Yang Sayang Aku

Thursday, January 20, 2011

Antara Persahabatan Dan Duit.

bila kita dah biasa hidup susah,
kita akan faham kehidupan susah orang lain.

masa study kat kolej dulu
especially masa semester akhir,
duit dalam tangan tak sampai RM10 untuk tempoh seminggu.
ditambah pula dengan kertas projek yang memerlukan duit yang banyak
lagilah membuatkan aku ikat perut.

sekarang apabila aku dah berkerja dan sudah punya wang sendiri,
aku faham kalau ada yang memerlukan sedikit sokongan kewangan.

tapi aku bimbang jika kebaikan aku disalahgunakan.
pernah aku bagi pinjamkan wang kepada
insan yang aku rasa dialah tempat aku bermanja
setelah kakak aku tiada dekat dengan aku,
tapi akhirnya dia tinggalkan aku setelah kesenangan yang dia dapat.

 sekarang teman aku dalam kesusahan.
cukup aku gelarkan dia, C.
mahu sokongan kewangan yang agak banyak.
dia mendesak aku buat loan dengan bank.
sebab nama C dah diblack listkan dari pinjaman bank.

aku keliru!
antara persahabatan dan masa depan aku.
aku tak suka tengok teman aku dalam kesusahan.
aku rasa aku sendiri yang mengalami situasi itu.
tapi aku bimbang dalam tempoh pembayaran balik loan tu,
dia lari dari hutangnya!

aku bertanyakan teman yang lain.
mereka minta aku buat surat hitam putih dengan Suruhanjaya Sumpah.
kalau aku ceritakan pada C,
mesti dia ingat aku tak percayakan dia.

aku bimbang jika dia gagal bayar,
nama aku akan diblack listkan sebab loan itu atas nama aku.
bermakna aku seolah-olah menggali kubur sendiri!

walau bagaimanapun, aku agak lega bila loan itu direject.
aku dengar cerita beberapa hari sebelum tu,
sudah ada insan yang sudi membantu C menyelesaikan kewangan dia
tapi C sendiri menyalahgunakan wang itu.
dan sekarang C berkawan dengan insan tu semata-mata duit!


kepada C,
maaflah.
aku tak mahu gara-gara kamu,
masa depan aku hancur.
tak mustahil kamu akan jadikan aku mangsa seterusnya!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

12 comments:

hasrulwahid said...

hidup kekadang kena pentingkan diri sendiri jugak. jangan dilayan org yg kawan kerana duit semata2. jangan kesian kat orang sampai kita tak kesian kat diri sendiri. :)

Cik Bayu said...

hasrul : bila kita dah tengok dia menangis ari2, adakah kita perlu pentingkan diri lg..?

Anonymous said...

kdg2 jgn baek sgt ngn owg
nanti diew pijak kepala kita!

Cik Bayu said...

lelaki ini : tu la..dilema ni antara teman n diri sendiri.

Akaqkaypoo said...

jgn kerana airmata, kite mudah terpedaya..zaman skrg kadang2 dr sndr kne utamakn dlu..bukan pentingkn dr sndr tp mcm menda bleh jd..kerana duit, kawan tipu kawan, adik beradik bleh bergaduh, sedara sndr berpaling tadah, umat leh berbunuh2an..renung2kn dan selamat beramal...:p

Cik Bayu said...

mish u dear..huhuhu..
need someone to lend her shoulder.

Maria James Chayak said...

aku pun tengah ada masalah kewangan ni..
tp tak pernah berniat nak minta kat rakan2.
takut diorang pun dalam keadaan yang sama ::::
mngkin student life memang begini.
hope bila dah bekerjaya nanti, akan wise dalam membelanjakan duit.
insyaAllah ye. :)

jom tengok en3 aku yang tengah papa kedana ni..
http://officiallyours.blogspot.com/2011/01/penipu-antarabangsa.html

Cik Bayu said...

student life mmg cmni..
tmbah2 klau nak abis sem.

tp kwn ni dia kerja.
dan dia sengaja cari penyakit!

Anonymous said...

hye u dont u ever help person about money lagi2 loan..
dgn adik beradik pun ada sanggup bergaduh lg2 kawan..jangannnn bahaya!

-STAR

Cik Bayu said...

hey star!

u still come here.

tu la, i tengah pikir2 la ni.

Anonymous said...

hurm..u still fikir..?
i hubby u..?
u xfikir ape i kate..?
hurmm....

tlg org lihat pada kemampuan.
u gaji bape juta sebulan.?
da bole tangung i klu i xkeje..?
sory if i slalu marah.. but kepentingn for both of us.

regards,
laki ko!

Cik Bayu said...

my laki : 'utk kepentingan for both of us'.

can u repeat it again?
sejak bila u ada share dgn i?
wah,bila i ada harta baru nak ngaku i bini u.

dah, sekarang i yg akan ceraikan u sebab u curang!
i penat2 keje, u cari orang lain.