Yang Sayang Aku

Saturday, April 16, 2011

Cara Memasak Nasi Ayam Paling Simple.


mari tengok ni ye adik-adik yang baru nak belajar memasak
ataupun teringin nak makan nasi ayam tapi tak pandai masak.

akak (baca dengan gaya Kak Engku) ni pun bukannya pandai sangat memasak.
tapi ni makanan yang akak suka masak.

senang saja.
ada 3 hidangan yang perlu ada dalam Nasi Ayam.

hidangan pertama : Nasi.
bahan - bahan : beras dan stok ayam.

tanak nasi macam biasa.
bila nasi dah menggelegak, masukkan stok ayam mengikut sukatan nasi.
kalau banyak nasi, banyaklah sikit stok tu.

hidangan kedua : Sup Kosong.
bahan - bahan : rempah ratus (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang)
minyak masak, bawang merah, bawang putih, garam, kiub pati ayam dan air masak.

panaskan sedikit minyak.
tumiskan rempah ratus.
bila bau rempah tu dah agak naik,
masukkan bawang merah dan putih yang ditumbuk halus.
tumis sekali dengan rempah ratus tu.

tak mahu tumbuk, pakai blender saja.
rempah ratus tu kalau nak senang, pakai saja sup bunjut ayam.
tapi kena letak sup bunjut ayam tu lepas air dimasukkan.

kembali kepada bahan tumisan tadi.
 bila rempah ratus dan bawang dah naik bau,
masukkan air mengikut citarasa masing-masing.

masukkan sedikit garam.
bila sup dah mendidih,
masukkan kiub pati ayam.

biarkan seketika.
dalam 5 minit, siap!


 hidangan ketiga : Ayam Goreng. (tak tahu nak nama masakan ni =p )
bahan - bahan : ayam, bawang putih, halia, kicap dan sos tiram.

bawang putih dan halia ditumbuk/dikisar halus.
gaulkan dengan ayam.
masukkan kicap dan sos tiram.
gaulkan dengan ayam tadi hingga sebati.

perap ayam seketika.
seelok-eloknya perap ayam sebelum kerja-kerja menanak nasi dan mereneh sup.
selepas kedua-dua kerja selesai,
bolehlah goreng ayam yang diperap tadi.




















tadaaaa.......


sudah siap!

hidangan ini sesimple boleh.
maaf, aku tak suka sayur.
so, takkan nampak salad atau mana-mana sayur dalam gambar ni.
sup tu kalau nak rasa 'comel' lagi
letakkan daun bawang dan daun sup.
(aku malas nak turun beli)












Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

5 comments:

'AQILAH said...

terus bersemangat nak buat esok :D

Cik Bayu said...

hahahaha...cuba cuba!
nanti pos kat cni ckit ek..

KyêrulL said...

Eerrrr lapo plak.. esok suruh mak masakanlah.. HEHEHE

shazruls said...

nampak sedap..jap nk p beli jap

Cik Bayu said...

kyerull : lor..kalau mak masak mesti lagi sedap..nnt jgn lupa pos ckit ye..

abg shazruls : abg, nape diam je..bz ke?