cuti hari ni dimanfaatkan sebaik mungkin.
sejak bilik ni berpindah milik kepada aku,
tak pernah aku ubah kedudukannya.
hari ni pun tak terjangka nak ubah kedudukan perabot dalam bilik aku.
niat hanya nak mengemaskan saja bilik yang
macam tongkang pecah ni,
tapi elok juga membuat aktiviti yang berfaedah di samping
membakar kalori yang sedia ada.
silalah tengok bilik seorang gadis yang tak patut dicontohi.
SEBELUM.
bersepah!
ni sebab aku buang semua barangan dalam handbag
akibat lencun dalam hujan semalam.
baju-baju yang baru diangkat untuk dilipat.
'meja solek' aku.
bersepah dengan barangan yang tak diperlukan.
tu dia!!!
aku tak tidur atas katil.
katil dijadikan tempat baju-baju berlonggok.
aku suka tidur atas toto.
boleh tidur selepas main Facebook dan blog.
selepas sesi kemas mengemas,
tolak menolak perabot,
susun menyusun dan hias menghias.
inilah rupa bilik aku.
yang nilah bilik seorang gadis yang perlu dicontohi.
SELEPAS.
katil ni berubah kedudukan.
aku letak kat tepi tingkap.
kalau rasa nak tidur atas katil,
boleh hirup udara malam yang nyaman.
bantal tu hiasan semata.
kejap lagi, lesap la!
'meja solek' tak banyak berubah.
cuma kedudukan cermin saja yang berubah.
lebih dekat dengan lampu.
nampak sikit muka aku yang malap ni!
penat mengemas, baru teringat satu benda penting yang aku kena buat!
basuh motor kakak aku.
alamak, weekend ni je la basuh.
sorry, Along!
sekarang sesi memasak pula!
beli ayam dan ikan selar.
masak apa yang best ye???
2 comments:
lalink.cmne nk kawin nie bilik slalu sepah je
hahahaa...xde masa nk kemas..
Post a Comment