Yang Sayang Aku

Saturday, April 16, 2011

Selamat Kembali Ke Ofis Semula!

yeayyyy..
semalam hari pertama aku kembali bekerja.
kembali menjadi Customer Service Executive di Astro.


aku sedia menerima apa saja pertanyaan dari customer.
aku sedia menadah telinga
untuk mendengar luahan, masalah mahupun makian dari customer.



 inilah tempat kerja baru aku.
sebelum ini ofis aku di Capsquare.
sekarang di Jalan Tun Razak.
ofis ni menggantikan call centre di All-Asian Broadcast Centre, Bukit Jalil dan Cyberjaya.


aku suka tempat baru ni.
bangunan ni masih baru dibuka.
segala peralatan dan kemudahan yang ada pun masih baru.


tapi ada dua kelemahan.
tiada kedai makanan yang murah dijual di sini.
semua agak mencekik darah.
maklumlah, tempat baru.

satu lagi, jalan jammed!

petang semalam,
aku balik kerja pukul 6 petang.
kenderaan dari arah Jalan Semarak semuanya bergerak perlahan.
macam info trafik Hot FM pula!
penat juga la menunggu bas.
sejam kot!
lenguh kaki dan punggung.
sekejap duduk.
sekejap berdiri.

bila bas dah datang, penuh la pula.
terpaksa naik sebab dah malas nak menunggu.
terpaksa la berhimpit.
memang tak ada ruang langsung.
macam-macam bau dah lekat di baju.
bau BANGLA.
bau NEPAL.
bau INDON.
fuh, dugaan!

kalau hari-hari macam ni, boleh jadi kawan mereka la lepas ni.


minah ni aku baru kenal pagi tadi.
haru betul dengan minah ni.
nama dia Nor.
memang haru-biru aku dibuatnya.
tapi best!
kawan dengan dia macam dah 10 tahun.
ada saja benda nak disakatnya.
padahal baru saja kenal pagi tadi.



ada perkara best lagi semalam.
bila nak masuk building, kita kena register di kaunter guard.
kena register IC la.
bila aku sebut tahun aku lahir,
ada teman aku terkejut.

"87??"

"iye la..kenapa?"

"aku ingat tahun '89."


fuyyoo..muda 2 tahun.
suka suka suka!!
terima kasih lah kerana memudakan aku.
comel kan?








Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

No comments: