Yang Sayang Aku

Monday, January 10, 2011

Kalau Dulu Benci, Sekarang Addicted.

orang kata kita tak boleh benci seseorang atau sesuatu secara berlebih-lebihan.
nanti kita akan suka atau sayang dia berlebih-lebihan pula.
macam tu la jadi pada aku.

1. persahabatan
biasalah setiap orang ada first impression pada orang lain.
sebelum aku jadi kawan kepada seseorang,
mesti aku pernah kutuk atau tak suka perangai dia sebelum tu.
lepas tu, bila dah kawan,
barulah tahu perangai sebenar dia.

contohnya, A ni nampak tergedik sana tergedik sini.
tapi bila dah A ni tegur aku, barulah aku tahu sebenarnya A ni bukanlah gedik sangat.

pendek kata,
kita kena mengenali seseorang sebelum menilai perangai dia.

2. tempe
ni yang aku tak pernah terlintas nak makan.
bagi aku, tak sedap langsung!
terima kasihlah pada Kak Fifie, kakak ipar aku sebab kerana
masakan dialah aku addict dengan tempe.
kalau tak ada tempe, tak sedaplah makanan aku!

3. strawberry
ni pun sama.
tak pernah suka air strawberry.
tapi aku pun lupa sejak bila aku makin suka minum air strawberry.
mungkin sebab air yogurt Bliss kot!

4. botak
dulu aku bayangkan lelaki botak ni ganas dan jahat.
aku tak suka lelaki botak.
lain pula bila aku jumpa seorang lelaki botak ni,
dialah lelaki paling romantik dan penuh budi pekerti yang tinggi!



5. skuter
dulu mana la aku suka skuter.
aku lebih suka motor bergear.
nampak ganas sikit!
tapi lepas Abang Yo tunjuk pamplet tentang Yamaha Ego Lc,
aku rasa makin berminat nak ada skuter.
harap-harap boleh angkat satu!



kalian pernah jadi tak benda macam aku?
dulu tak suka,
sekarang suka sangat!!




p/s : dah lama tak mandi hujan.
tadi on the way berjalan kaki ke rumah,
hujan turun lebat.
tak ada tempat untuk berhenti.
terus lencun!
nasib baik aku pakai baju kurung warna hitam.
tak adalah seksi sangat!





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.