adakah aku kejam ni
untuk membiarkan mereka terus merindui aku?
'Tanggang'kah aku?
bukan aku tak mahu balik.
aku lebih suka berdikari.
tapi,
macam-macam cara mereka buat untuk minta aku pulang.
adik aku asyik merayu aku balik kampung.
tak cukup dengan itu.
masa aku tengah kerja,
aku dapat SMS dari adik aku.
"sedapnya laksa penang Umi buat. rugi tak balik kampung."
adik aku memang pandai psiko aku.
sogok aku dengan masakan Umi yang aku memang rindu sangat-sangat!
tahu lagu ni?
"BPR - Harum Subur Di Hati"
lagu ni adik-adik aku akan dengar bila mereka merindui aku.
sebab aku pernah buat video karaoke dengan mereka
menggunakan webcam di laptop.
tapi kali ni adalah
yang paling sentap dan menusuk kalbu.
fiyra : wani suka sup tulang kan?
fiyra : abah kata wani sorang je yang suka sup tulang.
Abah tiba-tiba cerita pasal aku kat adik-adik?
adakah ini tandanya Abah rindukan aku?
betul ke apa aku lihat ni?
"Bos, I nak resign sekarang!"
2 comments:
sy pun rndu kat awk..rindu sgt nk dgr awk gelak tahap cipan..rindu giler nak gurau ngan awk..huhuhuhu
dieya : dah dah..xpayah nak wat aku nangis lagi. dah kena selsema kat ofis lepas nangis tadi.
Post a Comment