Yang Sayang Aku

Sunday, January 23, 2011

Suka Persembahan Abang Otai Di Downtown Cheras.

semalam berkesempatan ke Downtown Cheras bersama Mr BFF.

walaupun downtown tu cuma sekangkang kera dengan rumah aku,
kalau tak ada orang ajak, entah bila aku akan pergi.


aku memang suka dengar abang-abang otai ni buat persembahan.
tapi sebelum ni, tak pernah berhenti dan dengar betul-betul mereka menyanyi.

aku suka layan petikan gitar dan alunan muzik mereka mainkan.
simple but nice!

masa aku lalu di situ,
abang tu menyanyi lagu 'Kamelia' yang dipopularkan oleh Ramli Sarip.
sebagai peminat Ramli Sarip dan rock otai,
terus aku stop dan mendengar persembahan mereka.

mahu saja aku request lagu.
mahu mereka menyanyi lagu 'Teratai' dan 'Cinta Kristal'.


abang berbaju putih la yang menyanyi lagu 'Kamelia'.
abang yang bertopi tu menyanyi lagu blues dan country.

aku mengimpikan dapat mengundang mereka ke majlis perkahwinan aku.
tu pun tak tahu bila.
kena cari calon cepat-cepat la ni!


sempat juga makan yong tau foo.
nasib baik ambil 5 cucuk saja.
tak larat nak makan dah.

tambahan pula, Mr BFF mula masuk gym.
nak toughkan badan katanya.
nak 6 pack!
risau juga mamat ni terlalu tough sebab dia bukannya tinggi sangat.
kalau Jehan Miskin dan Ben Ashaari  tough nampak ok 
sebab badan mereka tinggi.

dia yang ajak aku diet.
bersungguh-sungguh nampaknya!
tapi maaflah,
ikan bakar lebih pandai menggoda dari Mr BFF.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

ZulkifliMN said...

duduk mane weh? aku kat apartment lumayan tu je.. dekat sangat ngan downtown..

Cik Bayu said...

zulkifli : saya kat taman midah.

Anonymous said...

oouuuiiitt..perli ceq nmpk..
xde la tough mane.. biase2 suda..
mase muda la nk aktif..
kuang2 aku xaktif cari pompuan ye..
hurm.. ele..ye r ikan bakar lg mengoda..jln gn I nk pegang tgn..pastu pegang muscle I.. hah.. ape cer.. report mak I t.. I ank bujang org tau..

Cik Bayu said...

arul : hello..bila masa i pgg tgn u.fitnah tau!mrh awek u klu dia tau u pgg tgn i.aiyookkkk!!