Jilbab itu maksudnya ialah Jubah. Maka berdasarkan ayat 59, surah Al-Ahzab :
"Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukminin, hulurkanlah jilbab ke atas tubuh mereka(jalabibihinna), supaya MEREKA LEBIH MUDAH DIKENALI (sbg perempuan muslim) dan AGAR MEREKA TIDAK DIGANGGU."
Maka selain dari memakai tudung, Jilbab juga adalah satu lagi kewajipan bagi muslimah yang beriman. Seringkali disalahfahami oleh kebanyakan orang, bahawa Jilbab itu ialah Tudung. Sedangkan di dalam surah An-Nur itu, tudung disebut sebagai Khumur (jama' bg khimar). Jilbab merupakan suatu yang berbeza dengan khimar.
Adapun bagi orang yang mempelajari bahasa Arab, mereka akan mendapati bahawa Jilbab itu bukanlah Tudung. Jilbab itu adalah pakaian luar yang menutupi pakaian harian yang berupa terusan, tidak terpotong-potong sehingga ke mata kaki. Senang cerita, dalam bahasa Melayu, Jilbab itu ialah Jubah yang dipakai diatas baju biasa di rumah. Maka apabila disebut Jilbab, maka secara automatik harus memakai 2 lapis baju. Di bahagian bawah Jubah, boleh jadi seseorang memakai baju kurung, ataupun, baju dan seluar. Asalkan di lapis luar yang kedua itu, Jubah dipakai.
Jilbab adalah satu kewajipan bagi muslimah beriman,
Hadith yang dituturkan oleh Ummu ‘Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajiban wanita untuk mengenakan pakaian luar (jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu, Ummu ‘Athiyah berkata kepada Rasul saw “Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yang dapat dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia tidak boleh keluar rumah.
Dengan yang demikian jelaslah bahawa wanita wajib mengenakan jilbab atau pakaian luas di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Jika ia tidak memilikinya sedangkan ia ingin keluar, hendaklah ia meminjamnya daripada saudaranya atau wanita muslimah siapa saja yang bersedia meminjamkannya. Jika tidak ada yang meminjamkannya, ia tidak boleh keluar rumah sehinggalah dia mendapat pakaian tersebut. Jika ia keluar rumah tanpa mengenakan jilbab yang terdampar hingga ke bawah, beerti ia tetap dipandang berdosa, walaupun pakaian sehariannya telah menutupi seluruh auratnya. Sebab seorang wanita wajib mengenakan jilbab yang terdampar ke bawah hingga menutupi kedua kakinya. Menyalahi ketentuan ini dipandang berdosa di sisi Allah Swt.
Sebenarnya, ramai di antara para muslimah yang mengetahui kewajipan memakai Jilbab ini. Namun, ada di antara mereka yang berlengah-lengah dari memakai pakaian berupa jilbab ini kerana tidak ada peraturan yang mewajibkan mereka untuk memakainya, dan jika mereka tidak memakainya, maka mereka akan didenda! Hakikatnya, orang ramai hanya takut untuk tidak memakai tali pinggang, dan topi keledar, namun perintah Allah yang sudah terang lagi nyata ini dilanggar!
Hanya ada satu saja jawapan keatas masalah ini. Pertama, perlunya keTAQWAan pada diri setiap inidividu, agar mereka menjadi muslim yang benar-benar takut pada Allah, dan yang kedua, di sinilah kita melihat bahawa perlunya ada sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan Syariat untuk mengawal pemakaian kaum perempuan di dalam wilayah Daulah Khilafah. InsyaALLLAH, Islam akan menang kembali dan ini merupakan janji Allah saudariku!
aku memetik petikan ni dari facebook Ainul Nabihah.
dan ini komen dari saudara Shockwave Reyz :
Sekarang untuk pendapat personal ana. Dalam menafsirkan Al-Quran, kita tak boleh mengambil maksud perkataan itu secara kasar sedangkan bahasa Al-Quran itu adalah berkias. Jalabib (jubah) dalam konteks ini bererti pakaian yang menutupi bentuk badan perempuan. Tidak kisah bagaimana pakaian itu, yang penting pakaian itu menutupi aurat (tak nampak bentuk badan, tak nampak warna kulit).
Al-Quran adalah untuk semua kaum dan budaya. Adapun terdapat juga kaum lain yang tidak memakai jubah tetapi bajunya (baju kurung) mempunyai fungsi sama dengan jubah kerana tetap menutup aurat dan menghalang warna kulit dari kelihatan.
Islam tidak mengajar kita menjadi jumud tetapi Islam mengajar kita menjadi bersikap terbuka (bukan liberal ya)....
Al-Quran adalah untuk semua kaum dan budaya. Adapun terdapat juga kaum lain yang tidak memakai jubah tetapi bajunya (baju kurung) mempunyai fungsi sama dengan jubah kerana tetap menutup aurat dan menghalang warna kulit dari kelihatan.
Islam tidak mengajar kita menjadi jumud tetapi Islam mengajar kita menjadi bersikap terbuka (bukan liberal ya)....
pendapat aku pula :
jubah atau baju kurung
dua-dua manis dipakai.
lagipun,
kita diwajibkan menutup aurat.
aku pun ada kelemahan.
selalu nak pakai yang bukan-bukan.
tapi
bila dah baca benda ni,
agak membuka hati aku untuk terus memakai baju kurung.
p/s : zahiril azim pun cair dengan si pemakai baju kurung!
ini gambar adik-adik aku beraya dengan jubah.
tempat favourite umi untuk membeli jubah di Jaafar Rawas.
No comments:
Post a Comment