Yang Sayang Aku

Wednesday, September 30, 2009

Tesco Kota Bharu

takde pape yang menarik pun tentang entri kali ni.
cuma aku nak uar-uarkan tentang entri
pada 25 September lalu,
dia telah post entri tentang birthday aku.
tapi hari ni baru aku dapat baca blog dia.
tu pun di KFC Tesco Kota Bharu.
sebab line internet di rumah aku yang sangat kurengggg!

gaya seorang blogger!

sibuk je nisa nak masuk gambar gak!

kad birthday online syuhada

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, September 25, 2009

family aku sambut hari lahir dengan Laksa Terengganu

pukul 10.25 pagi tadi,
genaplah 22 tahun usiaku.

bila dah makin berusia ni,
banyak benda la aku kena fikir.
aku bakal tamat pengajian aku di MMC KL
pada Februari 2010.
insyaALLAH.

lepas tu, aku kena fikir untuk cari kerja dan pengalaman
sebelum aku further study aku in degree level.
walaupun masa ni,
kawan-kawan aku semua dah taraf degree.
*ada yang dah nak sambung master*
aku nak buktikan aku pun boleh berjaya macam mereka juga!

aku nak ada harta sendiri sebelum usia aku
25 tahun.
at least aku dah boleh bangga dengan diri sendiri.

matlamat untuk kahwin
pada usia aku 25 tahun.
tak mahu la kahwin lewat sangat!
nanti anak-anak aku dah besar,
aku dah tua ganyut!
*calon untuk dijadikan suami pun belum ada lagi...*

tu cerita pasal aim dan matlamat aku!

ni cerita pasal family aku.
umi pagi-pagi lagi wish besday aku.
lepas tu, aku cakap
teringin nak makan pulut dengan kelapa putih dan ikan kering.
*tapi aku lebih suka makan dengan ikan sardin goreng sebab tak suka ikan kering*
tapi bila umi cari beras pulut kat dapur, tak jumpa!

aku cakap tak pe la.
kita makan Laksa Penang ataupun Terengganu.
aku pun dengan rela hati offer diri untuk beli bahan-bahan nak masak
kat Pasar Wakaf Che Yeh.
*dekat dengan rumah aku*

antara bahan yang aku beli :
ikan sardin *kat kelantan panggil ikan selayang* sekilo
daun kesum seikat
daun serai kayu seikat
kacang panjang seikat
bunga kantan seikat
taugeh 50sen
lada kering 50sen
laksa 2 kilo
laksam 2kilo
santan segera RM4.00
timun 3 batang

aku balik, umi terus masak!
tolong apa yang patut.
dalam sejam saja,
dah siap!

lebih sedap dari kek secret recipe!!
nyum nyum!!!!!

ulam-ulaman

sambal lada.
lagi best kalau tumbuk pakai lesung!

kuah laksa.

laksam.

laksa.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, September 24, 2009

cepat wish kat aku sekarang!!!!

sempena besday aku yang ke-22,
aku nak buat wish list!

aku nak ucapan besday dari classmates DMT aku :
syuhada
kak ema
busyra
tqa
suhaila
emilia
'affan
kamarul
sethu

tak lupa pada bekas housemates kat Pangsapuri Bukit Baru :
filzah
hasanah

aku juga nak ucapan dari best friend kat SEMENZA :
yatt
sya

dari followers aku kat blogspot ni :
jen
asmashamir
ide anje
paku pakiz
CiP FaRah
probakti
Nik
beeRamza
eilmi
yati MA
pAper hEarT
Waxanuxx
Saiful Amani
alepadly
alessandra
MuChUKkK!!!!
venixx
liysa farisa
littlepixieblog

tak lupa pada orang yang agak la istimewa :
hisham *best friend mcd*
fairus *teman tapi mesra ke??*

aku nak korang wish walaupun korang tak mungkin akan buat
surprise party kat aku!
apatah lagi party liar!!!

setakat ni yang dah wish awal sebab agaknya mengantuk nak tidur
dan
aku boleh terima reason yang agak munasabah :
along *nak bangun awal untuk buat bekal abang long pergi kerja..isteri mithali la katakan!*
nor syazwani *senior July intake a.k.a anak ofismate umi aku*

ni kisah kak ema yang lucu...
dia call pagi tadi.
siap semangat lagi nyanyi besday song untuk aku!
dia ingatkan hari ni besday aku.
boleh pulak tarik balik wish tu!
nak call untuk esok pulak...
memang pagi-pagi dah buat aku tergelak sakan!
yang tambah best,
dia kata aku terkena panggilan hangit!
aku ke dia yang kena panggilan hangit???

p/s : tak harap pun hadiah.
kalau dapat,
alhamdulillah!!!
hehehehehehhe......

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

gemuk ke aku sekarang???tolong la angkat aku....



sya kata aku makin gemuk!
siapa lagi nak cakap aku
GEMUK????
angkat tangan dengan kaki sekali !!!!!!!

berat aku :
1 bulan sebelum puasa = 56.5 kg.*timbang di KLCC*
seminggu lepas puasa = 63.5kg.*timbang di HTAR,Klang*
sekarang = ???


tengok,
khatamee nak angkat aku pun TAK LARAT!!!!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

open house di rumah yatt cik mokhtar

date : 23 September 2009
venue : rumah 'yatt cik mokhtar *id kat MukaBuku*
pukul : 3 lebih-lebih petang
mood : rinduuuuuu

aku telah pergi jamuan hari terbuka kat rumah
nur hidayati mokhtar.
dulu famous nickname dia,
yatt hetfield *sebab dia minat james hetfield(metallica)*
dia best friend aku dari form 1 kat SMK Zainab (1).
dari form 1 sampai form 5,
kami berada dalam kelas yang sama
kecuali masa form 3.
sebab dia lebih pandai dari aku.
dia kelas 3 Taqwa.
aku kelas 3 Ihsan.
*dua kelas ni je kelas untuk student ambil Bahasa Arab*

setelah sedikit pengenalan tentang yatt.
aku akan cerita tentang open house rumah dia semalam.

aku pergi dengan syaridatul asyikin a.k.a sya.
dia ambil aku dengan kereta.
masuk je kereta dia,
dia renung je muka aku.
"aiii, sya. malu aku tau mung tenung aku supo nak make!"
subtitle : (malu aku ko tenung aku macam nak makan)
"hehehehehe"
"ai, sengih pulak!"
"buke gapo..lamo tok jupo!"
subtitle : (bukan pe..dah lama tak jumpa!)
"pape je la sya oiii"

lepas tu,
kami ambil shahirah dan izreen idayu.
baru la kami menuju ke rumah yatt yang sedia menanti kami.

sampai je kat rumah yatt,
yatt marah aku.
"tok ngoyak pun nok maghi deh"
(tak beritahu pun nak datang ye..)
aku sengih je...
"surprise yatt!!!"
"surprise korok dio"

tak pasal-pasal dapat maki!
tapi tak ambil hati sangat
sebab aku dengan yatt memang gila-gila!
so, no hard feeling!!!
*walaupun aku ni sensitif sampai yatt dan sya tak terlayan*

best sangat sebab jumpa kawan-kawan lama!
Shahirah buat degree dalam bidang kimia di UKM.
Natasha a.k.a Ebok buat degree dalam bidang Kulinari di UiTM Shah Alam.
Fatimah Milhana buat degree dalam Civil Engineering di Kolej Swasta di Negeri Sembilan.
Sya buat degree dalam bidang pendidikan pra-sekolah (kalau tak silap) di USM.
Yatt buat degree dalam Masscomm(tak tahu nak eja) di UiTM Shah Alam.
Izreen Idayu pula aku lupa nak tanya.
tapi dia pun bukan calang-calang orang!

aku je...
budak Diploma!
malu siot!!!!!

yang penting,
mereka-mereka itu tetap sahabat aku!!
banyak memori masa kat SEMENZA dengan mereka.
especially yatt dan sya.

best friends forever!!!
ingat lagi
Y.E.S
Yatt.Enot.Sya

p/s : nickname aku katSEMENZA
enot @ enul.
tapi lebih famous dengan nama enot.
sebab famous cerita enot masa tu.

dari kiri : yatt, ebok, fatimah, enot, sya, izreen, shahirah.

bff aku...cayanggggg korang tau!!!!

pandai pula sya cari tempat nak posing. sebelah pokok bunga!

kalau ada yang berkenan kat sya,
hatinya dah dimiliki oleh jejaka Mulong.

izreen dah pandai melaram dengan contact lens!

sesi bertukar-tujkar nama kat MukaBuku.

uppsss!!
lupa nak cerita pasal budak kecik ni.
aku ajak dia temankan aku ke rumah yatt.
semangat dia nak pergi.
siap pakai lipstick aku lagi!
sampai kat rumah yatt,
hilang terus suara dia.
yatt tanya, langsung tak dijawabnya!
malu sangat sangat!!!!!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, September 23, 2009

jubah raya.


Jilbab itu maksudnya ialah Jubah. Maka berdasarkan ayat 59, surah Al-Ahzab :

"Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukminin, hulurkanlah jilbab ke atas tubuh mereka(jalabibihinna), supaya MEREKA LEBIH MUDAH DIKENALI (sbg perempuan muslim) dan AGAR MEREKA TIDAK DIGANGGU."


Maka selain dari memakai tudung, Jilbab juga adalah satu lagi kewajipan bagi muslimah yang beriman. Seringkali disalahfahami oleh kebanyakan orang, bahawa Jilbab itu ialah Tudung. Sedangkan di dalam surah An-Nur itu, tudung disebut sebagai Khumur (jama' bg khimar). Jilbab merupakan suatu yang berbeza dengan khimar.


Adapun bagi orang yang mempelajari bahasa Arab, mereka akan mendapati bahawa Jilbab itu bukanlah Tudung. Jilbab itu adalah pakaian luar yang menutupi pakaian harian yang berupa terusan, tidak terpotong-potong sehingga ke mata kaki. Senang cerita, dalam bahasa Melayu, Jilbab itu ialah Jubah yang dipakai diatas baju biasa di rumah. Maka apabila disebut Jilbab, maka secara automatik harus memakai 2 lapis baju. Di bahagian bawah Jubah, boleh jadi seseorang memakai baju kurung, ataupun, baju dan seluar. Asalkan di lapis luar yang kedua itu, Jubah dipakai.


Jilbab adalah satu kewajipan bagi muslimah beriman,


Hadith yang dituturkan oleh Ummu ‘Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajiban wanita untuk mengenakan pakaian luar (jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu, Ummu ‘Athiyah berkata kepada Rasul saw “Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yang dapat dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia tidak boleh keluar rumah.


Dengan yang demikian jelaslah bahawa wanita wajib mengenakan jilbab atau pakaian luas di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Jika ia tidak memilikinya sedangkan ia ingin keluar, hendaklah ia meminjamnya daripada saudaranya atau wanita muslimah siapa saja yang bersedia meminjamkannya. Jika tidak ada yang meminjamkannya, ia tidak boleh keluar rumah sehinggalah dia mendapat pakaian tersebut. Jika ia keluar rumah tanpa mengenakan jilbab yang terdampar hingga ke bawah, beerti ia tetap dipandang berdosa, walaupun pakaian sehariannya telah menutupi seluruh auratnya. Sebab seorang wanita wajib mengenakan jilbab yang terdampar ke bawah hingga menutupi kedua kakinya. Menyalahi ketentuan ini dipandang berdosa di sisi Allah Swt.


Sebenarnya, ramai di antara para muslimah yang mengetahui kewajipan memakai Jilbab ini. Namun, ada di antara mereka yang berlengah-lengah dari memakai pakaian berupa jilbab ini kerana tidak ada peraturan yang mewajibkan mereka untuk memakainya, dan jika mereka tidak memakainya, maka mereka akan didenda! Hakikatnya, orang ramai hanya takut untuk tidak memakai tali pinggang, dan topi keledar, namun perintah Allah yang sudah terang lagi nyata ini dilanggar!


Hanya ada satu saja jawapan keatas masalah ini. Pertama, perlunya keTAQWAan pada diri setiap inidividu, agar mereka menjadi muslim yang benar-benar takut pada Allah, dan yang kedua, di sinilah kita melihat bahawa perlunya ada sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan Syariat untuk mengawal pemakaian kaum perempuan di dalam wilayah Daulah Khilafah. InsyaALLLAH, Islam akan menang kembali dan ini merupakan janji Allah saudariku!


aku memetik petikan ni dari facebook Ainul Nabihah.

dan ini komen dari saudara Shockwave Reyz :

Sekarang untuk pendapat personal ana. Dalam menafsirkan Al-Quran, kita tak boleh mengambil maksud perkataan itu secara kasar sedangkan bahasa Al-Quran itu adalah berkias. Jalabib (jubah) dalam konteks ini bererti pakaian yang menutupi bentuk badan perempuan. Tidak kisah bagaimana pakaian itu, yang penting pakaian itu menutupi aurat (tak nampak bentuk badan, tak nampak warna kulit).

Al-Quran adalah untuk semua kaum dan budaya. Adapun terdapat juga kaum lain yang tidak memakai jubah tetapi bajunya (baju kurung) mempunyai fungsi sama dengan jubah kerana tetap menutup aurat dan menghalang warna kulit dari kelihatan.

Islam tidak mengajar kita menjadi jumud tetapi Islam mengajar kita menjadi bersikap terbuka (bukan liberal ya).
...

pendapat aku pula :

jubah atau baju kurung
dua-dua manis dipakai.
lagipun,
kita diwajibkan menutup aurat.

aku pun ada kelemahan.
selalu nak pakai yang bukan-bukan.
tapi
bila dah baca benda ni,
agak membuka hati aku untuk terus memakai baju kurung.

p/s : zahiril azim pun cair dengan si pemakai baju kurung!


ini gambar adik-adik aku beraya dengan jubah.
tempat favourite umi untuk membeli jubah di Jaafar Rawas.

umi paling suka jubah yang mardiyyah pakai.

safiirah pun manis je pakai jubah.

rubayyi dan mardiyyah.

rubayyi tengah betulkan tudung safiirah.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, September 22, 2009

raya kami tahun ni. sedih tanpa along dan abngyo!


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, bloggers!!!
kali ni banyak foto yang akan diupload untuk tatapan anda.
yang bestnya, adik-adik aku pun sporting yang amat untuk posing maut di pagi raya.
aku lagi la semangat nak posing kalau ada orang yang terlebih sudah*bak kata stacy*!

tapi yang sedihnya,
tahun ni first time raya tanpa along dan abang yo.
masing-masing sudah punya keluarga sendiri.
along beraya di kampung suaminya di Kuantan.
abang yo tak dapat cuti raya banyak hari.
so, dia beraya di kampung isterinya di Tanjung Karang.
tapi dia sempat hantar MMS raya dia bersama isteri tercinta.
tinggallah kami adik beradik berenam je...

abang yo dan kak fifie.

gambar raya family untuk tahun ni.

kami berenam saje.

posing dengan abah dan umi.

sayangggggg umi.

si gemuk salam dengan aku. *padahal nak duit raya.tahun depan la ye..*


POSING TIME!!!
*masa ni umi dan abah tengah syok menikmati hidangan di dapur*


anak-anak dara encik Azizan.

siapa yang berkenan kat adik-adik aku?
maaf ye?...
dua-dua sudah ada pakwe.

tengok, siapa lebih rendah??


aku dengan khatamee, si gemuk.

aku dengan mardiyyah. even aku ni kakak, tapi aku lebih rendah dari dia.
rahsianya, makan kubis!!!
*selalu curi kubis dalam peti ais*

aku dengan safiirah, si sensitif!


pandai pulak diorang ni posing.
persis model!!!

p/s : raya kali ni aku hanya duduk di rumah.
terima tetamu.
aku tiada ramai teman di Kota Bharu.
mungkin esok ke rumah bff aku, yatt.
dia buat open house.
rasa macam malu nak pergi sebab teman-teman lain lebih tinggi education dari aku.
ada yang lepasan universiti di oversea.
atau sekurangnya dah sambung degree.
or,
mungkin aku ikut abah dan umi pergi rombongan ke majlis sambut menantu
adik abah *ayah sama mak lain* di Kulim, Kedah.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.