Yang Sayang Aku

Monday, January 24, 2011

Abah Seorang Yang Cermat. Siapa Berani Naik Kereta Dengan Beliau?

sebelah kiri tu kereta Abah.
ye, kereta Honda City tu!

Abah seorang yang cermat.
cermat maksud aku, sayang dan sangat menjaga harta benda beliau terutama kereta.
sifat cermat beliau mungkin sukar ditemui dalam diri lelaki lain.

fakta tentang sifat cermat Abah dalam isu kereta :

# mula-mula masuk kereta, bila kamu dah letak punggung kamu di tempat duduk,
sebelum kamu angkat kaki masuk ke dalam kereta,
sila pastikan kaki kamu dihentak-hentak antara satu sama lain
untuk mengelakkan kotoran yang ada di tapak kasut masuk dalam kereta.

# bila tutup pintu, sila tutup pintu dengan hanya kadar pendengaran di frekuensi telinga kamu saja.
faham maksud aku?
tutup perlahan-lahan saja. tak perlu hempas!

# pantang larang utama.
tak boleh makan dan minum minuman manis.
dikhuatiri semut akan membuat penempatan dalam kereta.

# pantang larang kedua.
tak boleh letak kaki atas kusyen kereta.
maknanya, tak boleh bersila atau berlunjur kaki!

# tak boleh pasang muzik dalam kereta.
yang dibenarkan bacaan al-Quran, zikir dan nasyid.

# kamu akan jarang nampak kesan calar-balar di kereta Abah.
sebab beliau akan tutup dengan seberapa banyak kain untuk
elak sebarang kemungkinan untuk mendapat calar terutama dari kucing!

# kamu akan jarang nampak kotoran seperti habuk di kereta Abah.
even selepas hujan, beliau akan 'mandikan' kereta beliau.




p/s : wah, saya rindu naik kereta Abah!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

fya zainal said...

mcm tu fya nek kancil sebelah tu jha lah hehehhe

p/s: tiap kali tutup pintu keta my big bro akan tegur 'byk duit kha mau byar pintu keta tu' hahhaha~

Cik Bayu said...

fya : same je..mane2 kete dari dlu lagi mmg that's the rules!

Mat Pintu said...

wah! style la abah. Masa kecik2 dlu rajen kena rotan dop kalu buas2? huhu

Cik Bayu said...

sokmo kena rotan!
wahahahahaha