Yang Sayang Aku

Monday, January 17, 2011

First Time Minum Cool Blog.

semalam aku ke Bukit Bintang menemani Miss BFF
*sila rujuk gambar di sidebar*
untuk shopping.
sementara aku menunggu Miss BFF cucuk duit di tingkat bawah Low Yat,
aku menyandar di dinding kedai Guardian.

aku pelik!
sejak bila ada kedai baru depan Guardian?
yang aku tahu hanya kedai makanan Cina kalau tak silap.

aku tertarik dengan nama kedai tu.

Cool Blog.
aku rasa kedai ni dah lama ada kat Malaysia.
mungkin aku tak perasan kewujudannya.
maklumlah aku mana la minum air selain air yang aku pesan di kedai makan.

aku tengok dan usha.
ada perisa yang aku suka.
bertambahlah dahaga dibuatnya!

aku sebagai pencinta Oreo dan coklat,
haruslah mencuba perisa ini.
dia ada letak biji-biji kat bawah.
aku tak tahu tu apa.

nak kata cendol, bukan!
kalau kalian tahu, sila beritahu kepada gadis yang konservatif ini.

sedap sangat!




lepas tu, baru ke Sungei Wang untuk shopping.

 nilah Miss BFF aku.
kami tengah tunggu seorang lagi teman untuk pulang.

 haruslah mengambil gambar bersama.
dah lama tak men'snap' gambar dengan budak senget ni.



aku tertengok Youtube Milimilo tadi,
ada vlog pasal dia dan Cool Blog.

kebetulan!







Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

2 comments:

ZulkifliMN said...

Serius cool blog memang sedap! Addicted to oreo.. =)

Cik Bayu said...

sama la..suka sgt!
tmbh2 ada bulat2 tu.
xtau pe nama dia.