Yang Sayang Aku

Friday, April 8, 2011

Siapa Aku Tanpa Mereka?

pagi Jumaat ni banyak dihabiskan
dengan mendengar lagu nasyid saja.
semuanya bertemakan ke-ibubapa-an.

ni yang buat air mata ni banyak menitis.
kecintaan aku pada mereka sangat tinggi.
kerinduan aku pada mereka sangat menebal.

tanpa mereka, siapalah aku di atas muka bumi ini.
dan aku sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini.
punya pegangan agama yang sangat kuat.
tapi siapalah aku untuk mewarisi iman yang dimiliki oleh Abah dan Umi.
tapi aku masih insan biasa yang memegang al-Quran sebagai panduan hidupku.

WANIE SAYANG, RINDU ABAH DAN UMI!
sungguh-sungguh.
sangat-sangat.



Wanie masih ingat setiap pesanan Abah.
tak pernah lupa!
Wanie masih pegang setiap kata-kata Abah.
tak pernah lupa!
Wanie masih ingat Abah mahukan hadiah hari lahir dari Wanie.
dan Wanie masih mencari 'hadiah' untuk Abah.
Wanie masih mencari peluang untuk sambung degree ni.
demi untuk lihat Abah tersenyum!

lagu untuk Abah.
bila rindu Abah, mesti teringat lagu ni.


AEMAN - PONDOK KECIL

 di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis 
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana 
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih 
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon 
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia 
untuk menegakkan agama Islam..



Umi..
masih terngiang-ngiang di fikiranku,
ayat yang cukup buat aku takut untuk mengingkari laranganmu.
"jangan buat apa yang Umi tak redha!"
setiap kali aku dengar lagu ini walaupun kamu berada di sisiku,
pasti menitis air mata ini.
kamu pernah melihat aku menangis bila menyanyikan lagu ini kan, Umi?
kerana aku terlalu menyanjungmu.
kamu adalah insan terlalu istimewa di hatiku.


AEMAN - BUATMU IBU

Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang
engkau hamparkan 
Bagaikan laut yang tak bertepian 

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan 
Tidak pun kau merasa jemu 
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu 
Dari kecil hingga dewasa 

Hidupmu kau korbankan 
Biarpun dirimu telah terkorban 
Tak dapat ku balasi 
Akan semua ini 
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu.. 

Ibu... kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letak syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasih sayangmu sungguh bernilai 
Itulah harta yang kau berikan 

Ibu? kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letaknya syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasihanilah, Tuhan.. 
Ibu yang telah melahirkan diriku 
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
 




SAYANGI IBU BAPA KAMU KETIKA MEREKA MASIH ADA.
SEDEKAHKAN YASSIN BUAT YANG TELAH TIADA.







Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

No comments: