Yang Sayang Aku

Tuesday, August 10, 2010

Pengalaman Puasa Aku Masa Kecil.

dulu aku sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
di Terengganu.
satu sekolah dengan tempat Abah mengajar.

di depan tandas perempuan,
ada paip air.
mungkin paip tu digunakan untuk menyiram pokok bunga di kawasan tu.

biasanya bila datang bulan puasa,
aku ni kuat iman tau.
pandai tahan nafsu makan sebab dah diajar oleh Abah dan Umi.

tapi aku tak tahu bila nampak paip air tu aku rasa macam dahaga sangat.
rasa macam ada air sirap dalam paip tu.

masa Zohor,
Abah suka solat berjemaah dengan pelajar di surau sekolah.
Abang Yo pula jadi bilal.
memang sedap suara dia bila dia azan.

aku pergi ambil wudhu' kat situ.
padahal paip air dengan surau agak jauh.
aku tak suka ambil wudhu' kat surau
sebab kena beratur dengan orang lain.
kadang-kadang, imam dah rakaat kedua baru dapat berwudhu'.

sebab tak tahan dengan nikmat air paip tu,
aku pura-pura berkumur.
orang lain berkumur paling banyak 3 kali.
aku berkumur 5-6 kali.
kononnya, nak mulut bersih mengadap Tuhan.



punya la nakal aku dulu.
muka je nampak baik!







Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

fndrocka said...

Baik jadahnya..muka nampak jahat kot.macaam nak bantai org.kalau mcm muka aku barulah nampaak baik

nik azira said...

sgt mizz that time!!!

enuLwanie said...

fndrocka : eleh..tunjuk ckit muka ko ms kecik!

enuLwanie said...

nik : misz u too..xmau hilang awk lagi.