Yang Sayang Aku

Wednesday, April 13, 2011

Fakta Hidup Seorang Aku.

1. aku suka minum Neslo Ais. pahit ada. manis pun ada!

2. aku suka karaoke. lagu yang aku suka nyanyi, lagu 90-an dan lagu lelaki.

3. bab makan, tak ada pantang. tolak kayu dan besi saja, yang lain semua aku baham!

4. bab makan lagi. kalau makan apa-apa pun, mesti licin! bukan sebab kelaparan, sebab diajar oleh Abah untuk menghabiskan makanan. kan membazir amalan syaitan.

5. lagi-lagi bab makan. aku suka makanan dan minuman berunsurkan coklat terutama kek coklat dan ice blended chocolate. 

6. aku pakai kasut saiz 5. dalam family, hanya aku dan Umi saja memakai kasut saiz 5. yang lain, saiz 6-7. dan Umi gelarkan kami berdua sebagai kaki Cinderella.

7. aku suka matematik tapi sampai sekarang kalau bab Kebarangkalian aku masih tak boleh nak jawab.

8. aku ada tanda lahir di tapak tangan kanan tapi ramai yang salah anggap kata aku ada ketuat.

9. aku suka nombor 5 dan 25.

10. aku pakai cermin mata sejak darjah 5. aku sengaja merabunkan mata kerana suka tengok kakak aku pakai cermin mata. comel! nak tahu macam mana aku buat? orang tua-tua cakap jangan tengok TV dalam jarak dekat, tapi aku pergi tenyeh muka aku kat TV sampai rasa mata aku berpinar-pinar dan aku selalu tengok matahari secara direct. sekarang menyesal sebab tak comel pun pakai spek!

11. aku tak pernah bergambar masa baby.

12. satu-satunya tempat yang aku tak pernah pergi dalam Semenanjung Malaysia ni adalah Perlis. negeri lain pernah singgah walaupun sekadar melalui lebuhraya-nya.

13. aku mula bercinta sejak darjah 6. nama penuh dia pun aku masih ingat lagi, Ahmad Firdaus bin Abdul Aziz. tapi hanya bertahan beberapa bulan kerana salah faham. tapi aku rasa dia insan paling romantik sebab berikan aku cincin berbentuk 'love' masa declare.


14. adik beradik perempuan aku semuanya bermula dengan nama 'Ainul'. jadi, bila teman-teman menelefon rumah, mereka akan confused  kalau tak ingat nama penuh kami. "Ainul mana satu?" nasiblah...

15. aku suka lelaki berjanggut dan berjambang tapi tak suka bermisai.

16. aku tak pernah beli handphone. yang ada semuanya secondhand. beli Abah dan Umi beli handphone baru, yang lama akan diberikan pada anak-anak.



17. dalam family, aku paling kontra. gelap, pendek dan bercermin mata!

18. parents aku tak suka makan makanan luar, maksud aku makan di restoran atau kedai makan. kalau teringin nak makan, request kat Umi. confirm dapat!

19. pengalaman aku mempunyai boyfriend, majoriti antara mereka adalah orang negeri Perak. aku pun tak tahu sama ada jodoh aku lepas ni masih dengan orang Perak atau negeri lain.

20. aku ambil masa hampir setengah hari untuk update entri ni. nampak sangat aku sendiri pun tak memahami diri aku lagi!







Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

5 comments:

rinn kechiik said...

nice fakta hehehee teruja untuk buat entry yg sama. harap x marah copy title nanti..

Cik Bayu said...

nak copy title?xkisah..tak ada copyright pun..
selamat kenal-kenal cik erin..

Akaqkaypoo said...

nampak no menipu...
pembetulan..pembetulan!!!!!
hanya along je yang mampu pakai kasut saiz 4-5..adik2 yang len suma bagak2 punya kaki....hahaha
tapi yang ni xpayah pembetulan!!!
baru tau ke along ni mmg comel bila pakai spek...muahhhhhaaaahaha
kito bako je yop!!!!!!!!!!

Cik Bayu said...

along senget!!

lupa la along pun pakai saiz 5 gak..patutla rs mcm ada 3org pakai saiz 5 tp lupa sape lg sorg. hahaha!

pasal spek tu, ala waktu muda2 dulu kan innocent. orang pakai spek kita pun nak try gak.benci pakai spek.x comel.

Unknown said...

kelakar lak bace entry ni..best2, boleh amik sikit idea2 kat sini..hehe