Yang Sayang Aku

Friday, January 7, 2011

Sesi Makan Angin Setelah Bekerja Di Tahun Baru.

wah,akhirnya dapat juga peluang bercuti setelah penat bekerja
beberapa hari tanpa henti.

kali ni keluar dengan adik aku, Nisa
yang kebetulan diarahkan oleh bosnya untuk menjaga cawangan syarikatnya di Gombak.
sebelum ni, Nisa menjadi pembantu veterinar di Kota Bharu.

kebetulan, aku nak keluar ke Masjid Jamek untuk menukar perfume yang
baru dibeli beberapa hari lepas.
aku pilih 'Escada' dan 'Lancome Magnifique'.
mula-mula, beli 'Escada' tapi lama-lama aku rasa bau 'Lancome Magnifique'
lagi kuat dan menarik hati.

cewah, bergaya dengan beg baru!
dia nampak aku pakai beg macam tu, terus jealous
lalu dimintanya untuk membeli beg yang sama.
maka, berjalanlah kami dengan beg yang sama tapi
mujurlah colour tak sama.
aku warna hitam!

lepas tu, kami ke Bukit Bintang untuk menonton wayang dan shopping.
aku memang pantang nampak aiskrim.
terus nak beli tanpa memikirkan harganya!
purata harga aiskrim aku dan Nisa RM15.
harga ikut timbangan.
100gram - RM5.
aku pun main ambil je!


aku ambil perisa Oreo dan perisa Strawberry Banana.
tak sedap gila perisa Strawberry Banana.
rugi je!

Nisa pula ambil Oreo, Vanilla dan Strawberry Banana.
nasib baik dia habiskan!
rugi..rugi...


"nak?? nganga cepat..auwmmmm!!"

marathon wayang.
'My Ex : Haunted Lover' dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'.
punyalah berdebar scene dalam 'My Ex : Haunted Lover'
sampai Nisa yang berani tu pun boleh tutup mata.
aku apatah lagi!

scene yang paling best dalam 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'
bila Awie menyanyi lagu 'Cinta Kristal'.
menusuk kalbu betul!

makan lagi.
kali ni makan nasi di Station Kopitiam.
masa ni tunggu nak masuk wayang  'Hantu Kak Limah Balik Rumah'.
dalam setengah jam gap wayang dengan 'My Ex : Haunted Lover'.
tu yang sempat santap dulu!

mana lebih muda, aku atau Nisa?




ni nota untuk Along.
ni foto terbaru motor kesayangan anda.

penuh berhabuk!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

uiitt..lama tak dgr khabar berita..hope you fine & ok
(:

Niz said...

amboi
enjoy sakan ye
hehe

enuLwanie said...

anisa : saya baik-baik saja sayang...

niz : sebulan sekali enjoy! apa slhnya..hehehe