semalam aku dan Mr BFF ataupun nama penuhnya
Kamarul Ariffin Mohd Rashidi
menyambut ulangtahun pertama persahabatan kami.
mengapa aku sambut ulangtahun ni dengan dia?
selama ni aku tak pernah ada teman ke?
jawapannya, tak.
bukan tak pernah ada.
tapi persahabatan aku dengan dia, aku rasa berlainan.
bukan niat untuk memuji atau memuja.
cukup sekadar menghargai.
dia seorang yang tak pernah menghampakan aku
bila aku nak kongsi masalah dengan teman-teman.
aku susah macam mana pun dia akan tolong selagi dia mampu.
mula-mula kenal dia masa semester 1, semua orang tak suka dia.
dia dianggap mat poyo!
aku sendiri menyampah dengan perangai dia.
semester 3 aku digandingkan dengan dia dan Sethu
untuk mini projek untuk subjek Database.
itulah satu-satunya projek yang aku bekerjasama dengan dia.
jasa dia yang paling aku ingat,
masa semester 3.
aku betul-betul perlukan wang RM300 untuk bayar duit pengajian.
PTPTN aku tak mencukupi untuk menampung keperluan aku.
aku dah puas meminta dari orang lain.
sampai aku rasa mahu menangis semahu-mahunya.
dia perasan mimik muka aku yang sedih masa tu dan dia satu-satunya
orang yang sudi menghulurkan bantuan.
bila aku mula bekerja, baru aku dapat bayar duit dia balik!
dia tak pernah meminta duit yang dipinjamkan,
apatah lagi tak pernah mengungkit!
aku mula betul-betul rapat dengan dia masa semester akhir.
kami kena siapkan coding untuk website kami.
masa tu,banyak betul kenangan tercipta.
*rindu betul zaman kolej*
kalau nak cerita, banyak sangat.
tapi mungkin kalian rasa aku terlalu 'mendewakan' dia.
kita layankan saja detik kami semalam.
exchange gift.
aku bagi dia wallet sebab dia selalu kehilangan duit.
bukan amaun sedikit.
kadang-kadang RM50 sebab letak merata-rata dan lupa letak.
dan aku dapat keychain teddy bear yang comel.
tak kisah aku dapat hadiah apa pun.
yang penting, dia terima aku apa adanya.
terus letak kat handbag kesayangan aku.
'candle light dinner' kami di HR Steak House gagal dilaksanakan.
penuh umat semalam!
begitu juga di Suraya Tomyam & Seafood.
last-last, ke medan selera saja.
aku baru buka mulut menyanyi lagu 'Cinta Kristal',
*pengaruh 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'*
terus diajaknya karaoke!
apalagi, tekak aku ni memang tunggu untuk diserakkan.
bergambar dulu sementara tunggu bilik kosong.
layan lagu lama-lama.
macam biasa.
aku jarang menyanyi lagu perempuan.
aku layan lagu lama saja.
lagu dia, aku boleh layan menyanyi.
lagu aku, dia banyak diam.
suka! suka!! suka!!!
tak ada orang kacau aku menyanyi.
thanks alot dear...
thanks for everything and for every single you have done to me...
uppss..hari ni kita start diet kan?
diet I bertahan pagi saja.
bersemangat beli roti sosej High 5 dan air Bliss Strawberry.
tapi bila sampai tengahari saja, I jadi tak tahan la.
terbayang-bayang ikan bakar dan air asam.
cuba esok pula ye!
2 comments:
happy biirthday utk diaa..
(:
bukan birthday la nisa..
ulangtahun persahabatan kami berdua,.
Post a Comment