Yang Sayang Aku

Monday, April 18, 2011

Gathering Blogger Di Alamanda.

aku sebenarnya nak jadi orang terakhir yang update tentang ini.
semalam penat sangat sampai aku rasa sakit pinggang.
pergi toilet di Alamanda pun 3 kali sebab sakit perut.
adui, sakit puan kot!


back to the main topic.
ni kali kedua aku join event blogger.
first time dulu di Genting Highlands.

kali ini gathering blogger anjuran Ben Ashaari dan Bro Framestone.

aku bangga dapat menumpang kasih Bro Framestone kejap.
dia sudi tumpangkan aku ke gathering tu.
kebetulan ada sorang blogger duduk di apartment sama dengan aku.
cuma berlainan blok!
baru sehari sebelum tu aku terfikir, tak ada ke blogger di kawasan rumah aku ni?
nanti boleh la kita buat gathering blogger Taman Midah ye, Iera Kan.

kami berkumpul di depan pusat bowling pukul 10 pagi.

sesi ice breaking oleh Abang Ben Ashaari.

Bro Framestone sempat lagi balas komen 'peminat' Facebook.

antara yang hadir.
Liyana, My, teman My (kecil dan comel), Encik Hisham.

rancak borak nampak Bro dengan Abang Pembawa Wacana!
isteri Abang Pembawa Wacana sungguh cantik.
hai Kak Nanie!

Iera Kan yang sukakan budak-budak.
anak Kak Mas asyik muram saja.
Iera Kan menggunakan naluri keibuan untuk memujuk anak Kak Mas.

sepatutnya kami merancang untuk main bowling.
tapi sayangnya, bowling di hari minggu seperti pisang goreng panas.
fully booked sebab ada tournament!

so, Abang Ben Ashaari cadangkan kami tengok wayang.
kami tonton filem 'Source Code'.
walaupun tengok ramai-ramai,
tapi bukan dalam satu baris yang sama.
ada yang duduk berseorangan dan ada yang duduk bertiga.

aku happy sangat dapat duduk sebelah Bro Framestone.
berdatingan la aku dengan Bro.
Bro ni lemah semangat rupanya!
aku tak tahu scene mana yang buat jantung aku luruh,
mungkin part keretapi meletup tu.
tiba-tiba nampak Bro dah tutup muka.
kelakar gila masa tu!

tapi seriously, aku memang menangis part hero filem ni call ayah dia.
tiba-tiba teringat Abah.
rindu sangat kat Abah.
dah lama tak balik kampung jenguk Abah dan Umi.


habis tengok wayang,
kami sempat bergambar-gambar kenangan
sebab ada antara kami yang nak mengundur diri.

seterusnya sambung lepak di foodcourt.
masa tu pun masih ada yang sudi datang.
antaranya Aizudin, Taufiq dan Nadia Ayob.

terima kasihlah Aizudin sebab kamu sudi ajar aku tentang DSLR.
ada masa nanti,
boleh lah buat outdoor photoshoot ataupun street photoshoot sama-sama.

sempat lagi aku membaham waffle.
makanan favourite ni!

aku memang pantang nampak coklat dan aiskrim.
sedap sangat!
nama waffle ni 'Cookie Double Chocolate'.
tapi sayangnya aku tak habiskan waffle ni.
nasib baik Yusuf Rosli habiskan 1/4 waffle ni.

kami pulang pukul 7 petang.
Bro hantar Mas Ahmad Safwan ke LRT Bandar Tasik Selatan.
barulah Bro hantar aku dan Iera Kan ke Taman Midah.

ini saja coretan aku.
harap-harap aku dapat join la event blogger ni.
dengar khabar Abang Ben nak buat gathering di PWTC
sempena pesta buku di sana.
bolehlah tambah bukan saja seorang dua,
malah berpuluh-puluh lagi kenalan aku.

maaf lah kalau ada yang aku tak tegur.
aku ni malu-malu meow!


layan gambar-gambar dari blogger-blogger lain.





aku masih menunggu Bro upload gambar di fanpage dia.



selain dari blogger yang aku mention tadi, ada lagi blogger terlibat : 

- Ujang (bakal suami orang)








Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

Lyla Ibrahim said...

jgn risau...
anda bkn org terakhir..
sy blum update lg pasal gath..
tunggu vlog from aizuddin...
heh...

joegrimjow said...

wahaa
best ini

dwatyKNY said...

wah bestnya... rugi tak p...

Cik Bayu said...

lyla : owh..ada lagi orang tak cerita..baru nk jd orang last!

joe ; bila joe nk wt gathering lagi?teringin nk jumpa joe..

dwaty : lain kali join la..boleh kenal2 kita..