Yang Sayang Aku

Sunday, August 8, 2010

Tips Menjaga Kebersihan Hamster. Mengikut Logik Akal Aku.

hari ni aku nak bagi tips menjaga kebersihan hamster kesayangan.

ini ikut logik akal aku.
asalkan my little hamsters bersih dan sihat.

dah 2 minggu mereka terabai.
aku belum ada masa nak main-main dengan mereka.
sekadar jenguk dari luar sangkar.

ini perkara utama dalam topik kita.
air vitamin dan syampu wangi untuk melembutkan bulu hamster.
air vitamin harus dicampur sebanyak 1 tudung botol dalam setiap 30ml air biasa.

lebih baik guna air masak atau air penapis.
ibarat kita yang mahu minumnya.
mesti mahu yang bersih.
dan aku lebih suka gunakan air Bio-Aura!

cage dan exercise wheel lepas dibasuh
dan air minuman mereka lepas dicampur dengan air vitamin.

ini toilet sand.
kalau little hamsters ni buang air,
pasir ni akan jadi ketul-ketul
dan senang untuk kita membuangnya terus.

tuangnya tak perlu banyak.
hanya sedikit dan sekadar 'alas'.

'penempatan' sementara mereka sebelum mandi.

letakkan sedikit syampu wangi dalam bekas kecil
dan campurkan sedikit air.
tak perlu banyak kerana mereka bukan sebesar kita.

Lili ready untuk mandi!

masa aku beli hamster ni,
tuan kedai tu cakap kalau nak mandikan hamster,
jangan sampai terkena mata dan telinga.
takut sensitif!
so, aku pegang macam ni.
mandikan bahagian belakang saja.

bahagian mata dan telinga,
aku hanya basahkan pakai tangan.

dah siap mandi!
balut dengan kain tuala untuk mengeringkan bulu
dan memanaskan badan hamster selama 5 minit.

tak ada tuala kecil?
kain batik pun boleh, asalkan bersih.

makin cergas bila sudah mandi.

perkara yang sama diulangi kepada Lulu.

"wanginya kami!
seronoklah kami main-main lepas ni."

masa ni aku confuse,
aku bela hamster ke monyet?
Lili over excited sampai panjat cage.

jangan lupa mix food untuk little hamsters kesayangan ni.
fortified with vitamin and mineral.

letak di penjuru cage
supaya mereka tidak terlanggar ketika bergurau senda.



jika anda rasa rumah mereka agak kecil,
tidak salah untuk 'besarkan' rumah.
letak dalam box yang lebih besar dari cage.
senanglah mereka keluar bermain!

sebenarnya,
box ni belum siap dibina.
aku mahu bina rumah permainan untuk mereka.
cuma tak cukup peralatan lagi.


kalau ada antara kamu yang bela hamsters,
marilah berkongsi tips penjagaan 'anak-anak' kita ni.

mahukan lebih maklumat,
google saja!






masa untuk tuan hamsters pula mandi!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

2 comments:

Unknown said...

comel2....cm ne nk jinak kan hamster jenis nie...selalu nye hamster jns nie susah nk jinak...

Unknown said...

mmg kene letak pasir eh.. kalau letak habuk kayu tak boleh ke???