Yang Sayang Aku

Tuesday, December 14, 2010

Sifat Tipikal Blogger Bila Dah Famous.

aku perasan benda ni akan terjadi pada blogger
yang dah terkenal namanya di kalangan blogger lain.
pendek kata, blogger hot la.

1. Tak Akan Balas Komen Orang.
memang susah nak tengok dia balas komen orang di blognya.
kalau dulu masa kurang famous,
orang komen dia balas saja.
walaupun tak panjang, tapi sekurang-kurangnya dia respons.

2. Kurang Blogwalking.
bukan sebab tak ada masa,
tapi maklumla dulu blogwalking sebab nak promosikan blog.
sekarang dah tak payah.
sekali update, ramai yang berpusu-pusu baca!

3. Mula Buang Blog-Blog.
mana-mana blog yang bagi dia membuang masa dan tak famous,
dia buang dari list.
kalau dulu pantang orang follow dia,
dia akan follow balik!
kononnya nak buang blog yang asyik cerita pasal kisah hidup.
nak yang lain dari yang lain.
padahal masa dia buat blog dulu pun asyik cerita pasal kisah hidup dia juga!

4. Memilih Untuk Berkawan Dengan Yang Famous Dan Cun.
kalau muka setakat Ugly Betty,
jangan haraplah nak berkawan dengan dia.
dia nak yang putih, halus mulus dan famous.
rugilah tak berkawan dengan yang famous.
boleh tumpang populariti!



ini pandangan kasar aku sahaja selama blogging dalam 2 tahun ni.
maaflah kalau tersinggung.
siapa makan cili dia yang terasa pedasnya!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

12 comments:

Abe Long said...

hahahhahahaa

menarik nih

aku rasa nk tambah lg lah

hahahaha

Cik Bayu said...

abe long : nak tambah lagi?contohnya??

kechixx said...

sgt menarik:)

eiela said...

haha nih susah jugak ek. segelintir je yang buat camtu sebenarnya.

Latest Entri :
1) Asma Oh Asma
2) Pertandingan Pantun Paling Menarik

lumut said...

hohoh,,pedas gak ni,,

dari 4 yg ko tulis tu.terkena 3 at aku oi oi...

tak balas komen org...aku balas ikut mood....

kurang blogwalking yup betul tu..aku pon da kurang..dan kadang2 blogwalking random je....ikut suke...sebab ape aku pon x tau sbb byk blogger yg aku syg dah blah kot.yg aku kenal mule2 tu dah blah..so ak rasa mls nak bonding dah ngan blogger.

buang blog2...yup aku da xde list pon kat blog aku tuh..sbb aku blogwalking randomly...

haha

Kuwe said...

sebab tu jangan jadi blogger hot. payah tu payah.


nasib baik takda orang kenal i. tapi i kenal you.

Unknown said...

tapi tak semua macam ni kan...

Anonymous said...

betol betol betol.. cam ipin slalu ckp

ezany said...

ade logiknya jugak..

Cik Bayu said...

kechix : terima kasih.hehe..

eila : memang x semua cmtu. tp ni hanya pandangan pada yg segelintir tu..

lumut :upss...xde niat pun nk ngata ko lumur.aku pun perasan gak, mana yg penah aktif blogging sama2 dulu sume hilang.yg penting aku ttap syg ko..

kuwe : eh, rs mcm artis plak. ada ym x?

bean & busyoxx : memang tak sume cmtu..tp sy ckp yg saya perasan la..

ezany : mmg logik.lumrah la bila dh dikenali ramai.

- said...

oho! saya tidak terasa. sbb sy bukan blogger hot. kehkehkeh

:p

P/s; hai sys wani~ =)

Cik Bayu said...

hai cik gadis...