masa lunch dengan teman-teman ofis
di kedai mamak kat bawah ofis aku,
nampak anak kucing ni main-main kat bawah meja makan kami.
comel sangat!
manjanya dia bila aku peluk dia.
siap terlena bila letak kat dada.
alahai....
geram nak bawa balik.
tapi disebabkan aku sekadar 'penumpang' di rumah orang,
hasrat tu terbatal.
kucing ni aku namakan dia 'Latifah'.
biar Melayu sikit!
asyik orang bagi nama western je kat kucing diorang.
tak sabar nak bagi makan whiskas kat Latifah Isnin ni.
biar dia gemuk mcam aku!
ini 'Lulu'.
aku beli dia di Sungei Wang
sekali dengan bedding sand.
Lili pun dah siap dimandikan tadi.
wangi sikit!
bulu pun dah makin cantik.
kalau tak,
serabai je.
harap-harap tak gaduh la Lili dengan Lulu nanti.
p/s : Abah marah bahasakan diri aku, 'Cik Tam' dengan Afiq.
macam kucing!
No comments:
Post a Comment