Yang Sayang Aku

Wednesday, August 4, 2010

Kenapa Aku Suka Polis?


kenapa aku suka polis?
kenapa aku jatuh cinta dengan polis?

1. segak.
aku terpengaruh dengan kakak aku
sebab suatu ketika dulu dia kata
dia suka orang yang memakai pakaian seragam.
even dia tak handsome,
bila dia pakai pakaian seragam.
nampak ke'handsome'an dia!



inilah contohnya.
walaupun hanya polis bantuan,
tapi dia segak memakainya.

ups, ini ex aku!

2. berbakti pada negara.
kalau mereka tiada, siapa yang akan menjaga keamanan negara.
contoh paling dekat,
area rumah aku di Taman Midah kurang ada jenayah
sebab mereka sentiasa ada untuk mengawasi keadaan di sini.

3. pernah duduk di kawasan PULAPOL.
ini first time aku 'jatuh hati' dengan polis.
setiap hari,
aku dikejutkan dengan suara polis yang melatih bakal-bakal polis di kawasan kawad.
dan aku suka tengok mereka berbaris dan berkawad.
seragam je gerakan mereka!

4. berdisiplin.
mereka dilatih untuk berdisiplin.
mungkin mereka boleh jadi bapa yang baik untuk anak-anak aku!

5.ex-boyfriend aku seorang polis.
dah 2-3 kali aku bercinta dengan polis.
(polis bantuan tu kira polis juga kan?)
tapi, apakan daya,
jodoh kami tak panjang!



sebenarnya,
apa yang aku nak mention di sini,
kisah aku petang tadi.

masa aku dalam perjalanan balik rumah tadi,
ada seorang polis yang sedang menahan 2 orang mat indon,
tegur aku!
ingatkan dia tahan aku untuk minta IC.
rupanya sambil tunjuk jari ke langit dia cakap,
"cuba tengok tu.awan berbentuk nama ALLAH. subhanallah!"
terdiam aku.

tapi, bila pandang wajah polis tu,
"subhanallah...HANDSOME!!!!"


Umi Abah, Wanie nak kahwin dengan polis tuuuuuuuu!!!




pernah berhajat untuk apply jadi polis,
tapi tak cukup inci,
REJECTED!!!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

7 comments:

fndrcka said...

Takde ke kejadian buruk dgn polis?

enuLwanie said...

xde...kenangan manis ada la...

mendatak hijau said...

cik wanie syang..............

TASTE KITA SAMA!!!!!

sume yg ko list tu sejibik ngan aku...ahahhaha,kebetulan okehhh

Actually aku pun nak somi aku seorg POLIS tapi............
tapi................
mak aku ckp.....NANTI KO JADIK JANDA.....erkk,abaikan ayat mak aku yeee...

enuLwanie said...

mentadak hijau : hahahaha..ye ke?
SUME SAMA???

best best!

nak polis gak!!
x kira, xkira!!

f.a.r.a.h said...

haha. teringin lak my bestfren suke laki pakai polis attire. suke gile. tah pasal tah. u, xpe ke letak gamba ur ex tuh? haha

enuLwanie said...

f.a.r.a.h : nape?xpe, klu dia tau pun xde salah pun.bukan gmbr bogel pun.

Szewei Na said...

hi.. salam sejahtera... saya pun setuju dgn wanie... memang walaupun dia x handsome tapi bila dia pakai baju seragam polis memamg nampak kehandsomean nya walaupun orgnya buksnnya handsome pun😂😂😂 im bf ialah polis jugak by the way