Yang Sayang Aku

Sunday, September 6, 2009

adakah izuddin tercipta untukku?

"ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..

jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..

Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..

Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...

Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....

Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......"

aku baca ni kat blog cik epal.
ni salah satu komen bloggers tentang entri cik epal pasal kejalangan teman lelaki dia.

aku rasa sesuai sangat doa ni untuk diri aku sendiri.
aku tak tahu la...
sejak izuddin contact aku balik,
aku rasa hati aku berbunga.
even dia kata, dia dah nak kahwin paling lewat awal tahun depan.
aku rasa, mungkin Allah masih panjangkan jodoh kami.
jahat ke aku
kalau aku mengharapkan orang yang dia akan kahwin tu adalah aku
bukan awek dia sekarang?
aku sayangkan dia.
aku tak pernah lupa dia.
semua kenangan dengan dia aku tak pernah lupa.
satu pun tak pernah!
even dia sendiri terkejut aku still ingat nama penuh dia.
siap nama ayah dia sekali!
aku ingat lagu yang dia karaoke kat Kota Raya kat Pudu.
'salju di danau rindu'.
dia nyanyi sampai pecah suara sebab high key.

aku dah lama redha dengan perpisahan kami.
aku anggap semua hanya kenangan.
tapi,
bila dia datang cari aku balik
aku rasa mungkin dia jodoh aku!

mungkin habis exam minggu ni,
aku nak solat istikharah.
kalau dia tercipta untukku,
aku akan terus menyayanginya.
kalau dia bukan untukku,
aku akan cepat-cepat lupakan dia dari hidupku.

tapi hati aku berat untuk menerima yang
dia akan kahwin tahun depan!
dia tahu, aku tak pernah berhenti mencintai dia.
even masa kami clash,
dia masih jadi kawan aku.
tiap-tiap hari kami contact.
dia kata dia masih sayangkan aku,
tapi hatinya masih berat untuk menerima aku.
ye la, aku pernah lukakan hati dia.
dia takut aku kecewakan dia lagi.

lepas dia masuk PULAPOL Kuching,
aku dapat tahu dia kerja kat Penang.
tu pun sebab kak omel yang beritahu aku.
dia pernah minta number phone aku kat kak omel.
tapi 2 malam lepas,
dia baru tergerak hati nak call aku.

adakah ini petanda jodoh kami masih kuat?
atau ini dugaan sebelum dia nak kahwin??

"kalau cinta itu datang kerana Allah, jauh mana pun dia pergi,
insyaALLAH dia akan datang balik.
kalau cinta sebab nafsu, suka2, kalau dia pergi, mula-mula memang akan sakit, perit,
tapi lama-lama kita akan melupakannya"
~ni satu lagi komen dari bloggers cik epal~

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

No comments: