Yang Sayang Aku

Saturday, January 15, 2011

Astro First - Dari Pawagam Terus Ke Rumah Anda.


seronok jawab call 2 hari ni.
"cik, saya nak tanya tentang Astro First."
"cik,Astro First tu apa?"
"cik, saya tengok ada channel baru. saya nak langgan dia macam mana ye?"

ok.
mari aku terangkan apa itu Astro First.

saluran Astro First menayangkan filem-filem yang baru release dari pawagam ( as soon as 2 weeks).
ia bukan satu pakej yang perlu anda langgani secara bulanan dan
anda tak perlu menelefon customer service untuk membuat perubahan pakej.
tapi jika berminat untuk menonton, senang saja caranya.

cuma ada 6 langkah.
*bila orang tanya pun, aku dah boleh jawab dengan pejamkan mata saja!*

1. sila ke saluran 480.
(kalau tak dapat saluran 480, alternatif lain adalah 482-485)

2. tekan BLUE BUTTON untuk pilih mana-mana filem yang digemari.

3. tekan BLUE BUTTON sekali lagi untuk confirm order.

4. kombinasi BUY/BELI + 13-digit code akan diberikan kepada anda dan akan tertera di skrin TV.
sila SMSkan kod tersebut ke 32999.

5. anda akan mendapat SMS reply ke handphone anda.

6. anda sudah dapat menonton filem pilihan dengan hanya menekan YELLOW BUTTON.

maklumat lanjut, sila ke sini.

hanya dengan RM15 per movie!!

berbaloi-baloi.
kalau anda menonton di pawagam,
RM15 hanya boleh ditonton oleh 2 orang.
tapi Astro First memberikan kemudahan untuk anda
menonton bersama seisi keluarga dengan hanya RM15.
RM15 ini akan dimasukkan dalam bil bulan berikutnya.

peringatan : 
anda ada tempoh sehingga 48 jam dari tarikh anda mula menonton!
filem akan diulang tayang sehingga tamat tempoh.
selepas tempoh 48 jam, siaran untuk filem akan tamat secara automatik.

peringatan lagi :
ada tambahan 6% Government Tax.
bukan pihak Astro sesuka hati mengenakan cukai ini.
tapi ini atas arahan kerajaan kita dan
ia bermula pada bil bulan Januari 2011.



jom kita serang saluran 480 sekarang!!!!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

3 comments:

kechixx said...

macam best jek...tapi kat umah tak dek astro...hehehe;)

Mat Pintu said...

benda ni tak merosakkan industri pilem ke? kalu org dh ramai tgk di astro first sape yg nk gi pawagam? ke mcm mano?

Cik Bayu said...

kechixx : tak dapek den nak nolong eh..hahaha..;)

mat pintu : saya tak rasa astro buat saluran tanpa memikirkan untung rugi pembikin filem.mungkina ada share yg astro bg pd pembikin filem jika filem mereka laris di astro first ni.
mana tau!