Yang Sayang Aku

Monday, July 26, 2010

Apa Gaya SMS Kamu?

setiap orang ada gaya tersendiri bila menghantar SMS.

1. perbezaan gaya budak nak up dengan orang matang.

ada beza antara budak-budak nak up dengan orang matang taip SMS.
contohnya :
"apa khabar?sombong ek sekarang ni?bila nak keluar sama-sama?"

SMS budak nak up :
"pe kabaw?smbg ek skrg niew?bilew nk kuar same2?"
SMS orang matang :
"pe kaba?smbong ek skrg ni?ble nk kuar same2?"

nampak, ada beza tak?
yang mana kena pendek, terlalu dipendekkan.
yang mana tak perlu pendek, ditambahkan huruf 'W'.

aku rimas betul kalau dapat SMS sebegini.
dah la susah nak baca,
nak faham pun kena ambil masa.

adik aku selalu hantar SMS yang ada 'W'.
dah la dia hantar SMS dalam dialek Kelantan,
lepas tu tambah 'W' lagi.
aku rasa nak bagi je ciuman (baca:pelempang) berkali-kali.

memang kena hantar SMS balik kat dia,
"tak faham la!"

2. tanda seruan (!).

contohnya :
i. "nak pergi mana?"
ii. "nak pergi mana?!"

lain kan bunyi antara i dengan ii.
i dan ii boleh dikira sebagai suatu pertanyaan.
tapi gaya ii macam nak marah.

3. HURUF BESAR.

contohnya :
 "kenapa tak makan lagi?"
"KENAPA TAK MAKAN LAGI?"

bagi aku, huruf besar ni seolah-olah kita nak mention sesuatu perkara
dan bila terlalu marah.
tapi kalau dalam pertanyaan pun
kita guna huruf besar,
memang macam agak kurang ajar.

4. bagi salam terlebih dulu.

ni lebih afdal la.
sejuk sikit hati penerima SMS.
tak perlu taip "assalamualaikum".
cuma sekadar "salam".
jangan taip "akum" atau "askum" pula.
kata orang, salah maksud perkataan tu!



apa pun gaya SMS kamu,
pastikan penerima faham maksud SMS kamu.
kena rasional dalam setiap SMS yang ditaip.
jangan ada yang salah anggap SMS kamu pula nanti!



p/s : tak suka SMS kalau tak penting!






Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

11 comments:

kechixx said...

x suka orang hantar msg dengan huruf besar n tanda seru..macam ntah pe pe ntah..kan..kan... ^_^

-li.zue- said...

owhhhhh.setuju.setuju!!


macam-macam hal budak2 zaman skrg ni.
bagi sms dah mcm guna bahasa alien.
hahaa.

cik GULA-gULA said...

akak sms kamu mulai dgn nama..
wani...then terus taip hajat:)
hehehehe

Mohd Hazri said...

salam..boleh berkenalan?
amacam gempak tak gaya sms aku? ^^

Anonymous said...

haiya. cukup x suka orang tambah ejaan W tu. mengadew btul. hehe. slalunya tengok budak2 yang belasan tahun kot kan yg eja mcm tu. mungkin dorang rasa cute. haha.
wah.. kita dah besar eh skarang.. dulu2 x reti pon nak sms. dan kalau ejaan yg terlalu pendek pun susah jgk nak baca.

Pelatt said...

entri belajar cara menaip sms

shazruls said...

hehehe ...menarek sunggoh entri ni

Anonymous said...

EMO

enuLwanie said...

kechixx : ha, tu la psl..mungkin dia nk kite cpt fhm kot!hahahaha...ntah pape.. ;)

li.zue : betul2, mkin lama mkin x fhm dgn sms bdk2 skrg.hikhikhik..

akak anem : ye ke?wanie nk tggu sms akak psni..;)

hazri : "nak berkenalan?ada kereta tak?"ha, gempak tak sms aku?gurau je...

anon : mcm tau je sape anon ni..ye la, mgkin kita byk call org.diorng byk sms je..

pelatt : kena wat kelas menaip sms lagi la psni ye..?

abg shazruls : mekaseh abg.. ;)

anon : anon xpernah x emo!hahahaha :p

Syuhada said...

Actually 'SMS orang matang' tu pun tak matang. Tak matangnya sebab, better taip mesej, 'Apa khabar? Lama tak jumpa kau. Jom keluar sama.'

Aku tak suka bila orang SMS, 'sombong ek sekarang?' Kejadah? Kau ke aku sombong? Hahaha.

Syuhada said...

Ni shortform yang aku benci :
dengan - nan
tapi - xpi

Banyak lagi sebenarnya tapi tak ingat. Nan? Kau nak makan roti nan ke? Mengarut.

Lagi satu, aku nasihatkan kalau nak buat report/assignment/surat rasmi atau apa-apa kerja rasmi atau pun SMS yg nak dihantar ke lecturer/orang atasan etc, tolonglah tulis ikut format tulisan rasmi. Kalau letak dot (titik) dan koma, rapatkan dgn perkataan sebelumnya, then jarakkan dengan perkataan selepasnya.

Even kalau nak submit softcopy ke lecturer, tulislah nama penuh beserta student ID. Jangan pakai cincai saja. And actually, semua orang matang pun boleh fikir cara penulisan yg logik.

Wanie, sorrylah sebab dah buat entri kat sini. Hahaha.