Yang Sayang Aku

Tuesday, December 7, 2010

Seronok Seharian Bersiar-siar. Dah Lama Tak Merasai Detik-detik Seperti Ini!

pagi semalam,
aku menemani Mr BFF pergi temuduga kerja di Jalan P Ramlee
yang berada berdekatan dengan KLCC.
ramai sangat orang yang datang temuduga.
tapi harap-haraplah Mr BFF berjaya mendapat kerja ni.
boleh duduk satu bumbung dengan Mr BFF.
itu impian kami sejak di kolej lagi!

kami sempat makan KFC.
dah lama tak makan sedap-sedap.
Mr BFF belanja pula tu!
tu yang makin sedap.
tapi yang tak sedap bila perut aku dah mula belajar terima makanan dalam kadar sedikit.
sejak tak berduit ni, perut aku diasuh untuk
tidak menjamah makanan dalam kuantiti dan kekerapan yang banyak.


kalau dulu, setakat dinner plate yang 3 ketul ayam tu aku boleh habiskan sekejap saja.
sekarang, beli snack plate tapi seketul saja makan.
seketul lagi Mr BFF makan.
 Mr BFF tak habis-habis dengan ayat dia,

"wah, nanti aku boleh nampak Wanie yang kurus!"


percubaan memakai shawl yang baru dibeli pada hari Jumaat di Jalan TAR.


petang tu juga,
aku keluar dengan teman aku.
dia bukan teman lelaki aku.
tapi dia dah hadir dalam hidup aku lebih dari 3 tahun.
memang istimewa!
cukuplah kalau aku gelarkannya, Mr J.

kami ke Midvalley.
first time naik motor ke sana.
selama ni selalu ke sana dengan kereta bersama Along dan Abang Yo.
3 kali berpusing cari parking motor!

sampai sana,
terpegun tengok banyak teddy bear.
besar-besar pula tu!
geram saja nak peluk!!
tapi malu untuk mengajak Mr J ke sana.

terus ke GSC.
ingat nak buat cinema marathon.
tapi takut terkejar-kejar, so kami decide pilih filem 'Ngangkung'.
mestilah sebab utama adalah Angah Raja Lawak.
walaupun scene dia tak banyak tapi puas hati!
aku minat dia sangat-sangat!!

 
paling suka scene hantu perempuan tu kena tarik telinga dengan bomoh Lan Pet Pet.
lawak tak hengat!!

inilah Mr J.
masa ni tengah gaduh-gaduh manja.
aku tak tahu kenapa,
aku tak boleh marah dia lama-lama.
mesti nak tergelak!
tengok muka dia pun tiba-tiba nak tergelak.
lagipun, dia memang pandai jaga hati aku.

habis tonton wayang,
kami balik ke Cheras untuk ke pusat karaoke di Bandar Sri Permaisuri.
karaoke sampai habis suara!
aku suka dengar dia nyanyi.
suara serak-serak.
jiwa rockers la katakan!
kalau dia menyanyi lagu Ramli Sarip memang sama.
sebijik!

lepas karaoke,
kami jalan-jalan di downtown Cheras pula.
katanya tak pernah jejakkan kami ke sana.
aku bawa dia makan steamboat.
aku paling suka makan steamboat atas lori.
bermacam-macam jenis steamboat ada.
penuh satu lori tu!
pilih saja yang mana suka.
RM1 secucuk.

aku balik dengan mata dah separuh buka.
tunggu masa nak disorongkan bantal saja!








nota untuk Encik R***l :
terima kasih atas segala kenangan bersama 3 bulan.
saya makin bahagia dengan hidup!
ye, walaupun tanpa kamu.
kamu boleh teruskan hidup dengan dia yang kamu sayang sangat!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

14 comments:

Anisa said...

woww
bestnye jenjalan..
salam maal hijrah yee
semoga ceriaa selalu
(:

hans said...

seronoknya pakwe ekau sebab ada orang teman gi interview

hahaha
scene tu lawak..t
tak tahan siap amik pic nak masuk dalam fb...

kehkhekehhe

P/S : 5 Gaya Rambut Mengikut Zaman

Cik Bayu said...

nisa : selamat tahun baru juga sayang..maaf tak sempat blogwalking.

hans : lawak kan??memang gelak pnjg masa tu..siot je!

Cik Bayu said...

uppsss..pembetulan buat hans..yg saya teman gi interview tu bukan pakwe saya.nnt awek dia baca, mrh plak.dia kwan baik sy sejak di kolej.

za said...

best kan jalan2?

cerita cinta !! said...

x nak ajak sy skali ke..huhuhu..

cerita cinta !! said...
This comment has been removed by the author.
lumut said...

skrg aku terbayangkan kfc ngan steamboat...cmne neeeehh???

Kuwe said...

cuba bagi sikit namaa penuh. Jejai? heh.

Cik Bayu said...

za : best sgt2.dh lama xkuar jln2..terima kasih sbb follow sy.

dieya : meh la jln2 kt kl.nnt klu dh keje, nk gi mane pun boleh.belajar leklok tau!

lumut : wah..long time no see la dear.ala kat sana byk pilihan makanan lg kot.stakat kfc n steamboat ni, lekat celah gigi je kan..?

kuwe : jejai??euwww..xsuka nama tu.nama dia lagi macho!

Miya Ismail said...

waa.. beshnya pi jalan2..eh2, meya ada 2 tudung cam enul pakai tu. bila kuar, suma orang tgk cam minah afrika. sabo je la

Miya Ismail said...

waa.. beshnya pi jalan2..eh2, meya ada 2 tudung cam enul pakai tu. bila kuar, suma orang tgk cam minah afrika. sabo je la

Miya Ismail said...

hehe.. terlupa suda.. meya tag enul tuk contest ni http://simpleinlavenderamey87.blogspot.com/2010/12/photo-addict-contest.html

Cik Bayu said...

meya : org kate mcm afrika??tak patut!!msti dia xtau fesyen skrg ni.pakai je..ntah2 kita jd ikutan org.tag tu insyallah enul wat.