnya
terus menjadi milik kita.

kamu tahu apa yang aku tahu.
tapi, masih mahu melihat
aku bermain dengan "rasa" itu sendiri.
aku yang kononnya naif
terluah "rasa" itu pada kamu.

aku tahu kamu mentertawakan aku.
atas kenaifan aku.
aku tahu kamu tak punya rasa.
sama seperti rasa aku.

hanya mampu menangis.
malu dengan diri sendiri.


sila abaikan aku.
tolong jangan jaga perasaan aku.
mungkin ini hanya "rasa" aku.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Hari Terakhirku Di Kolej.

inilah tiket yang aku beli semalam.
lusa malam aku bakal meninggalkan KL
yang penuh dengan pahit manis sejarahnya bagi aku.

sekarang,
hanya menunggu SMS dari Abang Yo
untuk bantu aku angkut barang
keluar dari bumi kolej ini.

teman waktu bosan aku.
tanpanya aku tak boleh hidup.

ini semua barang aku.

semua letak dalam paper bags and goodie bags.

baju yang tak sempat dibasuh.
bukan salahku.
salah mesin basuh yang rosak.
dan duit syiling yang tak cukup.

baju yang hanya tunggu untuk dimasukkan dalam beg.
beg aku dipinjam Emilia tempoh hari
dan masih belum dipulangkan.

Emilia, ada pesanan dari saya,
"PULANGKANNNNN"


dua-dua beg ini penuh dengan baju-baju aku.
kalian rasa banyak ke tak baju aku?

barang-barang mandi.
semuanya dah nak habis.


dan aku masih menunggu panggilan dan SMS
dari father-wanna-be tu!




pukul 3 petang nanti,
ada perjumpaan dengan Puan Mimi Zalina
tentang report yang akan dibukukan.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Istimewa Untuk Kekasih Hatiku..

tak sabar rasanya....

mahu peluk erat-erat.
mahu dakap kejap-kejap.
mahu cium puas-puas.
mahu masak enak-enak.
mahu manja gedik-gedik.

tak sabar mahu pulang ke sisimu.


selamat hari lahir ke-50, Umi!


Wanie sayang Umi.
sampai mati!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, February 23, 2010

Best Buddy Saya.

lelaki yang bajet hot ni adalah best buddy saya.
Kamarul Ariffin bin Mohd Rashidi.

he's still single but not sure available or not!

keakraban kami semenjak kebelakangan ni
telah mencetus kontroversi
di kalangan teman-teman lain.

saya berani mengatakan
hubungan kami seperti hubungan teman
yang lain.

cuma kadang-kadang,
kegedikan antara kami sering terjadi
tapi masih terbatas!

makin menjadi-jadi bila ada teman yang mula
menganggap kami ni couple.

gedik kan ber"i-you"?

saya mula rapat dengan dia
selepas saya rasa dia banyak tersisih dari aktiviti kelas kami.

dan dia sangat ringan tulang membantu
terutama waktu saya teramat susah
dan perlukan seseorang.

saya rasa senang berkawan dengan dia.

kadang-kadang,
dia suka buat sesuatu yang surprise
dan terjangkau dek akal saya.

dia suka jadi photographer saya.
saya selalu menjadi model dia.
dan saya suka
sebab dia pandai snap
walaupun hanya dengan k810i saya.

wah, saya pasti rindu saat-saat kami.

ini waktu semester 3.
dia patah kaki akibat kemalangan dengan kereta MPV.
kami melawat dia di Hospital Seremban.

waktu ice skating tempoh hari,
dia tak main.
sebab besi masih menjadi sebahagian dari kakinya.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sudah Berjaya Plug-In.

malam ni,
saya berjaya re-install Mozilla Firefox.
Mozilla
sebelum ni asyik "not responding".
masa final presentation hari tu pun dia sempat buat hal.

sumber yang saya percayai untuk download software.
www.cnet.com.


masa untuk install plug-in.

ya tuan-tuan dan puan-puan,
bila install software ni,
jangan lupa untuk restart Firefox.
nanti anda ingat software ni tak jadi dan corrupted pula!


sekarang dah boleh tengok TV Online.

terima kasih pada 'Affan
sebab bagi tunjuk ajar.



"kata budak multimedia,
tapi tak tahu apa itu Win32."
oh, saya terkena!


macam sopan pula guna ganti diri "saya".

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, February 22, 2010

Baru Balik.

penat tapi tak mengantuk.
tu yang aku rasa sekarang.

baru balik dari lepak dengan best buddy aku.
mulanya kami plan nak pergi Hentian Putra
untuk beli tiket balik kampung aku.
tapi duit tak cukup.

tapi,
dia teringin nak naik LRT.
aku pun dah lama tak naik LRT.
kami berdua saja nak jalan-jalan
ke Masjid Jamek.
so, naik lah tren dari Kampung Baru.

syok punya syok bergambar,
tak perasan pula terlepas stesen yang ditujui.
tersesat sampai Pasar Seni.
so, turun then patah balik.

nothing to buy.
just walking for nothing.

jalan-jalan ke Sogo.
ada sale 70%!
tapi barangan lelaki.
so, tak excited sangat!

jalan-jalan lagi melihat keindahan malam.
neon-neon di ibu kota.
muda-mudi di ibu kota.

sampai tak perasan
kami dah pun sampai di area Chow Kit.

so, kami decide untuk terus jalan saja
ke stesen LRT Kampung Baru.

lepas tu, lepak-lepak
di Danau Kota.
pun tak beli apa-apa.
cuci mata!

duduk bersembang di restoran mamak berdekatan
sambil tengok firework Chinese New Year
yang dah tamat.
sakit mata bila tengok firework dalam jarak dekat.
terlalu silau!
memang penuh dengan firework.
boleh kata segenap tempat ada firework.

sembang-sembang sampai pukul 4.00 pagi.
makan nasi lemak ayam di Wangsa Maju pula
sambil tengok Thai movie.


sekarang,
pening kepala dengan silau cahaya tadi.
pekak telinga dengan bunyi mercun tadi.

nak rest kejap.
pagi nanti teman-teman ajak ice skating
di Sunway Pyramid.
pergi tapi mungkin tak main kot!
no money, no talk!

just spend time with my friends
for the last time!


jumpa di sana!!!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, February 21, 2010

Bila Tinggal Kami Berdua.

sejak teman-teman yang lain check out dari hostel,
yang tinggal hanya aku dan Syuhada.

junior yang tinggal berdekatan dengan bilik kami
juga awal-awal lagi sudah check out.

bila tinggal hanya kami berdua :

- semua perkara kami buat berdua!

- kami tidur di bilik yang sama.
maksud aku, aku tidur di biliknya.
ni semua gara-gara menonton Hantu Jeruk Purut.
gelakkan aku kerana aku memang penakut!

- tiada lagi kedengaran suara annoying junior
yang terpekik terlolong memanggil teman di bilik lain.

- tiada lagi suara junior yang mengetuk bilik, mahu beli megi.
teringat junior India yang memanggil kami "adik".
tiba-tiba terasa muda pula!

- tandas menjadi milik kami berdua sepenuhnya!


sabarlah Syuhada sayang.
hari kita berdua pasti akan tiba!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Kenangan Makan-Makan Dengan Mereka.

semester akhir aku di Multimedia College ni
aku rasa banyak kenangan terindah
dengan teman-teman
apabila makan bersama.

aku makan dekat HR Steak House ni 3 kali.
2 kali bersama 'Affan dan Syuhada.
dan 1 kali dengan Kamarul.

makan di Restoran Kapal.
meraikan kejayaan Tqa menjual
Creative Clay di Rantai.Art Event
di Red Bungalow.

terima kasih belanja kami makan.
kalau tak,
kami mungkin takkan merasa makan di sini.


ni pula makanan
bila kami terpaksa stay up untuk
siapkan final project.

makan di Restoran Dulang di Kampung Baru.

belanja orang yang banyak tolong kami
dalam coding PHP.
mereka berdua adalah
Encik Ameerul (berbaju maroon belang)
dan Encik Nizam (berbaju kelabu, bercermin mata).

ni lah yang aku makan.
dan aku rindu untuk makan ini lagi.

aku mula suka dengan Yong Tau Foo.
ni semua gara-gara Kamarul yang bawa
aku makan dekat gerai
depan Maybank Ampang Park.

BIG APPLE!
Puan Mimi Zalina belanja kami.

(tiba-tiba rindukan Along sebab
dia yang selalu belanja aku)




tapi bila tiada duit untuk makan,
ni lah makanan aku.
kadang-kadang sampai seminggu makan ni.


syukur dengan nikmat-Nya!


last makan-makan dengan mereka.

di kedai makan favourite kami.
di Kedai Olan.
di depan kolej.
di waktu petang.

rindu untuk makan dengan kamu semua.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.