Yang Sayang Aku

Saturday, July 31, 2010

Orang Kampung Makan Western Food.

aku bukan seorang peminat western food.
maklum la,
aku ni hanya tahu makan nasi dengan telur masin dan sambal belacan.
(budu dan tempoyak kadang-kadang!)

tapi aku memang pantang sangat-sangat.
pantang orang ajak aku makan!

ni namanya
Beef Spagetti bla bla bla...
lupa!
sebab yang order tu orang lain.

masyuk sangat!

owh, it's very delicious!
but not forgot to mention.
i drink iced chocolate.
also very tasty!
walawehhhh.....



terima kasih atas kenangan ini.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, July 30, 2010

Pak Arab Pandai Kecek Kelate.

dah lama tak on PC.
PC yang aku guna sejak semester 1 dan
sebelum aku guna laptop sekarang ni.

tengah syok belek-belek folder video.
terjumpa video ni!


kagum!!!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, July 28, 2010

Kantoi, Tak Tahu Tentang DSLR!

bila aku letak gambar aku dengan DSLR di Facebook,
ada orang tanya soalan macam ni.




aku pun tahap beginner lagi.
aku pun tak berapa pandai.
apatah lagi,
aku bukan seorang yang profesional.

tapi betulkan jika aku salah.

kalau brand Nikon,
sesuai untuk motion pictures.
contohnya,  acara sukan.

kalau brand Canon,
sesuai untuk natural pictures.
contohnya, pemandangan tepi pantai.


atau sesiapa yang biasa gunakan DSLR,
tolonglah aku untuk menjawab soalan teman baru aku di Facebook ni.


gaya aku pegang DSLR tu macam pro ke?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, July 27, 2010

Awak, Kenapa Awak Tak Rogol Saya?



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. 



Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.

Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.


Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 


Disebabkan hari yang agak sudah lewat, 

berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.

Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.




Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong 

itu.



Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. 

Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.



Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu. 


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar,
dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.



Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.



Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.



Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan 

dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, 

tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.


Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). 


Dia pun tanya perogol itu.. 


“Why don’t you do anything to me on that

night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)



Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan.



Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan

awak.



Seorang sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak.

Kalaulah awak keseorangan malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) 


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.



Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi 

yang dia baca malam itu. 


MORAL CERITA INI?


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.



Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga

batas-batas yang ditetapkan Islam.



Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.



"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]



Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku.

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang direjam!


credit to one of my members in Facebook.





p/s : sempena Ramadan yang tinggal hanya beberapa hari lagi.
saya, enuLwanie azizan ingin memohon sejuta kemaafan atas segala salah silap yang pernah terbuat sepanjang penglibatan saya di dunia blogging ini.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, July 26, 2010

Meet My Kembar Nama Seiras.

nak tergelak bila cik gadis yang selalu konfius ni
tiba-tiba konfius
antara nama aku dengan Epul Azimi di Facebook.





Enulwanie Azizan.
Epul Azimi.

lebih kurang je kan?



p/s : yang pasti kami lain mak, lain ayah!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Apa Gaya SMS Kamu?

setiap orang ada gaya tersendiri bila menghantar SMS.

1. perbezaan gaya budak nak up dengan orang matang.

ada beza antara budak-budak nak up dengan orang matang taip SMS.
contohnya :
"apa khabar?sombong ek sekarang ni?bila nak keluar sama-sama?"

SMS budak nak up :
"pe kabaw?smbg ek skrg niew?bilew nk kuar same2?"
SMS orang matang :
"pe kaba?smbong ek skrg ni?ble nk kuar same2?"

nampak, ada beza tak?
yang mana kena pendek, terlalu dipendekkan.
yang mana tak perlu pendek, ditambahkan huruf 'W'.

aku rimas betul kalau dapat SMS sebegini.
dah la susah nak baca,
nak faham pun kena ambil masa.

adik aku selalu hantar SMS yang ada 'W'.
dah la dia hantar SMS dalam dialek Kelantan,
lepas tu tambah 'W' lagi.
aku rasa nak bagi je ciuman (baca:pelempang) berkali-kali.

memang kena hantar SMS balik kat dia,
"tak faham la!"

2. tanda seruan (!).

contohnya :
i. "nak pergi mana?"
ii. "nak pergi mana?!"

lain kan bunyi antara i dengan ii.
i dan ii boleh dikira sebagai suatu pertanyaan.
tapi gaya ii macam nak marah.

3. HURUF BESAR.

contohnya :
 "kenapa tak makan lagi?"
"KENAPA TAK MAKAN LAGI?"

bagi aku, huruf besar ni seolah-olah kita nak mention sesuatu perkara
dan bila terlalu marah.
tapi kalau dalam pertanyaan pun
kita guna huruf besar,
memang macam agak kurang ajar.

4. bagi salam terlebih dulu.

ni lebih afdal la.
sejuk sikit hati penerima SMS.
tak perlu taip "assalamualaikum".
cuma sekadar "salam".
jangan taip "akum" atau "askum" pula.
kata orang, salah maksud perkataan tu!



apa pun gaya SMS kamu,
pastikan penerima faham maksud SMS kamu.
kena rasional dalam setiap SMS yang ditaip.
jangan ada yang salah anggap SMS kamu pula nanti!



p/s : tak suka SMS kalau tak penting!






Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, July 25, 2010

LENSA BURUK, THE CONTEST.

aku memang pantang nampak contest tentang gambar.
walaupun tak pernah menang,
tapi aku bangga mempertaruhkan gambar yang aku capture sendiri.
aku bukan photographer.
tapi photographolic!


Syarat-syarat penyertaan "Lensa Buruk, The Contest " :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur.
2. Hendaklah mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda.
3. Perkara wajib adalah menjadi FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan.
4. Letakkan banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus ke http://annemohdyassin.blogspot.com
5. Tema bagi foto pilihan anda adalah bebas, samada mengenai Landskap ataupun Potrait.
6. Hanya satu foto sahaja layak dipertandingkan. Foto hitam putih layak dipertandingkan. Foto yang diedit secara melampau tidak akan dilayan. Ini pertandingan tangkap gambar ye, bukan pertandingan graphic design. =P
7. Pastikan anda menggunakan kamera telefon bimbit di bawah 10 megapixel dan 2 mega pixel 1.3 megapixel ke atas semata-mata bagi memudahkan penilaian. Kamera digital lain adalah dilarang sama sekali.
8. Pastikan tajuk entri anda ialah, "LENSA BURUK, THE CONTEST" . Sertakan Tajuk foto anda, Model telefon bimbit dan lengkapkan slogan di bawah foto yang anda pertandingkan mengikut format berikut :
Tajuk foto : Si Kunang-kunang Malam ( contoh)
Model Telefon Bimbit : Nokia N96 ( contoh )
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana .......

-Kemudian Tagkan kepada 5 orang rakan anda yang berbakat-


9. Sila laporkan terus di ruangan komen entri ini, bersertakan URL entri di blog anda, sekiranya anda telah mengikuti semua langkah-langkah di atas.
10. Ti Anne akan menerjah blog anda dan akan
updatekan setiap penyertaan di dalam entri ini. :) Sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2010. :)


ini gambar yang aku pertaruhkan.






kenapa gambar separa lucah adik aku ni yang aku pilih?
kerana aku suka percikan air yang terhasil dan ekspresi mukanya.


Tajuk foto : 'First Time' Mandi Di Sungai Congkak
Model Telefon Bimbit : Sony Ericcson k810i
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana

hanya ada satu blog Lensa Buruk,
satu-satunya blog yang merasakan lensanya buruk dan
Lensa Buruk tak mungkin ada pengganti walau seburuk mana pun lensanya.


5 orang yang aku rasakan berbakat untuk turut join :

Hadiah bagi Pemenang bertuah : RM30.00 akan dibank-inkan terus ke akaun.







"IT'S NOT ABOUT THE CAMERA,
ITS ABOUT HOW YOUR HEART LOOK THROUGH IT "

 -Ti Anne-


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.