seperti biasa
online Facebook selepas sahur.
terpandang di satu sudut di profile page.
arwah Abang Hisham masih dalam list My BFFs.
masih ada lagi ke page dia?
masih ada lagi ke yang singgah di page dia?
subhanallah.
masih ramai yang merindui kamu, Abang Hisham.
kamu masih di dalam hati sahabat-sahabat kamu.
masih aku ingat,
arwah boleh dikatakan selalu datang singgah blog aku ni.
walaupun kadang-kadang tak komen.
aku pun selalu ke blog arwah.
tapi jarang sangat-sangat untuk komen
sebab blog dia kdang-kadang lebih kepada isu yang berat.
rindu sangat-sangat untuk menerima sapaan arwah ketika ke blog kawie2020.
kadang-kadang kami berbalas komen di blog kawie2020.
rindu semua itu.
kalau aku yang hanya mengenali arwah hanya di dunia maya
boleh merindui arwah,
apatah lagi kenalan rapatnya.
apatah lagi ahli keluarganya.
al-Fatihah buat arwah
Beostanual Hisham Sheikh Othman.
air mata ini tiba-tiba bergenang.
1 comment:
al-fatihah.
Post a Comment