Yang Sayang Aku

Tuesday, August 31, 2010

Pelan-Pelan La Lili. Kesian Lulu...

dari pagi tadi lagi,
aku dengar bunyi "creeettt...creeettt...creetttt...".

ni mesti Lulu dan Lili bergaduh lagi.

hari tu,
aku ingatkan bunyi 'creettt' tu bunyi mereka mengawan.
gembira hati aku.
dah terbayangkan betapa bahagianya hidup mereka
ditambah dengan anak-anak mereka yang comel.

rupa-rupanya,

mereka bergaduh sampai berdarah si Lulu.
sampai berkudis badan Lulu dibuatnya.


hari ni,
aku terpaksa berkejar-kejar dari ruang tamu ke bilik
sebab dengar bunyi bising mereka.

alangkah terkejut aku tengok belakang Lulu berdarah.
nak menangis aku!

terus cuci dengan air Bio Aura.
letak minyak gamat.

inilah rupanya belakang Lulu lepas disapu minyak gamat.

kesian Lulu.
diam saja dia lepas disapu ubat.
sayu hati aku tengok mata dia.

kamu lihatlah sendiri tempat-tempat kejadian
di mana kejadian ini berlaku.

#Lokasi Pertama.

#Lokasi Kedua.

#Lokasi Ketiga.

inilah si nakal yang 'merosakkan' badan Lulu.
janganlah ganas sangat Lili.
pelan-pelan saja.
barulah syok main.

tu pun nak kena ajar ke sayang...


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, August 28, 2010

Sudah Menghantar Kad 'Raya' Untuk Mereka. Dan Ini Buat Kali Terakhir!

ini kad 'raya' untuk department aku, Affin Bank.

dan ini untuk department Field Visit, Fieza dan Hema.

dan ini antara hadiah yang aku dapat.

apa yang terjadi antara aku dengan mereka?

aku sudah menghantar surat perletakan jawatan.
banyak sebab musabab yang mendorong aku berhenti kerja.

1. 'desakan' Umi yang nak aku kerja di Kota Bharu.
mungkin dia rindukan aku.
asyik suruh aku berhenti kerja.
bila fikir balik, kalau tak dengar cakap orang tua,
boleh jadi anak derhaka aku ni!

2. nak sambung degree hujung tahun ni.
aku sudah register UiTM tapi belum apply mana-mana course lagi.
mungkin juga aku akan apply UPSI.
apa-apa pun, doakan aku berjaya sambung belajar.
kalau tak, aku tak boleh kahwin.
tu syarat Umi!

3. preasure di tempat kerja.
walaupun aku sayangkan teman-teman office aku,
tapi aku tak sanggup bertahan lebih lama lagi.
nak kata aku tak tahan preasure,
masakan aku boleh bertahan sampai 4 bulan
sedangkan target aku untuk bekerja hanya 3 bulan saja.
cukuplah di sini saja dia 'menekan' aku.
hari-hari dimaki dihamun macam aku ni tak ada harga diri.



minggu ni aku datang kerja hanya untuk buat daily report.
tu pun pada petangnya.

pagi-pagi, jadi cikgu mengajar budak baru tentang selok belok kerja.




dapat tawaran kerja di Petaling Jaya.
16 days training.
elaun RM1,000.
patutkah aku pergi?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Arwah Abang Hisham Masih Di Hati Kita.

seperti biasa
online Facebook selepas sahur.

terpandang di satu sudut di profile page.

arwah Abang Hisham masih dalam list My BFFs.

masih ada lagi ke page dia?
masih ada lagi ke yang singgah di page dia?



subhanallah.
masih ramai yang merindui kamu, Abang Hisham.
kamu masih di dalam hati sahabat-sahabat kamu.

masih aku ingat,
arwah boleh dikatakan selalu datang singgah blog aku ni.
walaupun kadang-kadang tak komen.
aku pun selalu ke blog arwah.
tapi jarang sangat-sangat untuk komen
sebab blog dia kdang-kadang lebih kepada isu yang berat.

rindu sangat-sangat untuk menerima sapaan arwah ketika ke blog kawie2020.
kadang-kadang kami berbalas komen di blog kawie2020.
rindu semua itu.

kalau aku yang hanya mengenali arwah hanya di dunia maya
boleh merindui arwah,
apatah lagi kenalan rapatnya.
apatah lagi ahli keluarganya.

al-Fatihah buat arwah
Beostanual Hisham Sheikh Othman.



air mata ini tiba-tiba bergenang.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, August 26, 2010

Akhirnya Dapat Makan Juga.

dah lama teringin nak makan.
masa ke Terengganu, tak sempat nak berhenti untuk membeli.

teringin sangat nak makan
sampai sanggup cari bahan dekat Tesco.
nak buat sendiri kononnya!
tapi masih tak sempat nak buat
sebab ketiadaan daun pisang dan lidi.

susah nak cari.
kata orang, semua tu hanya ada dekat Jalan Chow Kit.

inilah SATAR.
makanan tradisional orang Terengganu.

terima kasih pada kakak iparku, Kak Fifie
sebab tolong beli di bazar Ramadhan.
dia tahu aku dah lama teringin nak makan.

dalamnya berisi ikan.

siapa yang pernah dan suka makan solok lada,
bahan yang ada dalam tu lebih kurang sama saja.

isi ikan.
biasanya ikan sardin(orang Kelantan sebut, ikan selayang).
kelapa parut putih.
bahan yang lain tu, kena tanya Umi dulu.

aku bukannya pandai masak.
nak masak apa-apa pun kena call Umi dulu
kecuali nasi goreng dan masak ikan sardin.



*solok lada adalah makanan tradisional
orang Kelantan dan Terengganu (kot!).



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka Puasa Bersama Kekasih-kekasih Hati.

semalam berbuka puasa dengan Spicy Chicken McDeluxe
di McDonald's Bukit Bintang.

ini kekasih hati pertama.
Kak Nik yang 'mengidam' nak makan.




ajak sekali kekasih hati keduaku, Suhaila.
so, merempitlah dia dengan skuternya dari Serdang.



lepas makan,
Suhaila ajak ke Times Square.
nak cari baju.

tapi singgah kejap di satu gerai ni.

unik!

uncle ni pakai kerusi roda.
mungkin dengan cara ni dia cari rezeki.

Suhaila berkenan sangat dengan drum ni.

aku dengan 'kunci hati'.

ada service untuk buat keychain nama.
inilah draft untuk uncle tu buat.

so, inilah hasilnya.
'Wanie dan kunci hati'.
dan
'Suhaila dan basikal tuanya'.

dia belanja aku.
'Happy Friendship Day, La'.

lepas teman dia shopping baju di Voir,
merempitlah dengan dia balik rumah.

kena paksa pakai helmet pink dia.
dah la takde visor.
berair mata aku bila dia bawa laju.
tak pe la, asalkan jimat RM1.90 aku.


terima kasih, Sella!
nanti kita dating di The Mines pula ye.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, August 23, 2010

Bukan Photoshoot.

Model : teman-teman ZURI
(khyrul niezam)
(fieza)
(kamil)

LOKASI : depan office
MASA : lepas balik kerja.













aku sedang membilang hari-hari bersama mereka.
adakah kita akan punya masa seperti ini lagi?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, August 22, 2010

Tentang Hati Seorang Wanita.

Sering kali aku bersendiri..
Memikirkan..
Namun..

Nak ikutkan..
aku hairan kenapa susah sangat nak lihat seseorang itu setia atau hanya propa yang berganda.
memanipulasikan kosa kata yang semakin berbelit-belit.

Adakah kaum Hawa mudah untuk dimainkan atau mudah cair dengan kata-kata manis kaum Adam?

aku tengok teman-teman yang couple,
happy saja dengan couple mereka.

tapi, kenapa susah sangat nak cari yang betul-betul setia
dan tidak memandang pada penampilan dan harta benda
tapi menafsir mengikut hati budi dan keikhlasan cinta?



begitu mudah untuk dipermainkan.
sedangkan semua adalah sama.

Kuasa Wanita..?

senang kata, hidup ni susah kita nak jangka.
manusia berubah mengikut peradaban masa.
makin lama masa bergerak, semakin jauh lanjakan pemikiran manusia untuk 
membezakan sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

dahulunya, yang baik itu indah.
sekarang, yang buruk itu pula indah?

cuba lihat sekeliling kita.
berapa ramaikah teman-teman kita yang sebenarnya
jujur berkawan dengan kita.
menerima kita seadanya.
akan menghulurkan tangan bila kita jatuh berkali-kali?

ataupun satu ilusi dunia agar dapat mengisi kekosongan masa untuk bergurau senda.
apabila berjumpa yang baru,
yang lama hanya sebagai potret kenangan usang di pinggiran kotak pemikiran kita.

kelakar plak sekarang aku lihat semua ini.
terlalu banyak persoalan ye.

aku hanya harap wanita lebih dihargai dan lebih disayangi.
bukan hanya kerana belas kasihan atau pun terpaksa.
tetapi demi kemanusian dan kasih sayang yg sebenar.
bukan sebagai lambang kelemahan ataupun hiasan untuk tatapan tema-temannya.

aku hadiahkan lagu ini kepada semua wanita, sahabat semua.
di bulan puasa yang mulia...
Hargai lah mereka.


Kerana mereka ingin dimengerti..


I love u guys that support me always..
Thanks a lot..!!

"For every smiles that craft on my lips,
is sincere from my heart, because,
there's the place that i captured ur's ." 


cetusan hati seorang insan yang mencari makna sebuah cinta.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Makanan Favourite Aku Masa Bulan Puasa.


ni la makanan favourite aku masa bulan puasa.
dari kecil, ni la makanan wajib ada atas meja.

tapi sejak seminggu puasa ni,
baru sekali saja aku sempat makan.
tu pun tak berapa sedap sebab dia letak banyak bawang.
patutla kedai dia tak ramai orang.


biasanya, nak beli murtabak macam nak beli tiket balik kampung.
kena beratur.
dan aku bukan seorang yang betul-betul penyabar untuk menunggu.

selain murtabak,
ni la makanan favourite aku.

kepak ayam madu.

gerai abang ni kat bazar Ramadhan di depan Lot 10.
sedap dan lazat!
3 ketul RM5.00.

selain kepak ayam,
tongkeng (bontot) ayam dan pedal ayam pun ada!
memang cepat habis!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, August 20, 2010

Kami Hanya Menari, Bukan Buat Jenayah besar.

Jangan salah sangka
Sememang ku manusia biasa
Ku santai sahaja
Menerima segala yang ada

Mengapa bila bertentang mata
Rasa nya bersalah
Bagai dah berlaku jenayah yang besar
Dia tak perlu tahu rahsia kau dan aku
Jika di tanya ini jawapan ku

Kami hanya menari
Goyang kanan dan kiri
Hanya menari
Bukan jatuh hati

Jangan kau ubah fikiran
Sesungguh nya niat ku suci
'tuk jadi seorang teman
Namun rasa diri ku di uji

Mengapa bila kita bertiga ku jadi cemburu
Rasa dicuri oh hak milik ku
Kau tak perlu tahu isi hati ku
Jika ‘tu penting ini alasan ku

Kami hanya menari
Goyang badan dan kaki
Hanya menari
Belum jatuh hati


Alam keliling pun membisu
Risau tertulis di bibir mu
Rahsia tersimpan hingga akhir hayat ku
Tidak seorang pun yang tahu

Mengapa bila tidak bertemu aku jadi rindu
Bagaimana pula dgn diri mu
Satu hari nanti terbongkar cerita
Jangan kau lupa rencana kita

Kami hanya menari
Goyang badan dan kaki
Hanya menari
Belum jatuh hati

Bukan jatuh hati...

~~IMRAN AJMAIN~~



ini lagu tema aku dan Mr BFF.

"orang lain tak perlu tahu rahsia kami.
kerana kami hanya menari.
bukan lakukan jenayah besar."
part itu yang paling aku suka!

kami akan tetap menjaga persahabatan kami
walaupun ada orang baru yang akan wujud dalam hidup kami.



I LOVE MY MR BFF....




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.