hari ini kita bersama lagi dalam segmen masak memasak.
bajet anak murid Chef Wan la ni!
oh lupa!
ni resepi dari Umi aku.
dan ini percubaan ketiga aku masak lauk ini.
kalau kamu duduk berjauhan dengan keluarga,
tentu kamu bosan kan selalu makan ikan goreng dengan kicap saja sebagai lauk.
itu pun kira best dah tu makan lauk macam tu.
orang lain masak maggi saja!
kalau kamu nak berubah angin sikit,
kamu boleh jadikan ikan goreng kamu tu berkuah sikit.
maka jadikan lauk kamu 'Ikan Goreng Masak Kicap'
mari kita tengok cara-cara nak memasak lauk ini.
mula-mula,
ikan hendaklah disaluti dengan garam dan serbuk kunyit.
gorengkan ikan ni sampai garing.
satu petua aku baru tahu,
kunyit tu fungsinya untuk hilangkan hanyir ikan.
*pemilihan ikan tak dikhaskan.
boleh try ikan kembung, ikan sardin atau ikan tongkol.
aku memang penggemar ikan selar!*
sementara ikan sedang digoreng,
kita tumbuk halus bawang putih dan halia,
ini untuk dijadikan bahan tumisan.
selesai ikan tadi digoreng,
sila gunakan minyak masak yang baru untuk masak lauk ini.
masukkan sedikit saja minyak masak.
tumiskan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus tadi.
bila bau tumisan dah wangi,
masukkan kicap.
jangan lupa masukkan sedikit air untuk memastikan kicap tu tak pekat sangat.
masukkan pula air asam jawa
agar kemasinan kicap tadi tak ketara.
masukkan pula sedikit garam dan gula.
kalau ragu-ragu dengan sukatan yang nak dimasukkan,
masukkan saja 'Maggi Cukup Rasa'.
senangkan??
masukkan pula ikan yang digoreng tadi.
balik-balikkan ikan dengan kuah tu agar air kuah tu meresap dalam ikan.
kalau nak rasa pedas, masukkan cili padi atau cili merah yang dipotong.
Ikan Goreng Masak Kicap dah siap!
juga boleh dimakan bersama lauk sampingan,
telur dadar!
sayur tak ada?
pandai-pandai la letak sayur pilihan sebagai pelengkap nutrisi.
aku memang tak suka sayur kecuali ulam ulaman.
kalau ada mentimun atau ulam raja,
layan ni makan seorang-seorang!
ini versi orang bujang yang tak pandai memasak ye.
kalau yang dah terror masak,
bolehlah beritahu aku apa kekurangan dalam masakan aku ni.
Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.