Yang Sayang Aku

Thursday, September 24, 2009

open house di rumah yatt cik mokhtar

date : 23 September 2009
venue : rumah 'yatt cik mokhtar *id kat MukaBuku*
pukul : 3 lebih-lebih petang
mood : rinduuuuuu

aku telah pergi jamuan hari terbuka kat rumah
nur hidayati mokhtar.
dulu famous nickname dia,
yatt hetfield *sebab dia minat james hetfield(metallica)*
dia best friend aku dari form 1 kat SMK Zainab (1).
dari form 1 sampai form 5,
kami berada dalam kelas yang sama
kecuali masa form 3.
sebab dia lebih pandai dari aku.
dia kelas 3 Taqwa.
aku kelas 3 Ihsan.
*dua kelas ni je kelas untuk student ambil Bahasa Arab*

setelah sedikit pengenalan tentang yatt.
aku akan cerita tentang open house rumah dia semalam.

aku pergi dengan syaridatul asyikin a.k.a sya.
dia ambil aku dengan kereta.
masuk je kereta dia,
dia renung je muka aku.
"aiii, sya. malu aku tau mung tenung aku supo nak make!"
subtitle : (malu aku ko tenung aku macam nak makan)
"hehehehehe"
"ai, sengih pulak!"
"buke gapo..lamo tok jupo!"
subtitle : (bukan pe..dah lama tak jumpa!)
"pape je la sya oiii"

lepas tu,
kami ambil shahirah dan izreen idayu.
baru la kami menuju ke rumah yatt yang sedia menanti kami.

sampai je kat rumah yatt,
yatt marah aku.
"tok ngoyak pun nok maghi deh"
(tak beritahu pun nak datang ye..)
aku sengih je...
"surprise yatt!!!"
"surprise korok dio"

tak pasal-pasal dapat maki!
tapi tak ambil hati sangat
sebab aku dengan yatt memang gila-gila!
so, no hard feeling!!!
*walaupun aku ni sensitif sampai yatt dan sya tak terlayan*

best sangat sebab jumpa kawan-kawan lama!
Shahirah buat degree dalam bidang kimia di UKM.
Natasha a.k.a Ebok buat degree dalam bidang Kulinari di UiTM Shah Alam.
Fatimah Milhana buat degree dalam Civil Engineering di Kolej Swasta di Negeri Sembilan.
Sya buat degree dalam bidang pendidikan pra-sekolah (kalau tak silap) di USM.
Yatt buat degree dalam Masscomm(tak tahu nak eja) di UiTM Shah Alam.
Izreen Idayu pula aku lupa nak tanya.
tapi dia pun bukan calang-calang orang!

aku je...
budak Diploma!
malu siot!!!!!

yang penting,
mereka-mereka itu tetap sahabat aku!!
banyak memori masa kat SEMENZA dengan mereka.
especially yatt dan sya.

best friends forever!!!
ingat lagi
Y.E.S
Yatt.Enot.Sya

p/s : nickname aku katSEMENZA
enot @ enul.
tapi lebih famous dengan nama enot.
sebab famous cerita enot masa tu.

dari kiri : yatt, ebok, fatimah, enot, sya, izreen, shahirah.

bff aku...cayanggggg korang tau!!!!

pandai pula sya cari tempat nak posing. sebelah pokok bunga!

kalau ada yang berkenan kat sya,
hatinya dah dimiliki oleh jejaka Mulong.

izreen dah pandai melaram dengan contact lens!

sesi bertukar-tujkar nama kat MukaBuku.

uppsss!!
lupa nak cerita pasal budak kecik ni.
aku ajak dia temankan aku ke rumah yatt.
semangat dia nak pergi.
siap pakai lipstick aku lagi!
sampai kat rumah yatt,
hilang terus suara dia.
yatt tanya, langsung tak dijawabnya!
malu sangat sangat!!!!!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

1 comment:

y4tt mAta HijAu said...

hehe. sy baru perasan la wak awk punye post ni..sorry ye wak..
wak wak.. ramai kawan2 kita da benci sy sebb sy tak layan mereka..sbb sy sgt bz...awk jgn benci sy yer... sy nk jugak tunaikan hasrat karuke lagi dgn awk.. tggu ye... jadikan ia kenyataan...:0