Yang Sayang Aku

Sunday, August 15, 2010

Zombie Comel Lapar Nak Makan Otak.

akibat dari terlalu lapar nak makan,
Fieza bertukar menjadi zombi comel.

asyik sebut,
"ooootaakkkkkkkk...."
"ooootaaaakkkkkkk......"

tengok, sampai macam tu sekali laparnya!



otak-otak yang dah habis dibahamnya!



sebelum jadi zombie.
sempat lagi promote otak-otak pakcik tu ye.
rm0.60 satu.


Fieza tu teman rapat aku di office.
pagi-pagi, kalau dia tak kacau aku tak sah!
mesti interkom aku dengan suara kecik dia tu.


semalam,
hang out dengan dia di Times Square.
tengok wayang.
cerita 'Love In Disguise'.
terpaksa tengok sebab tak ada apa-apa nak dibuat sebelum berbuka puasa.

aku layan saja tengok cerita ni.
kelakar.
tak rugi la kalau tengok.
watak utamanya, LeeHom.
entah betul entah tidak nama dia.
nama tu aku tengok masa habis wayang.
maklumla aku ni bukan peminat cerita Jepun, Korea atau China.

si Fieza ni boleh pula tidur dalam wayang.
pinjam selendang aku buat selimut.
pinjam bahu aku buat bantal.
nyenyak betul tidur.

tak senonoh punya budak.
nasib baik aku sayang!

yang lagi kelakar,
hanya kami saja orang Melayu dalam wayang tu.
kiri kanan atas bawah semua orang Cina.



lepas tu,
kami ke bazar Ramadhan di depan Lot 10.
beli apa yang patut untuk berbuka.

singgah juga di gerai pelakon Nadia Mustafar.
dia memang cantik!
tinggi pun lebih kurang Fieza juga.
*tinggi sikit dari aku*

nasib baik aku tengah berpantang.
tak mahu makan nasi sebulan.

kalau tak,
aku minta Kak Nadia bungkuskan nasi kukus tu.
nasi lebih.
ayam dua.



sebelum terlupa nak beritahu,
terjumpa Wanie-san di Times Square.
sama kecil je dengan aku.
tapi of course la dia lagi gorgeous kot!


dia tegur aku dulu.
aku memang cam tak cam je muka dia.
wah, macam artis pula rasa bila kena sapa macam tu!
terima kasih la Wanie-san.
buat ai rasa macam artis!
ai dengar yu beritahu Mr Panjang,
"tu blogger.."
lain kali cakap la macam ni.
"tu la artis yang nyanyi lagu Sepohon Kayu tu..."



p/s : selsema Fieza dah berjangkit kat aku!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

7 comments:

Wanie-san said...

sian fiza...bantai makan kulit2 otak2 lagi..:) owh..smlm nak g tgk movie ye...hehe

kite pun mula2 t'pandang kamu time jalan tu..pastu rasa mcm kenal tula kite tgk dua kali pastu terus sapa..kite tgk muke kamu blur2..haha btw comel je enul...lupe nak snap pic dua..hehe nape tak sambuk cakap kamu tu artis??hehe

Cik Bayu said...

waie-san : hahahaha..sbb ms tu fieza pun tnya kamu sape?
ckp la blogger.ms tu la dgr wanie-san ckp kt mr panjang,"blogger".

mmg nk snap pic smlm tp segan dgn bf kamu.

hahahaha

lumut said...

cisssssssssssss...sedap sungguh aku tgk otak2 tuh..betol2 macam zombi yg dambakan otak manusia..=p

hamzah ian said...

lame dah gua tak makan otak2.. sob2..

salam ramadhan btw.. hoho

Mohd Hazri said...

memang comey zombie tu. kalau dia nak makan otak aku pun takep. saya... rela :p

Cik Bayu said...

welcome to new commentors... =)

fiq : mmg sedap sgt!nk try, jom ke BB.

hamzah ian : ala, kat bazar byk otak-otak. slm ramadhan juga..

hazri : amboi..boleh tahan gak ko ni.
aku nk bg can ko dgn dia dh xboleh. bru ada bf.hahaha...melepas...

YOUsoF said...

Otomatik terlangkah masuk sini masa search otak² tuk job sikit hehee

Salam kenal ye ;)